Kenapa Saya Benci Handphone Saya

by - Tuesday, March 02, 2010


Salam. Ini entry mengarut. Sape yang rasa bosan, tak nak baca pun tak pe. Tapi sila-sila klik Nuffnag I tue. Haha



Sony Ericsson W380i. Itulah HP yang I sedang guna sekarang ini. I guna HP ni sejak penghujung tahun 2008. Tak silap I lah, I beli HP ni lagi beberapa hari lagi nak sambut Hari Raya AidilFitri. Kiranya tahun 2008 tu I raya dengan HP baru lah. Hehe. Tahun 2009, raya dengan kamera baru. Raya 2010, benda apa yang baru erk? Kereta? Haha

I tak tahu kenapa I boleh beli dan minat dengan HP nie. Masa mula-mula jumpa HP nie, I merengek-rengek dengan ayah I, kalah budak umur 5 tahun. Haha. Masa tu mahal lagi. RM600. Sekarang ini I rasa dalam Rm300 ++ kot. Hehe

I benci HP nie! Sebab apa? Kamera die hanyalah 1.3 megapixel jer. Owh, sangat-sangat mendukacitakan. I tak boleh harapkan gambar dari HP I ni akan jadi cantik seperti gambar dari HP Kak Ynn. Haha. I tak boleh harapkan gambar dari HP I ni akan jadi terang-benderang *Terengganu punya loghat macam kamera DSLR Useriez. Haha.


Tapi I tetap jugak amik gambar sebab I suka amik gambar! Tak kira tempat atau masa! Kalau nak heretkan kamera I yang besar tu macam harammm jer ~ Walaupun 1.3 mega pixel tapi I selalu ingatkan dalam kotak fikiran I yang kamera HP I nie adalah 3.1 mega pixel. So setiap kali I amik gambar I akan puas hati. Haha



Tapi sekarang ini, kamera HP ini dah tak boleh guna. Huhu. Sedihnya ~ Bila nak pergi kat camera, dia akan tulis macam nie "..Another application is running. Close it dan then start the camera.." Masalahnya dah berjuta-juta kali I buat sejak peperiksaan SPM tahun lepas lagi tapi sampai sekarang tak menjadi-jadi jugak. So I terpaksa mengheret kamera I yang besar tu ke hulur-hilir. Huhu

I benci HP nie! Sound die tak best langsung! Bila pasang lagu jer, sound macam nak pecah. Tapi I tak kesah sebab I ni jenis kalau dengar lagu setakat chorus jer. Bila dah habis chorus I akan cepat-cepat tekan 'next' kat depan HP I tue. Hehe


Nampak tak butang 'previous' , 'play', 'stop', dan 'next' tue? I just letak kan jari I dan pop! Terus dia pergi kat next song. Hehe. Sungguh cepat, mudah dan efektif! Haha

Tapi sekarang ini I tak boleh dah nak dengar lagu-lagu kat dalam HP I nie. Sebab sound die dah pecah dan itu bermakna ia dah rosak. Huhu. Ini semuanya sebab I nak lepaskan geram so I pasang lagu kuat-kuat. Dan akibatnya? HP I dah tak boleh nak berbunyi. Huhu

Sekarang I hanya harapkan vibration je bila ada orang call dan msj. Huhu. Kalau I lambat balas msj atau lambat jawab call, jangan salah kan I taw! Salahkan orang yang buat I geram tue sebab kalau I tak geram dekat die, I tak kan pasang lagu kuat-kuat kan? Haha

Tapi vibration tu pun macam dah nak nazak jer. Kadang-kadang I tak sedar pun sejak bila ada orang call dan bila orang msj dekat I. Huhu

I benci HP I nie! Keypad die nipis nak mampus! Susah I nak taip msj laju-laju. Dah leper je keypad dier. Tak ada semangat langsung nak bergendut-gendut dengan HP I nie. Huhu. Punyalah leper sampai kadang-kadang ibu jari sakit sebab terpaksa tekan kuat-kuat. Huhu

Tapi nasib baik lah keypad ni tak berbunyi bila I taip msj. Hehe. So I boleh main msj di mana-mana sahaja. Dalam kereta, tandas, sebelum nak tdo, dalam kelas, dalam bilik mesyuarat dan masa nak exam. Haha. Itu I tak buat ok? I budak jujur ~ Haha

I benci HP I nie! Dah lah nipis. Senang giler nak patahkan. Kalau I tengah geram, I akan campak HP I jauh-jauh sebab I tahu HP tu akan jadi mangsa I. Bila dah nipis, agak susah I nak pegang expecially I tengah makan dan nak balas msj. Tak boleh ke kalau I guna satu tangan je kalau nak balas msj? Huhu. Nak jugak dua-dua tangan. Geram betul lah ~

Tapi nasib baik HP I nie nipis jer. Sebab I boleh sorokkan HP I nie kat mana-mana tempat dan di celah-celah mana sahaja jika ada spotcek di sekolah. Haha. Sungguh nakal I ni taw! I boleh sorok HP I nie dalam tong sampah, bawah almari, locker buku, bekas sabun, celah siling, dalam kamus, dalam termos dan yang paling selamat adalah dalam plastik pad yang belum digunakan lagi tue. Hehe. Maaflah kalau keterlaluan sangat. Hehe

Walaupun I benci HP I ni sebab banyak dah rosak tapi I tetap sayang. HP inilah yang menghubungkan I dengan semua orang, tak kira masa susah atau senang. HP I lah yang menghiburkan I dengan game The Sims yang macam tak best jer bila dah main banyak kali tapi I tetap main jugak.

HP I pun best sebab dia flip. Tapi sekarang ini orang dah tak guna flip kan? Takpe. I tak kisah lah ~ Asalkan bergaya. Hehe. Kadang-kadang I nak beli HP baru tapi niat I terbantut sebab bila fikir-fikir balik, I mesti nak beli Blackberry yang sekarang ini orang sume duk gila-gilakan. Hehe. Mesti ayah I cakap "..Sara yang dah belajar pakai HP Blackberry. Ayah yang kerja ni pun pakai Nokia N73 jer.. " Takpe ayah. Sara tak kisah pun :) Sayang ayah lah ~

I dah nekad! I tak nak beli HP baru. I just nak pergi kedai baiki HP dan baiki semua kerosakkan HP nie. I sayang HP nie. Pluss ++, kalau I beli HP baru, mesti I akan berkelakuan pelik sebab I tak kan bagi orang lain guna HP I, I tak kan bagi orang lain main-main dengan HP I, I akan menjerit macam orang histeria bila HP I jatuh dan I akan belek-belek HP I tiap-tiap masa. So I rasa lebih baik I tak beli HP baru. Hehe





Kesimpulannya, I benci HP I ini tapi I tak sanggup nak berpisah dengan dia :)





p/s : Maaflah. Bahasa entry kali ini seiring dengan perkembangan teknologi zaman sekarang. Hehe

You May Also Like

18 comments