Tabiat Kita Bila Simpan Nama Dalam Phonebook

by - Wednesday, April 21, 2010


Salam. Aku percaya semua orang ada HP kan? Hehe. Tipulah kalau cakap tak ada. Sebab ada sekali tu ada orang nak berkenalan dengan aku, mintak num HP aku. Tapi bila aku cakap aku tak ada HP, dia tak percaya. Wakaka ~ Itu bermakna HP dah menjadi satu benda yang WAJIB bagi setiap orang. Hehe



Cuba korang amik HP masing-masing dan tengok kat Phonebook korang. Haha. Perkara ini lah yang aku nak sentuhkan. Hehe



HP memang best sebab boleh buat macam-macam benda. Apatah lagi dengan teknologi sekarang ini yang memudahkan kerja kita. Hehe. Kamera, MP3, GPRS, MMS, Navigator dan macam-macma lagi lah ~ Tapi try bayangkan kalau tak ada Phonebook dalam HP? Naya lah kena ingat number HP orang lain. Haha


Bila dah ada Phonebook, aku perasan macam-macam nama letak dalam HP. Hehe. Ada yang letak nama betul kawan kita tu kan. Contohnya macam Fyra Ruslan, Anis Radzleen, Ain Aniqah, Najwa Wahida dan macam-macam *hanya sebut beberapa nama sahaja :p

Ada pulak tu yang letak nama gelaran. Contohnya macam Apik Topek, Lan Bendul, Ariff Buncit, Wanie Doremon dan Daus Chong. Kadang-kadang aku tergelak sorang-sorang bila baca nama-nama yang ada dalam Phonebook kawan-kawna aku sebab macam-macam nama keluar. Haha.

Lepas tu, kalau ada dua nama yang sama. Untuk bezakan nama-nama tersebut, ada yang letak nama jawatan die, tempat die kerja atau sifat fizikal die. Hehe. Contohnya macam Nani PKP, Najwa PKPRS, Fendi KP, Azlan The Typewritter *Haha ;DDD Dengan cara ini, dapatlah dibezakan dengan nama-nama yang lain.

Kalaulah kalau kita nak contact Si A, tertekan pulak Si B sebab nama sama. Lepas tu pulak, kita terbagitahu satu rahsia atau benda-benda yang sulit, tak kan ke naya tue? Tak pasal-pasal gaduh pulak sekian hal ~ Hish (-______-")

Kalau yang couple pulak, hish ~ macam-macam nama letak. Yang lelaki letak Baby, My Princess, My Honey, My Sweetheart, Mama untuk si perempuan. Yang perempuan pulak letak Abang, My Love, My Heart, Husband, Papa, Prince Charming untuk si lelaki. Macam-macam nama letak untuk gambarkan bahawa "..Dialah buah hati aku !!!!.." Haha *ceh ~ macam lah kau sorang je ada buah hati :p



Kalau untuk nama mak ayah kita, standardnya kita letak Mak, Ummi, Ibu, Mama, Ayah, Papa, Walid. Aduyai ~ Tak standardlah ~ Apa kata try korang letak My Mom ker, My Dad ker ~ , My Mummy ker ~, My Daddy ker ~ Baru ada kelas sikit.

Tak pun letak My King untuk ayah dan My Queen untuk mak. Alah ~ Mak dan Ayah kan orang yang penting dalam hidup korang. Apa salahnya letak penghargaan macam tu kat diorang.


Eh, walaupun ia hanyalah pada nama sahaja tapi cuba bayangkan, kalau lah satu hari nanti mak ayah kita cek HP kita, mesti die rasa bangga sebab kita letak nama die macam tue. Hehe. Maknanya mereka tahulah yang kita letakkan mak dan ayah kita sebagai orang pertama dalam hidup kita :) Tapi tak tahulah sama ada mereka ada berfikiran macam itu atau tak. Hehe

Lepas tu, ada pulak sesetengah dari kawan-kawan kita yang guna banyak nombor. Ya Allah ~ Aku memang jenis yang cukup pantang kalau ada kawan-kawan aku yang guna banyak nombor. Kadang-kadang sampai 10 nombor die ada *Sila percaya. Ini kisah benar. Kawan sekolah aku dulu Lepas tu, bila aku nak contact dia, tak tahu mana satu nombor nak dail. Bila try semua nombor, tak ada satu pun yang berguna. Hish ~ Geram aku!


Dan yang paling aku sakit hati, dia boleh pulak call aku balik dengan nombor baru "..Mai! Mai ! Ni nombor baru aku ni !.." Ya Allah ~ Tak ke rasa sakit hati bertambah-tambah kat situ?

Bila dah banyak nombor, maka suku dari memory Phonebook aku penuh dengan nama dia sahaja. Nurul 1, Nurul 2, Nurul 3, Nurul 4, Nurul 5, Nurul 6, Nurul 7, Nurul 8, Nurul 9 dan Nurul 10. Eh silap! Tambah satu lagi nombor ! Nurul 11 =.=" Ya Allah ~ Asal tak genapkan sampai 50 nombor je terus?

Lepas tu ada yang letak nama yang mengikut ejaan yang macam-macam. Amir jadi Are-Meer. Siti jadi City. Epy jadi Air-Py. Eh aku dah try dulu taw buat macam ini. Mula-mula memang lah best tapi bila ada kecemasan, memang leceh giler.


Nak call Ayah. Aku pun carilah mana Ayah nie. Cari cari tak jumpa. Cari cari tak jumpa. Rupa-rupanya aku letak nama Are-Yah ~ So mana tak jumpanya kan? Hehe. Giler doeee ~ Seksa aku nak mencari nombor Ayah aku masa tue. Nak dail jer, aku terkonfius dengan nombor Mak aku ~ Hish T_____T

Sekarang ini nama-nama dalam Phonebook aku dah kembali normal. Cuma aku letak nama-nama tu semuanya dalam huruf kecik jer semua. Haha. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa macam comel jer ~ Wakaka ~ Huruf kecik pun comel =.="

Macam aku, aku letak nama kawan-kawan aku dengan penuh. Aku tak ada lah letak nama gelaran kan macam aku cakap kan tadi. Yelah ~ Tak baik kan kalau kita cakap macam tu kat kawan kita. Hehe


Hurm ~ Tu je lah yang mampu aku tulis. Toodles ! :D




p/s : Macam-macam benda berlaku masa aku nak taipkan entry ini. Percaya atau tidak, aku start taip entry ini pkul 1.20 tengahari tadi dan di postkan pada pukul 11.20 malam =.="



p/ss : Mesti tertanya-tanya kan macam mana aku boleh dapat ilham nak buat entry ini? Haha. Aku bangun je dari tidur pagi tadi, terus terfikir pasal benda nie. Terus dapat ilham! Haha. I must admit that sleep is the best way to get idea ~ Wakaka ;DDD

You May Also Like

29 comments