Hai, Saya Dah Daftar Degree :D

by - Saturday, March 02, 2013


Assalamualaikum


Hai kawan-kawan. Jangan percaya dekat entry yang sebelum nie, cakap byebye bajet macam lepas ni tak update blog tapiiiiii non hadooooooooo ~ haha :D

Eh suka hati aku lah nak update ke tak. Ada aku kisah? HAHA :D

Okaylah ~ hari ni, Alhamdulillah, aku dah selamat mendaftar di Kolej Melati :) Aku dapat Tingkat 2. Weyh weyh ! Ada lift woo! :D Bagus, terbaikkkkk! Tak payah aku naik tangga. HAHA :D Tapiii fac aku macam kena daki bukit sikitlah kalau nak pergi kelas huhu


Apa yang best dan bagusnya, proses nak daftar pelajar dekat Kolej Melati ni adalah sangat-sangat terbaik! :D Aku memang bagi 5 star lah! Sebab just tulis borang sikit, bagi borang tu dan terus dapat kunci dan teruss dapat masuk ke dalam bilik! :D Tak payah nak beratur bagai. Bagus bagus! :D *clap clap*


Oh ya, aku dapat bilik yang 2 orang punya :) So terus macam imbau kenangan masa dekat SESTER dulu sebab dekat SESTER pun aku dapat bilik 2 orang jugak :) Jujurlah, aku jenis tak kisah pun sebab yelah ~ dekat bilik, aku jarang cakap dan suka macam duk diam je sebab nak kumpul tenaga sebab dalam kelas nak buat bising! HAHA :D Boleh pulak kannnnnnn?


Okay, gambar bilik buat masa ni tak ada lagi sebab aku rasalah kan, macam bilik ada privacy kot? Hehe :p So buat masa ni, tak nak upload lagi. Esok lusa tak tahu lah HAHA :D

My college :)

Hmm nak tulis apa yer? Hmm macam biasalah. Kalau daftar sebagai pelajar baru, satu hari pasti akan penat dengan angkat barang-barang je -.- Jenis aku pulak, memang banyak giler barang okay? Teruk betul aku kena dengan adik aku kalau dia tahu aku nak daftar masuk atau dah tamat semester.


Aku tak ada pulak amik gambar barang-barang. Dah lah ~ ngeri kot aku nak bayangkan betapa banyaknya aku bawak barang-barang -.- Masalahnya, bila aku dah fikir-fikir balik, semua barang tu memang aku nak guna okay? Memang kena ada! So aku dapat kurangkan rasa bersalah sikit tue :p


Aku rasalah kan, aku ada bawak 2 beg baju yang saiz XL, 1 baldi, 1 beg kecik dan 1 paper bag kertas tu. Campur dengan payung lagi, lepas tu hmm ~ plastik stok makanan lagi HAHA :D Kesian betul dekat mama ayah :( Angkut barang aku yang superbanyak. Huhu

Assignment pertama HAHA :D

Eh eh ~ tau tak?! Masa aku duk sibuk-sibuk nak angkut barang, boleh pulak kannnnnnnnn aku rasa demam semacam je badan aku. Boleh pulak berpeluh dan panas dalam. Tambah teruk lagi, aku tengah ada selsema sekarang nie -.- Sedih tau tak? Orang lain happy je angkut barang, aku pulak duk srettt srett srettt hidung aku nie -___-


Even sekarang pun rasa macam tak sihat sangat ni tapi better lah dari tadi :) Doakan aku sihat seperti biasa hehe


Sebaik sahaja aku kemas barang, lepak dengan jiran depan bilik aku. Haaaaaaa ~ nampak kan?! Nampak kannnn yang aku mudah bergaul dengan orang? HAHA :D Baru daftar siang tadi, petang terus lepak dengan jiran bilik depan :) Hehe


BTW petang tadi, Faezah dan ehem ehemnyaaaaaa HAHA :D amik aku pergi makan :) Sebab aku mengadu dekat Faezah, aku lapar dan kebetulan dia ada dalam kolej sebab nak daftar sebagai pelajar lama ;) So kebetulan tu, kitorang pun lepak dekat PKNS kejap dan before Maghrib tadi, dah balik :)


Tapi tak ada gambar sebab teruja sangat jumpa dan lepak dengan makcik tue Hehe :p Dan malam ini, aku tak tahu nak buat apa. Mungkin berjiwang dan buat puisi kot :) 

Pekjah cakap sini ada library :)
Manalah tahu kan, aku dapat sumber inspirasi utk buat puisi dekat library HAHA :D


EH EH MALAM NI BARCELONA LAWAN KAN?! TOLONG UPDATE SIAPA MENANG DEKAT TWEET AKU! AKU TAK BOLEH TENGOK! STRESSS STRESS STRESS! :O Dan tolonglahhhhhhhhhhh Barcelona, awak menang boleh tak? Menyampah dah aku dengar asyik kalah je 
-__-

 

You May Also Like

12 comments