Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) Untuk Kali Kedua :)

By Mysara Newrie - Monday, July 23, 2012

 

 Assalamualaikum


Beberapa minggu yang lepas (haih rasa bersalah pulak taip macam ni sebab nampak bebenor aku dah lama giler tak update blog -__-) aku dan kawan-kawan aku terpilih untuk pergi ke jeng jeng jeng!

Tengok tarikh MAKA tue -__- Dah lama kan? Haih 
Okay mari kita teruskan update blog tanpa mengendahkan rasa bersalah sebab Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) ni dah dekat sebulan yang lepas T____T HAHA :D Lantok lah!


Okay. Ini adalah kali kedua aku pergi ke MAKA sebab yang 1st time aku pergi sem lepas, berbekalkan results final exam aku masa part 3. Untuk kali kedua ni, aku dapat pergi atas tiket results aku untuk sem lepas. Haaa gitu ~ :) Alhamdulillah, syukur aku dapat pergi MAKA lagi sem nie :)


Act aku tak nak pergi sebab apa entah. Tapi sebab aku fikir dapat makan free (HEHE) dan jugak kebetulan petang Isnin tu, aku memang tak ada kelas langsung sebab hari Isnin aku ada satu kelas je, kelas pukul 8. So dari aku duk bosan dalam bilik, baik aku pergi MAKA kan? :)


Me with Shahira Roslan :)
Zalia dan Yaa :)
Aku pergi MAKA ini dengan Zalia, Shiro dan Yaa. Kalau tak ada dorang, aku rasa aku tak pergi lah kot ~ Sebab tak member nak teman dengan aku. Dah lah sem ni MAKA buat dekat Kolej Redang, jauh pulakk dengan kolej aku -__-


Tapi syukur alhamdulillah, nasib baiklah Farah Shaheera ada sewa kereta sebab nak settlekan kerja dia dan alang-alang tu dia tolong hantarkan kitorang. Yeayyyyyyyyy! Tak perlulah aku penat-penat kesat peluh! HAHA :D

MAKA :) Apasal pulak dengan aku tue? -__-

Apa yang best sebab setiap atas satu meja ada buku tebal-yang-tak-berapa-nak-tebal lah which is MAKA yang tertulis semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nama budak-budak UiTM Dungun yang dapat Anugerah Dekan untuk sem lepas, siap terpampang pointer kau weyh! Hamikk ~ tak pasal-pasal kau dah femes sebab semua orang tahu pointer kau berapa HAHA :D


Memandangkan aku and the geng orang yang 1st sampai dekat Cafe Kolej Redang, so kitorang habiskan masa kitorang dengan menilik semua nama yang kitorang kenal dalam buku MAKA tu dengan tengok sekali pointer dorang. Ehem ehem ~ dalam kos aku, batch aku lah yang paling ramai dapat Dekan :D

Kami budak DPA :)
Haaaa ~ yang baju merah tu junior Debat aku dulu dan junior DPA aku :) Nama dia Affiq Azmi. Hai Afiq! Akak dah masukkan gambar awak dalam blog akak dah :) "Kak Mai, nanti masukkan gambar saya dalam blog Kak Mai yer?" Yeeeeeeeeee ~ sekarang akak dah tunaikan :) Suka lettewwwwwwwwwwwwwwwww

Kami bersama Madam Nadiah :)
Haaaaaaa yang kecik molek comel tu, lecturer kitorang. Dia baru je kahwin so aku selalu terpanggil dia Miss so kena biasakan diri lah lepas ni kena panggil dia Madam Nadiah. Aiseymennn, janggal nya! :O


Madam Nadiah memang sporting lah dengan kitorang. Madam Nadiah tak pernah mengajar aku pun tapi aku rapat dengan dia sebab dia lah jadi penasihat kitorang masa kitorang organize Dinner ASCAPS dulu masa part 3 :)


Setelah tunggu dalam 40 minit, akhiranya majlis pun start. Meja yang aku pilih betul-betul strategik sebab betul-betul bawah kipas lepas tu dekat dengan pentas utama HAHA :D Suka aku. Bahagia nan terasa di jiwaaaaaaa :)

Rektor UiTM Dungun merasmikan MAKA :)

Lepas dah sudah majlis perasmian MAKA, hape lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! MAKAN TIME! :D Wahaha :D Masa ni memang sumpah lapar giler sebab sengaja kosongkan perut sebab nak sumbat banyak-banyak time MAKA HAHA :D Makan free weyh! Sapa tak suka kan? Hehe :)


Makanan semasa MAKA :)
Mari kita makan bersuap! :D
Kita dah sudah makan, kita kacau orang lain yang sedang makan pulak! :D Meet Midin & Nazri :)
This beautiful girls <3 :D

Lepas dah makan, masa untuk pemberian Anugerah pulak. So kepada yang bertuah, dapatlah naik atas pentas terima hadiah. Untunglah ~ jeles aku sebab tak dapat nak naik atas pentas :(

Muka jeles + tak puas hati sebab tak dapat naik pentas -__-
Maka dengan itu, saya akan berjanji semester terakhir ini saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi! :D
Eh saya tak marah pun tadi, cuma terlebih emosi jer. Peace yooo! *bajet Korea*
Eh kawan saya ni pun nak join team saya :D

Lepas dah sudah upacara penyampaian hadiah, maka sudah habislah MAKA pada petang itu. So kami yang memang sengaja caj battery camera lebih, mengambil gambar yang sumpah banyak HAHA :D Penuhkan memory card anda masing-masing! :D


Budak DPA yang datang MAKA dan seorang budak Akaun, Ain :)
Aku dan Wanie. Cantikkan dia? :')
Wanie, Ain dan aku :)
Okay yang ni memang wajib cerita dekat korang yang betapa keciknyaaaaaaaaaa dunia nie! :O Aku dan Wanie ni kawan sejak part 1 lagi sebab kitorang sama-sama team debat untuk Piala Debat Pengarah 2 tahun yang lepas. So dari situ, aku dengan Wanie memang kawan sampai sekarang


Ain ni pulak aku kenal dia masa Form 5 sebab masa ada Kem Pemantapan Diri untuk SPM, aku deskmate dengan dia. So memang selalulah aku borak dan bincang dengan dia pasal study. Tak sangka pulak dia satu UiTM dengan aku sekarang nie


Dan tanpa disangka-sangka, aku baru tahu yang Wanie dan Ain ni sebenarnya bestfriend sejak sekolah rendah lagi! :O OMG ~ betapa keciknya dunia nieeeeeeeeeeee! :D

Amik gambar lagi :)

Weyh asal tangan aku macam Doremon hah? HAHA :D

 

Aku suka gambr nie sebab aku nampak kurus HAHA :D
 Actually ada banyak lagi gambar kitorang tapi tak sanggup aku nak upload semua -__- Aku just upload mana-mana gambar yang best je untuk korang tengok HAHA :D Mengada tau Mysara Newrie, nak letak gambar-gambar lawa je -___-


Lepas tu, kami pun beransur pulang ke kolej. Kali ini, terpaksalah berjalan kaki. Tapi takpe, tak kisah sebab masa tu dah petang dan lagipun perut pun dah full HAHA :D So adalah sedikit tenaga untuk berjalan kaki :)

Yeayy! Ada pun gambar atas Jambatan Tenggol -__-
Dah sampai kolej, sekali Zalia ajak makan ABC dan dia belanja. HAHA :D Alhamdulillah, murah rezeki lagi! Orang nak belanja, kita kena menerima ;) HAHA :D yeayyyyyyyyyyyyyy! makan free lagi! :D

Zalia dan Shiro & ABC kami :)

Malam tu, memang tidur dalam keadaan perut kenyanglah :) Syukur alhamdulillah, Allah swt murahkan rezeki :) Heheeeee


p.s : Menaip entry ini dengan penuh keterpaksaan -__-



 

  • Share:

You Might Also Like

2 comments