5 Perkara Yang Wajib Anda Buat Semasa Di Kota Kinabalu
By Mysara Newrie - Thursday, February 28, 2019
"Ayah ada kerja dekat KK nanti, 10 hari. Nak ikut?"
HELLO SIAPA YANG BERANI CAKAP TIDAK?!
Kota Kinabalu. Tempat ni adalah salah satu tempat yang ada sentimental value dalam diri aku sebab dulu aku pernah stay situ tahun 2008 sampai tahun 2012.
Memandangkan aku dah stay sini lama, so boleh dikatakan aku dah banyak berjalan dekat sekitar Sabah tu. Dari Kota Kinabalu ke Sandakan, Tawau, Kota Belud, Kundasang, Beafort, Kudat, Sipitang, Tuaran, Penampang, Putatan, Tambunan dan sampailah ke Tenom. Best best! Tapi dekat Kota Kinabalu jugak yang paling best! Hahaha
Macam-macam korang boleh buat dekat Kota Kinabalu tau sebenarnya. Nah aku share kan dekat korang antara 5 perkara yang wajib korang buat kalau korang di Kota Kinabalu!
1. Bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu
Antara tempat yang paling aku looking forward kalau dapat pergi ke KK adalah Kundasang! Perjalanan yang amik masa lebih kurang 3 jam akan terasa berbaloi bila dapat tengok betapa indah dan besarnya Gunung Kinablu di Kinablu Park. Sangat cantik weh!
Gunung Kinablu behind my back! |
2. Makan seafood sampai pengsan!
Kalau dah ada di KK tu, rugi sangatlah kalau tak makan seafood! Seafood dekat KK memang ya Allah, murah yang tak masuk dek akal! Hahaha aku cakap betul ni bah! Makan je lah sampai kenyang, malu apa bossku!
Sebelum dibakar, kita amik gambar dulu! |
Lokan bakar di Sepanggar, 20 minit dari KK |
3. Mengenal budaya kaum-kaum di Sabah
Lepas tu, korang boleh pulak mengenal budaya kaum-kaum di Sabah di Mari-Mari Cultural Village. Serius, korang akan dibawa masuk ke dalam satu perkampungan kaum-kaum yang utama di Sabah dan akan dapat kenal dan alami sendiri gaya hidup, cara mereka hidup dan makan, tempat tidur dan rumah mereka dan cara mereka bergaul sesama sendiri.
Memang satu pengalaman yang rugi untuk orang lepaskan!
Semasa di Mari-Mari Cultural Village |
4. Menikmati keindahan pantai di Sabah
Mesti korang pernah dan selalu dengar pasal keindahan pantai di Sabah kan? Oh yes it is! Korang memang patut sangat pergi ke pantai di Sabah sebab sangat cantik tau! Indahnya ya Allah, memang tak dapat nak digambarkan melalui kata-kata
Kalau dah stress stress tu, try lah bercuti dan berehat di pantai di Sabah. Aku pernah pergi Pulau Manukan dan sangat best! Dapat berenang dengan ikan dan bagi mereka makan, dapat rasa pasir yang sangat lembut menari di celah-celah kaki korang sendiri, sambil di temani angin dan bayu pantai yang berangin, fuhh ~
Di Jetty Pulau Manukan |
Santai di Pulau Manukan |
5. Mutiara mutiara di Pasar Filipina
Yang ini memang korang WAJIB pergi kalau dah sampai di KK. Pasar Filipina ni memang betul-betul di tengah bandar KK so tak ada alasan langsung untuk korang tak pergi.
Dekat sini ada macam-macma jual jenis hasil ternakan laut macam ikan bilis, udang kering, keropok ikan, ikan masih dan macam-macam lagi lah! Jangan risau sebab peniaga dekat sini dah expert sangat untuk bungkuskan semua hasil borong korang untuk mudah dibawa semasa naik flight
Mari beli ikan bilis |
Alang-alang tu, korang boleh jugak borong mutiara di Pasar Filipina. Boleh lah beli sikit kan rantai, gelang, brooch dan barang-barang kraftangan mereka. Barang perhiasan mereka sangat cantik dan aku jamin, korang yang perempuan akan rambang mata bila dah tengok semua perhiasan tu hahahah
Hasil aku dan mama borong di Pasar Filipina hihihih |
Haa apa tunggu lagi? Jom pergi ke Kota Kinablu!
Kebetulan pulak kannn, dah alang-alang aku share dengan korang ni, aku dapat tahu yang sekarang tengah ada Malindo Air promotion tau! Eh eh ~ macam tahu-tahu je tauu hahaha
Rugi ni kalau tak grab ni!
Korang klik je dekat Sale Early Bird dan klik je dekat situ dan korang hanya perlu belanja RM 159 sahaja untuk one-way ticket ke Kota Kinabalu untuk Economy Class.
Murah kannn?!
Tak pun, dah alang-alang tu, korang upgrade je ke Business Class dengan harga RM 693 all inclusive!
Okay okay tarik nafas semua dan jom book tiket flight ke Kota Kinabalu!
Tunggu apa lagi korangg, inilah dia peluang untuk rebut peluang promo istimewa flights to Kota Kinabalu dan buat semua benda yang aku dah share dekat atas ni! Aku berani jamin, best tauu dan korang takkan menyesal kalau datang Kota Kinabalu
Oh by the way, tawaran ini termasuk semua penerbangan yang ke Langkawi, Perth, Singapore, Pulau Pinang, Kota Kinabalu (of course!), Hong Kong dan Bangkok. Fuhh ~ semuanya tempat menarik kan?
Jumpa korang dekat Kota Kinabalu International Airport! (KKIA)
Sudah sampai belum? |
Facebook : Mysara Newrie
0 comments