Assalamualaikum
Sara,
kau dah banyak menahan segala-galanya yang ada di sekeliling kau. Baik keluarga, kawan-kawan, kerja-kerja kau dan tanggungjawab kau. Bagus Sara. Selama 20 tahun 4 bulan 1 hari kau hidup, kau dah berjaya menghadapinya dengan penuh tabah dan Alhamdulillah ~ kau masih mampu lagi bernafas sehingga ke hari ini
Sara,
cuma kau kena ingat. Dalam kau melalui satu proses kehidupan, kau kena bezakan antara orang yang betul-betul ikhlas dengan kau dengan orang yang sebenarnya nak menjatuhkan kau, nak membuka aib kau, merosakkan kau dan hanya berpura-pura dengan kau. Dengan orang-orang yang macam nie, kau kena beware sangat-sangat tau?
Sara,
jangan mudah percaya dengan orang. Tu je aku nak cakap. Aku tahu hati kau mudah sangat bercerita tentang diri kau, masalah kau, hati kau dan semunaya ; meluahkan apa yang kau rasa sebab aku tau kau mudah sangat percaya dengan orang. Tapi kau sedar tak, orang yang kau percaya sangat-sangat tu sebenarnya dah tikam kau dari belakang? Dia dah bukak aib kau depan orang ramai dan malukan kau kaw kaw punya. Kau ada otak Sara, kau fikirlah ~ kalau orang yang kau percaya sendiri cakap dan tuduh kau sebagai 'perempuan terhegeh-hegeh' masih kau nak percaya kan orang yang macam tue? Kau kena berhati-hati mulai sekarang
Sara,
jangan mudah termakan dengan kata-kata orang. Sebab kata-kata itu sebenarnya nak membunuh kau dalam diam. Kau fikirlah Sara, tak ada orang pun nak lihat orang lain lebih berjaya dari diri dia sendiri kecuali mak ayah dan cikgu kita. Betul tak? Lepas ini, kalau ada orang bercakap dengan kau, gunakan otak kau sebaik-baiknya dan tafsirkan mana satu yang baik dan buruk kepada kau. Aku bukan nak ajar kau untuk selalu berburuk sangka kepada semua orang tapi kau kena fikir baik-baik. Cukuplah kau dah kena dipermainkan dan diperbodohkan selalu oleh orang yang kau percaya
Sara,
jangan mudah jatuh hati dengan kebaikkan orang. Sebab kadang-kadang orang yang terlalu terlalu baik dengan kita sebenarnya nak menjatuhkan kita. Dia nasihat kita macam-macam "Kau buat lah macam tu Mai" tapi sebenarnya dia dah tahu apa yang berlaku sebaliknya. Kenapa dia buat macam tue? Sebab dia nak malukan kau lah! Apa ke bodoh kau ni Sara sebab percaya dengan orang macam tue? Tapi aku tahu kau mesti bersyukur kan sebab akhirnya kau tak buat pun apa yang kau suruh sebab kau masih fikir baik dan buruknya. Kalau lah ~ Kalau lah kau ikut apa yang dia cakap, mesti kau rasa maruah kau tercalar kan?
Sara,
jangan terlalu baik dengan orang. Kau berhabis itu ini dan akhirnya apa yang kau dapat? Tak dapat apa-apa pun. Malah, kau dipijak-pijak lagi adalah ~ Dia kutuk di belakang kau ada lah ~ Nampak sangat kau ni tak dihargai. So lepas ini, kau jangan mengada-ngada nak tunjuk baik lagi dengan orang-orang macam nie. Hey aku nak cakap, orang yang macam ni sebenarnya nak amik kesempatan atas kau je. Dorang gunakan kau untuk kebaikkan dorang tapi last-last bila kau sendiri yang dalam susah, tak ada siapa pun yang datagn menghulurkan bantuan. Dah lah Sara, mulai hari ini kau kena pentingkan diri kau sendiri sebab dah terang lagi bersuluh, orang-orang yang kau tolong tu pun sebenarnya pentingkan diri dorang sendiri
Sara,
aku tahu kau tengah sunyi kan? Hari-hari kau mengadu dengan aku yagn kau sunyi. Sabarlah ~ Aku tahu kau sedih sebab kau tak ada siapa pun nak mengadu. Takpe. Kau sabarlah ~ Sebab Allah swt ada dengan kau dan sentiasa dengar rintihan kau. Kalau kau sedih, aku ada. Insyallah kalau aku ada masa, aku akan ada dengan kau. Kau kena ingat, jodoh dan pertemuaan tu Allah swt yang tentukan ~ Kalau ada orang yang betul-betul ikhlas dengan kau, dia akan datang kepada kau dan tersenyum pada kau. Aku tahu mesti kau masih dibelenggu dengan mimpi-mimpi kau yang kau selalu cerita tu kan? Kalau betul lah lelaki itu jodoh kau, dia akan datang. Sabar yer?
Sara,
dah dah ~ aku tau kau mesti terharu kan sebab terima mesej panjang lebar macam nie? Haha. Dah lah ~ Aku akan sentiasa berada dengan kau, tolong kau susah dan senang sekiranya aku berkesempatan. Kau kena ingat, Allah swt sengaja turunkan dugaan kepada orang-orang yang Dia tahu orang tu akan mampu hadapinya. Dan kau lah salah seorang dari mereka. Tetapkan pendirian kau, jaga diri kau dan buat mak ayah kau bangga dengan kau
Don't give up ;)
5 comments