Kalau Aku Mati Esok

by - Wednesday, June 01, 2011


Kalau aku mati esok, maafkan segala dosa-dosa aku. Aku hanya ingin kau tahu, aku hanya manusia biasa yang pasti akan lakukan kesalahan. Aku seorang perempuan yang sangat bersemangat. Tapi kadang-kadang semangat aku itu menyebabkan kau terasa dengan sikap aku. Maka maafkan aku


Kalau aku mati esok, tataplah muka aku sepuas-puasnya. Aku hanya ingin kau lihat betapa jujurnya kasih sayang dan cinta aku pada kamu. Dalam hidup aku, hanya kau seorang sahaja yang bertakhta dalam hati aku, walaupun aku tahu kau sudah pergi jauh dari aku. Maka tataplah wajah aku


Kalau aku mati esok, mandikanlah jenazah aku. Aku hanya ingin kau tahu air yang mengalir dari tubuh badanku ini ibarat airmata aku yang mengalir kerana menangisi kepergian diri kamu. Sungguh aku sakit melihat kau hilang. Maka mandikanlah jenazah aku


Kalau aku mati esok, kapanlah tubuh badan aku. Aku hanya ingin kau tahu putihnya kain kapan itu, begitulah putih dan sucinya cinta aku pada kamu. Tak pernah ada warna lain dalam cinta aku ini. Maka kapankanlah tubuh badan aku


Kalau aku mati esok, usunglah jenazah aku. Aku hanya ingin kau tahu tiap langkah yang aku ambil semasa hayat aku, betapa beratnya terasa. Setiap langkah aku seperti ada beban yang menghalang aku. Kehilangan dirimu melemahkan aku. Maka usunglah jenazah aku


Kalau aku mati esok, tanamkanlah aku. Aku hanya ingin kau tahu dalamnya tanah kubur aku, dalam lagi lubang yang kau tinggal dalam hati aku. Lubang yang kau tinggalkan ini, sukar untuk aku tutupnya kembali. Lalu aku biarkan ianya terbuka, walaupun pedih dan perit. Maka tanamkanlah aku


Kalau aku mati esok, bacakan aku Yassin. Aku hanya ingin kau tahu Yassin itulah yang menemani malam-malam aku ketika aku sedang berduka. Mengalir air mata tatkala melafazkan kalimah-kalimah suci Al Quran. Maka bacakan aku Yassin


Tapi jika aku tak mati esok, datanglah kepada aku. Aku ingin mencium tanganmu dan memohon maaf atas segala kesalahan aku kepadamu. Aku hanya ingin kau tahu, aku masih menerimamu walaupun luka lama masih berdarah lagi


Seandainya aku mati esok, cuma satu sahaja aku mohon dari kau. Tunaikanlah permintaan aku ini untuk kali yang terakhir.


28May2011
0045

You May Also Like

4 comments