Tenang dan Pergi

by - Friday, June 10, 2011



kau nampak aku suka suka
kau nampak aku gelak-gelak
kau nampak aku tersenyum
kau nampak aku gembira

tapi
ada kau nampak aku sedih?
ada kau nampak aku menangis?
ada kau nampak aku muram?
ada kau nampak aku sedih?

hidup kita ini ibarat pentas
kitalah pelakon utama dalam cerita kita
kitalah pengarah, kita penulis skripnya
kita berhak tentukan
macam mana ia sepatutnya berakhir

sebab itu, kau tak nampak aku sedih
kau tak nampak aku menangis
kau tak nampak aku muram
dan
kau tak nampak aku sedih

sebab apa?
sebab aku pandai berlakon
pelakon terhandal
akulah orangnya

dan aku ingin kau tahu
aku akan terus suka suka
aku akan terus gelak-gelak
aku akan terus tersenyum
dan
aku akan terus gembira

supaya kau tahu
aku tenang sahaja di sini
tenang menantikan sesiapa sahaja
yang mampu bawa aku pergi

6jun2011
0042

You May Also Like

2 comments