emo

Ini Dipanggil Dugaan :)

By Mysara Newrie - Tuesday, July 24, 2012

 

 Assalamualaikum


Hari ni tak tahu kenapa rasa macam mood aku swing sangat-sangat. Lepas berbuka tadi, aku pergi terawih sorang diri dan kemudian lepas bailk dari terawih, aku termenung sorang diri dekat cafe


Aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran aku. Aku teringat dekat mak aku, ayah aku dan adik aku. Aku tak tahu apa yang terjadi dengan aku kalau salah seorang dari mereka tak ada. Aku sebagai anak sulung perempuan, aku selalu fikir macam-macam in case kalau ada something happen dalam kalangan kitorang nie. Aku jadi sebak sangatsangat


Aku fikir pasal masa depan aku. Ke mana aku nanti dalam masa 10 20 30 tahun akan datang? Masih hidupkah aku? Masih bernafas ke aku nie? Ataupun aku dah dimamah oleh tanah? Waalhualam ~


Aku fikir pasal study aku. Aku tak tahu kenapa sem ni aku macam banyak main sangat. Actually tak ada main sangat cuma macam tak ada mood nak study, kalau ada quiz test aku macam tak tahu. Aku tak prepare nak masuk kelas. Masuk kelas just study apa yang lecturer ajar je lepas tu dah tak ada inisiatif untuk aku study balik. Teruknya aku ya allah :(


Aku fikir pasal kawan-kawan aku. Aku sendiri dapat rasa aku dah makin jauh dengan certain kawan-kawan aku esp kawan-kawan lelaki aku yang suatu dahulu aku pernah lepak berjam-jam lamanya, gelak dan asyik membahan saling antara satu sama lain. Sekarang semua tu dah tak ada langsung. Aku dan mereka hanya bercakap hanya bila ada perkara yang penting sahaja dan lepas tu, thats it. 


Aku fikir pasal mimpi aku. Aku rindukan dia. Aku tak kenal dia. Dah 5 tahun mimpi tu dah berlalu tapi aku tetap harapkan dia datang lagi dalam mimpi aku sebab aku rasa aku sayang sangat-sangat dekat dia. Aku tak tau kenapa tiap kali teringat dekat dia, mesti aku menangis sebab aku rindu kan dia, walaupun aku tak kenal dia sape, aku tak tahu nama dia, aku tak ingat muka dia. Semuanya pasal dia aku tak tahu menahu langsung


Dan masih banyak lagi benda dan perkara yang otak aku asyik fikirkan. Aku dah taktahu nak cakap apa lagi. Kadang-kadang tu aku rasa lost dalam dunia aku sendiri. Aku dah tak peduli dah pasal orang sekeliling aku. Aku lebih senang bergerak sendiri sekarang nie, gerak sorang-sorang je. Sebab aku tak nak serabutkan otak aku yang dah sedia serabut nie



*mengeluh




Inilah dia ; dugaan :)


 

  • Share:

You Might Also Like

2 comments