Pertemuan Yang Tak Disangka :)

By Mysara Newrie - Friday, July 06, 2012


 Assalamualaikum


Minggu lepas kan aku balik rumah tok aku dekat Kuala Terengganu. Kebetulan si Akma ni nak balik ke Kelantan, so dah alang-alang dia nak balik tue, dia ajak aku bailk sebab dah memang rumah tok aku tu laluan nak balik ke Kelantan. So aku pun macam "okay lah!" padahal aku memang tak ada niat pun nak balik. Just on the spot gitu je


Sampai je dekat rumah tok aku, kawan aku Mimi call aku, tanya aku dekat mana. Aku pun terus "Alamak Mimi! Aku dah ada dekat rumah nie! Weyh sorry weyh!" HAHA :D Sebab apa?


Macam ni, boyfriend Mimi, Taqim ni nak datang Dungun nak jumpa Mimi sebab yelah ~ budak Politeknik kan tengah cuti sekarang nie? Oh btw ~ Mimi dengan Taqim ni budak Politeknik Port Dickson. Kebetulan aku dengan Taqim ni tak adalah rapat sangat tapi boleh lah agak rapat jugak sebab kadang-kadang aku chat dengan dia padahal kitorang tak pernah pun berjumpa


So hari Taqim sampai di Dungun adalah hari aku balik rumah. Taqim dah siap bagitau aku awal-awal dah yang dia nak datang Dungun tapi aku tak teringat langsung lah yang berapa haribulannya. So bila dah jadi macam tu, sumpah aku rasa ralat sangat-sangat dan rasa sedih sebab yelah ~ Taqim datang jauh-jauh tapi aku tak boleh nak jumpa dengan dorang


Kessokkan harinya, aku dapat tahu Taqim, Mimi dan mak Taqim datang Kuala Terengganu. Aku pun hape lagi! Pergi Giant dan beli barang-barang sikit dan terus call Mimi. Aku memang main gamble je masa tu call Mimi. Dalam hati aku cakap "kalau dorang ada dekat-dekat Giant, aku memang nak jumpa dorang" dan syukur Alhamdulillah masa tu Mimi ada dekat TTC, sebelah Giant


Hape lagi, teruslah aku nak jumpa dorang. Yeayy! Alhamdulillah ~ dapat jugak aku jumpa Taqim dan Mimi dan jugak mak Taqim :) Bagus betul Taqim ni yer bawak mak teman dating. Hehe :p


Masa tengah borak-borak kejap tue, aku dapat tahu dorang nak balik ke Dungun dah sebab dorang ni dari pagi dah duduk dekat Kuala Terengganu. Aku tahan dorang balik sebab aku nak ajak dorang pergi Teluk Ketapang. HAHA :D So dorang pun macam okay lah :)

Aku dan Mimi. Eh eh warna merah, SAMA! :D

Yeahh ~ Mimi dan Taqim :)

Aku dan Mak Taqim. Alaaaaaaa over lighting pulak! :O

Okay aku dengan Mimi ni bukannya kawan satu sekolah apatah lagi kawan satu universiti. Habis tu macam mana aku dengan Mimi dengan aku boleh kenal? Heheh :)


Hmm ~ panjang ceritanya so aku pendekkan yang aku dengan Mimi ni kenal atas kawan. Kawan aku rapat dengan sorang kawan lagi dan kawan yang lagi tu rapat dengan Mimi. So macam tu lah ~ Tapi aku dengan Mimi boleh rapat sedangkan kawan kitorang yang sorang lagi tu, tak tahu apa ceritanya. Mueheh :p Aku dengan Mimi rapat sebab aku suka cakap dengan dia, sama-sama boleh cakap Tranung, sama-sama faham HAHA :D


So dah dah ~ esok aku nak pergi jeng jeng jenggggggg ~ HAHA :D


 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments