Assalamualaikum
Hamikkkkkk ~ Dalam dalam 5 hari je aku dapat habiskan dua novel -.- HAHA :D Kali ini novel apa pulak aku baca? Meh meh
Kelabu by Nadia Khan by Fixi Production |
1st time aku tau pasal buku ni sebab ada seorang blogger baru beli buku ni, dia gunakan baucer buku 1Malaysia. Jujurlah aku cakap, aku terus suka dan tanamkan azam nak beli novel ni tapi tak adalah tegar sangat aku nak beli. Cuma masa tu aku fikir, kalau ada terjumpa, aku beli lah :)
Maybe sebab cover die cun kot? Hehe :)
Aku rasa dalam 2 hari lepas kot aku baru baca buku nie dan tadi aku baru habis. Reaction akuu? This novel totally different from other novels yang aku pernah baca :)
Kelabu menceritakan seorang lelaki yang bernama Amir dan keadaan sekeliling dia yang totally berubah sejak dia setuju untuk jadi pakwe kontrak kepada seorang awek cun, nama Jun. Dalam life dia, dia ada hanya beberapa kawan rapat sahaja yang die memang betul-betul percaya which is Maya, Shah dan abah dia sendiri
Makin lama, hidup Amir ni makin complicated dan penuh dengan kelam kabut dan serabut. Satu persatu, masalah datang dalam hidup dia dan dia macam slowly hilang pertimbangan kot? HAHA :D Tapi punyalah serabut hidup dia tue, kadang-kadang aku yang membaca pun macam "eh eh ~ aku pulak yang pening dengan masalah dia" HAHA :D Tapi aku gerenti cakap, memang best! :D
But the best part is when sebenarnya kita tahu yang sebenarnya TETTTTTT! Tak boleh lah aku nak bagitahu sebab kang kalau korang baca tak suprise :D Serius weyh, masa tu dah pkul 4 pagi dan aku pulak ada kelas 8 pagi. Aku ingatkan aku nak tidur tapi makin dibaca-baca, makin susah aku nak tutup novel nie. HAHA :D
Apa yang aku boleh cakapkan ialah novel ni penuh dengan surprise yang kita sendiri tak boleh nak sangka. Kita sangka kan itu, tapi sebaliknya yang berlaku. Dan jujur aku cakap, this is what the novel that I've been looking for! :)
Sebab aku dah macam bosan dengan novel-novel cinta yang aku sendiri dah boleh agak endingnya, yang dah boleh agak apa yang akan jadi dan sebagainya. Dan dan juga aku tak suka happy ending dalam novel sebab aku percaya, kadang-kadang dalam life ni ada masalahnya yang tersendiri. It okay for a writer nak tulis ending yang happy tapi make it sense lah :) Dont put into words such as "they are lively happy forever after" -.- Kalau tulis cerita Cinderella, boleh lah :)
As untuk ending dalam novel nie pulak, aku sangat-sangat salute dengan penulis dia sebab aku suka dengan the way dia endingkan novel nie. Just a simple words tapi kita memag dah tahu apa yang terjadi. It makes me, as a reader think about it. Lagipun, cikgu aku pernah cakap "Penulis cerita yang baik adalah penulis yang mampu buat pembacanya berfikir"
Dan jujur aku cakap aku sangat dahagakan novel-novel yang macam nie dan juga novel-novel keluaran Fixi ni. Sebab aku suka something yang simple dan tapi bergantung kepada orang tu nak menilainya bagaiman. As for this novel, kalau kau baca tajuk novel dia KELABU, kau rasa apa yang kau fikir? Apa yang kelabu nya kan? Hehe :)
So tak nak cakap panjang, aku rasa kepada sesape yang rasa-rasa macam aku nie, boleh lah kot aku suggestkan korang untuk beli novel nie. Aku rasa sumpah lah tak menyesal beli dan baca novel nie dan jadikan novel ni as one of your collection dekat rak buku tue :)
Lagipun, novel-novel keluaran Fixi aku rasa tak adalah mahal sangat, around RM20 so macam affordable lah bagi orang-orang yang masih belajar lagi macam aku nie :)
p/s : FIXI FIXI FIXI FIXI FIXI FIXI FIXI FIXI FIXI FIXI <3
10 comments