Assalamualaikum
Semalam aku menangis. Semalam dan semalam yang lepas aku menangis, aku memberontak dalam diam
Guys, aku tak tahu lah kenapa dan apa yang dah terjadi dengan diri aku. Aku rasa macam aku ni dah lost dalam dunia aku sendiir sampaikan aku dah tak fikir dah apa pendapat dan perasaan orang lain. Aku hanay meluahkan apa yang aku rasa tanpa gunakan otak dan fikiran aku sendiri sampaikan orang yang paling aku sayang, menjauhkan diri dari aku
Ya Allah :( Apa yang aku dah buat nie? Aku hanya ingin meluahkan apa yang aku rasa, apa yang aku pendam bertahun-tahun lamanya. Memang salah aku, aku mengaku. Tapi please? Tolong bayangkan diri anda semua dalam kotak kasut diri aku, di mana kau diuji dengan bermacam-macam benda dan perkara seawal umur kau 16 tahun
Ye aku tahu. Nanti akan ada orang cakap "Alaaaa dugaan orang lain-lain, bukannya sama!" Memang aku tahu, dugaan yang Allah swt bagi kepada kita, adalah lain-lain. Kau dengan cara kau, dan aku dengan cara aku. Mungkin aku bertuah di sini tetapi susah di sana.
Aku tak harapkan apa-apa pun. Cuma sebagai kawan, aku mengharapkan berada lah dengan aku. Sebab di waktu sekarang nie, aku rasa sangat-sangat keseorangan, aku rasa macam semua orang dah tak ada dengan aku. Semua orang macam dah lari dari aku
Peluklah aku bila aku menangis sebab pelukkan tu sebenarnya membuatkan aku lagi bersemangat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Lap lah air mata aku supaya lepas ni aku akan lebih kuat lagi untuk tidak menangis. Tenangkan hati dan perasaan aku agar aku dapat berfikir dengan lebih baik
Aku tahu, selama aku di sini, aku banyak membuat salah dan silap kepada semua orang. Yup ~ semua orang. Aku tahu. Aku mintak maaf sangat-sangat. Aku manusia biasa, aku pasti buat salah dan silap. Kalau ada salah dari aku, tegurlah aku dengan niat mahu memperbaiki aku. Insyallah aku akan setia mendengar
Aku tak nak jadi macam nie. Siapa yang nak? Menangis tak tentu pasal, orang lain tegur "Asal muka kau moody Mai?", hati kau sakit dalam diam ; siapa yang nak? Tak ada siapa pun yang nak kan?
Tapi ingatlah ~ ni semua sebenarnya dugaan yang Allah swt bagi dekat kita. Dia nak uji kita dalam diam. Aku pernah terbaca sesuatu ayat pedoman yang buat aku sejuk hati sangat-sangat masa tue. Dia cakap "Allah rindukan kita lalu Dia turunkan dugaan kepada kita agar kita menghadap Allah swt" Lebih kurang macam tu lah ayatnya :)
So di kesempatan ini, aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sekiranya aku ada buat salah dan silap. Aku manusia biasa, maafkan aku yer kawan-kawan? Dan aku juga maafkan korang-korang semua. Dont worry :)
Insyallah lepas ni, aku akan muhasabah diri aku sendiri. Mungkin sudah terlalu lama aku tersasar jauh dari diri aku yang sebenar. Jujur aku cakap, aku sebenarnya rindukan diri aku yang happy go lucky, yang gelak tak hengat dunia, yang jenis sempoi ; yang macam Part 1 dulu :) I miss that moment and I realize I'm the one who destroy that moment :'(
So do forgive me my friends and my family :) Do guide me if anything I'm doing wrong. Nasihatkan aku sekiranya aku tersasar, tarik aku ketika jatuh dan bimbing aku ke jalan yang benar :)
0 comments