Assalamualaikum
Wah wah! :D Aku rasa macam dah lama giler aku tak update blog. Mau dekat berminggu-minggu kan?
First of all, aku nak mintak maaf sangat-sangat sebab tak update blog. Aku ingat weekend aku boleh lah update tapi sejak dua minggu lepas, weekend aku macam (eh bukan dah macam dah, memang dah penuh pun!) dengan pelbagai event UiTM, event fakulti dan event bersama kawan-kawan.
Kadang-kadang tu sampai ke tengah malam barulah nampak aku dekat bilik. Bila dah sampai bilik, aku terus mandi, siapkan mana-mana yang patut, online FB dan twitter kejap dan bammmm terus tidur -___-
FYI aku ni kalau nak update blog, mau dekat berjam-jam lamanya sebab aku nak kecikkan gambar dulu, nak pilih gamba dulu mana yang lawa lepas tu nak menulis entry yang kelakar lagi maha best untuk korang baca so total jam yang minimum yang aku perlukan untuk update blog adalah hmm 3jam kot?
See? Minimum yang diperlukan untuk update blog adalah 3 jam? -__-
So mari buat kira-kira dengan aku. Pukul 12 tengah malam aku baru balik ke bilik. Pukul 1 aku dah siap mandi, makan, gosok baju (okay yang ni tipu sebab aku gosok baju hanya sebelu aku nak pergi kelas) so kiranya kalau aku update blog puku l pukul 4 pagi baru aku siapkan dan pukul 8 pagi aku nak pergi kelas dah. Haaaaa nampak tak kenapa aku jarang update blog?
Ahh! Tulis banyak-banyak pun tak ada guna jugak. Pokok pangkalnya, aku memang tak ada masa yang banyak untuk mengupdate blog :) Maafkan saya ye?
So esok puasa. Salam Ramadhan kawan-kawan! :D Aku ada niat yang baik untuk bulan puasa nie. Tak tahu lah menjadi ke tak tapi insyallah ~ kalau dipermudahkan oleh Allah swt, aku akan cuba buat :) Insyallah :)
APA NIE?! :O |
HAHA :D Gambar dekat atas ni adalah salah satu event aku dengan kawan-kawan aku baru-baru nie. Hari Rabu malam tak silap aku. The best and most adventure trip lah aku rasa. Tak pernah dibuat orang kot? Tapi siyes, memang kelakar dan best :)
Nantilah ~ aku tengah mencari mood nak update blog aku balik nie :) Nanti aku nak organize balik gambar-gambar yang aku ada dan susun balik cerita mengikut susunan mana yang terjadi dulu :)
0 comments