lebih terkenal dari yang biasa

by - Saturday, August 22, 2009

*act nak post kan citer dari 2hari yg lepas lagi tapi ada masalah teknikal sikt..isk3x..

Yup..boleh dikatakan semua budak Form 5 menjadi popular..kenapa..??kerana kami semua menjalani penggambaran untuk Autentik, our school magazine. Lepas Trial hari 2 kitorang ada dalam 2 hari lagi sebelum balik. So Ckg Fauzi [ckg Autentik] telah menggunakan masa itu dengan sepenuh-penuhnya dengan mengambil gambar kami semua. Ye lah, lagipun masa 2 budak2 Form 5 tak sentuh buku pun masa 2 sebab baru je habis Trial kan.

Aku pun tak semena-mena terkena juga tempias menjadi popular nie. Memang seronok ar jugak sebab org asyik amik gmbr kite je. Lebih2 lagi aku nie pun da jugak lah jawatan untuk sesetengah organisasi kat sekolah jadi peluang aku untuk masuk Autentik memang cerah lah..!!

Ni Kelab Munsyi. Act Kelab Bahasa Melayu. Aku pun tak berapa sure kenapa ia dipanggil 'Kelab Munsyi'. Lantak ar..Aktiviti kitorg adalah mengadakan mnguruskan Pidato Piala Diraja Peringkat Daerah KTS, membaca peribahasa2 di roll-call dan yg paling utama ialah menganjurkan Malam Nostalgia Klasik aka MNK..!!hehe..mesti nak tahu kan ape benda MNK 2..mari sini saya membebel kejap..hehe..

MNK ini adalah satu majlis dimana semua budak Form4 akan melakonkan semula cerita2 dulu spt krya Allahyarham Tan Sri P Ramlee, cerita2 dongeng dan sebagainya. Tapi yang pastinya akan melibatkan zaman dulu2. Masa 2 semua org WAJIB memakai baju mengikut tema yang telah ditetapkan. Masa 2 lah macam2 ragam yg kite dapat lihat. Act tahun lepas kitorg tak sempat pun nak join MNK sebab tak cukup masa. Ingat nak buat tahun ini tapi nampaknya mcm tak sempat jer..Byk sgt aktivti2 yg dianjurkan oleh pihak sekolah..
*Oh ya, saya memegang jawatan 'Ah Long' dalam kelab ini, Tp saya tak pernah pun pergi kutip org. Baikkan saya..??

What is Badar..?? Okay, Badar ni mcm satu badan yg bertanggungjawab dalam mengadakan aktiviti2 keagamaan seperti yang telah kitorang buat ialah Minggu Penghayatan Islam aka MPI. Aktiviti kami yg akan datang ialah Kem Amali Solat, khusus untuk semua budak Form4. Maybe dibuat pada 3-5 September ini. Act aku tak tahu nak ulas apa pasal Badar ni..

Owh, menjadi PRS adalah satu tanggungjwab yang begitu berat untuk dipikul tapi dalam masa yang sama amat menyeronokkan..!!Kitorg yg urus pasal Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Empat, terlibat dengan Karnival Pendidikan Peringkat Negeri Terengganu, membantu rakan2 yg ada masalah dan sebagainya.
Aku terpilih jadi PRS ini masa awl tahun lagi sedangkan ada lagi2 kwn2 aku yang lain kd PRS masa Form4 lagi. Seronok jadi PRS sebab guru penasihat kitorang, Ckg Almieda n Ckg Nurlina memang sporting giler2. Maybe bulan puasa ini Ckg Almieda akan jemput kitorang pergi berbuka puasa di rumah baru dier. Owh sukanye..!! Plus + + masa aku pergi *lawatan ke Langkawi* hari 2 pun free of charge. Tak payah kena bayar apa2 pun..hehe..

Gambar atas ini akan aku jadikan kenangan yg paling indah dalam hidup aku. Kenapa?? sebab ini gambar Batch aku..Batch SESTER yg ke 09. Batch kami ini lah yg paling byk memecah rekod sekolah. Rekod apa? Adalah..tapi yg pasti rekod jahat mengalahkan rekod yang baik..hehe..
Walaupun ada sesetengah dari kami semua ni tak bertegur sapa kerana perang dingin tp percayalah dalam hati msing2 mesti ada terselit jugak rasa kasih dan sayang 2. Yelah, susah senang bersama sebab keluarga duduk jauh. Dengan kami sesama sendiri lah meluahkan perasaan dan mengharapkan sokongan. Anyway, sayang korang semua..!!

Kalau tadi aku sayang kat budak2 batch aku tapi kali ni sayang aku bertambah 10x ganda kerana budak2 dalam gmbr di atas ialah rakan sekelas aku. Memandangkan ini tahun terakhir sebagai pelajar sekolah menengah dan bakal menghadapi SPM, mcm2 kenangan manis dan pahit yg terlakar diantara kiter semua. Sesungguhnye persahabatan itu tidak dapat dipisahkan oleh apa2 sahaja kecuali maut.
To all Kindirianz, i love u all. Walaupun ada budak yg anti-gurl, aku xkisah sebab aku tahu lambat laun die akan khwin jugak kan..??haha..Walaupun perkenalan kite singkat tapi percayalah persahabatan ini tidak akan mudah aku lupakan apatah lagi disinilah pelbagai memori tercipta di antara kita. Aku harap korang semua pun akan berfikiran yang sama dengan aku.

Gambar diatas diambil bertujuan untuk mencucinya dan meletakkan ia di dalam frame gmbr untuk dijadikan hadiah kepada kawan kami yg sorang lagi. Bufday dier dh dekat. So kitorang decide nak bg frame gmbr yg ada gmbr kitorg. Atleast die ingt lah kat kitorg kan??hehe..dh lah msa gmbr ini diambil die tak dtg sekolah sebab kena sengat ngan tebuan. Kesian.. ~ nway saya tak tahu nak komen apa untuk gmbr nie kerana saya rsa gmbr ini sangat cantek..!!dan mereka juga adalah yang terbaek dan fresh dari ladang..hehe..

*konklusinyer, kami, budak2 Form 5 menjadi lebih terkenal dari yang biasa..haha..!!


You May Also Like

0 comments