Assalamualaikum
Hai kawan-kawan. Ni entry pertama aku untuk tahun 2013 :)
Kalau direnung balik, tahun 2012 adalah bukan tahun cemerlang aku dalam berblogging sebab aku jarangggggggggg giler update blog! HAHA :D Kejap rancak, kejap macam hilang dari pandangan. Eceh ~ ayatt ~
Tapi kadang-kadang aku hilang tu sebab aku busy, line broadband buat hal ke. Macam tu je. Kalau aku rancak tue, maknanya aku free lah. Hehe :) Tapi kalau dekat Instagram, perghh ~ aku memang aktif betul duk upload gambar. Macam-macam gambarlah aku duk upload. Hehe
Okay sekarang ni aku nak bercakap pasal azam sebenarnya. Tiapppppppppppp kali masuk tahun baru, mesti buat azam baru. Mesti! Wajib! Dude, sape cakap benda ni wajib bro buat tiap kali tahun baru? :O
Bagi aku lah, azam ni sepatutnya dibuat setiap hari! Yess! Setiap hari! Bukan sekali dalam setahun okay? Azam kena buat setiap hari! Get it? Okay faham tak murid-murid? Krik krik kriikkkkk
Kalau buat azam tiap kali tahun baru, mestilah macam sekali setahun je kau berazam. Kalau kena pada orang yang macam cepat mudah putus asa, baru bulan Feb dah azam tinggal dalam kenangan. Dah tak semangat. Dah tak ada tujuan dan azam yang di hebah-hebahkan tak dapatttt nak ditunaikan. Kesian kan?
Kalau azam tu dibuat setiap hari, Insyallah kita akan macam lebih bersemangat! Sebab kita macam didorong oleh satu kuasa untuk mengubah diri kita dari sehari ke sehari. Lepas tu, bila kita berazam untuk mengubah diri kita, slow slow ianya akan effect diri kita. Aku tak cakap terus berubah okay? Tapi slow slow
Okay lets take this for example. "Esok pagi aku nak bangun awal. Lepas Subuh, aku nak pergi jogging" kata Mamat. Lalu dia akan cuba untuk bangun awal dari tidur dan pergi jogging. See? Dia atleasttttttttt ingat apa yang dia nak buat. Dia dah plan dari awal sehari sebelum tu, apa kerja yang dia nak buat sebaik sahaja dia bangun dari tidur
In case lah kan, kalau macam esoknya Mamat tak bangun tidur dan dia cakap benda yang sama everyday, Insyallah satu hari nanti, mesti dia akan berkesan dalam diri dia, dia akan cakap "Uish aku ni berazam tiap-tiap hari tapi tak pernah buat pun. Esok aku try lah" See? Nampak tak? Atleasttt kita ada effort untuk menuju ke arah jalan yang benar! Pergh ~ dah macam gaya ustazah dah nie hehe
Berbanding Ali, yang berazam pada malam tahun baru "Tahun ni aku nak bangun awal dan jogging tiap-tiap pagi" Lepas tu dahh. Esoknya, lusanya, tulatnya ; dia tak ada pun nak berazam dan buat benda yang dia cakapkan. Sebab dalam fikiran dia "Ouh takpe. Azam tahun 2013, masih panjang lagi. Kalau tak buat bulan 1, bulan 2 ada, bulan 3 ada, bulan 4 ada dan seterusnyaa". End up, malam tahun baru 2014 nanti, dia akan berazam untuk tunaikan azam 2013 yang tak tercapai dan begitulah seterusnya pada tahun-tahun yang akan mendatanggggggg ~ Sebenarnya benda ni bergantung kepada mind set!
Okay nampak tak apa yang aku cuba sampaikan dekat sini?
Sebab tu, bagi aku ; no need to beria-ria azam tahun baru for this, for that kalau tak ada usahanya. Unless, kalau kau berazam "Tahun ni aku nak kahwin" Okay yang ni boleh masuk akal lah sebab tak kan kau nak berazam hari-hari kau nak kahwin?! HAHA :D Kalau azam macam "Tahun ni aku nak beli kereta, nak bawak mama ayah pergi Haji, nak beli rumah" Okay, azam yang macam ni boleh diterima pakai lah :)
Apa yang aku nak cuba sampaikan dekat sini, azam tu boleh tapi tengok kepada keadaanya. Kalau azam benda yang amik jangka masa panjang, then its good for you BUT make sure lah kita kena ikut plan yang kita dah rancang dan cuba untuk capai azam tu no matter what happens. Eh speaking pulekk ~ hehe
Tapi kalau azam tu just untuk benda yang macam "aku nak jogging hari-hari" aku rasa macam benda ni macam sukar dicapai. Sebab kita macam tak didorong oleh satu kuasa dan diri kita sendiri untuk buat semua benda tue. Sebab apa? Sebab diri kita yang sambil lewa dan amik mudah tentang sesuatu perkara :)
Sebab tu atleastt before aku tidur atau after Subuh, aku akan plan, amendaaaaaaaaaaaaa aku nak buat hari nie. Nak settle kerja ker? Nak jumpa kawan ker? Nak pergi shopping ker? Sebab benda ni semua penting untuk kita plan apa tindakan kita seterusnya dan kita tak kan bazirkan 24 jam yang kita ada :)
Benda ni just my opinion je. Terpulanglah kepada korang untuk azam tahun baru atau azam hari-hari. Tak kisahlah yang mana satu cuma yang penting sekali, kita kena renung diri kita sendir ; apa effort yang kita amik untuk make sure azam kita tu tercapaii :)
Sebelum aku undurkan diri, aku rasa tak terlambatkan aku nak ucap Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua yang membaca blog aku nie :) Terima kasih semua, eh eh ~ dah nak masuk 4 tahun dah aku berblogging! :O Syukur Alhamdulillah ~
3 comments