Status FB Mencetuskan Kenangan Silam

By Mysara Newrie - Sunday, April 04, 2010


Salam. Tadi aku ada post status aku kat FB.

Malam tadi berperang dengan lipas. Ain Aniqah, Nur Dilla, Anis Radzleen Radzenan, Fyra Ruslan, Izni Nurain masihkah korang ingat semasa kita sama-sama berperang dengan lipas dan kumbang dahulu? Haha ;DDD
Tak lama lepas tu, ramailah budak-budak Aspuri Sester yang comment dan like. Haha. Dan masing-masing pun terimbau kembali kenangan masa kat aspuri dulu. Hehe



****************************************************************************


Asrama Sester merupakan bilik asrama bertaraf 5 bintang sebab mengamalkan konsep bilik. Tak da istilah dorm ok? Satu bilik 2 orang ! Haha. Sebab tu bila stay kat asrama, rasa macam stay kat bilik sendiri je.

Yang paling best, korang boleh sesuka hati nak hias kan bilik tu macam mana. Nak letak gambar, nak letak wallpaper, nak pasang carpet, nak bawak termos. Bilik tu pulak ada suis dan cermin sorang satu. Memang heaven lah ~ Tapi barang-barang elektrik tak dibenarkan kecuali seterika jer. Tapi masa SPM, periuk nasi pun ada yang bawak jugak. Hehe


Ok. Gambar atas tu katil aku. Cadar tu mengikut warna rumah. Sester ada 4 buah rumah. Alfa - merah, Beta - Kuning, Gamma - Hijau dan Sigma - Biru. Kalau ahli dia rumah Alfa aka merah, cadar pun warna merah. Gituuu ~ ;DDD


Tadi kan aku ada cakap, 1 bilik 2 orang kan? So ini lah roomate aku ! Hehe. Ain Aniqah bt Mazelam. Hehe. She is a super duper great roomate ! Die selalu jadi radio dalam bilik sebab dia suka nyanyi dan suara die pun boleh tahan jugak.

Dan dia sangat-sangat kelakar ~ Kadang-kadang kalau die tengah marah, aku rasa nak gelak je tengok dia marah. Haha. Lepas tu dia akan tengok aku yang tengah ketawa buat beberapa saat dan akan cakap "..Hish, geram lah aku.." Haha ;DDD

Aspuri ! Kawal suara ! Haha. Jeritan itu memang sangat-sangat lah common bila duduk kat asrama. Haha. Aspuri kitorang saling berhadapan, jadi kalau menjerit, memang bergema lah ~ Kampung sebelah pun boleh dengar suara kitorang :)

Sebab itu kalau tengah-tengah malam, pukul 1 2 pagi, masih ada yang buat bising, Penolong Ketua Pengawas aka Kapten Aspuri, Nani akan menjerit ayat keramat ni. Hehe. Kadang-kadang buat bunyi "..Shhhh !!.." Haha

Aspuri ada dua buah blok. Blok B dan C. Blok A aspura punyer. Hehe. Itu menunjukkan perempuan lebih ramai dari lelaki. Hehe

Haha. Yang ini paling best. Makan berjemaah ! Haha. Memang syok giler sebab makanan banyak tapi orang yang makannya sikit. Jadi, boleh makan banyak-banyak. Haha. Masa ini aku dengan kawan-kawan aku buat sambutan hari jadi kawan aku. Selalunya nak makan besar macam ini hujung minggu jer ~ Hari-hari lain kadang-kadang je lah ~ Hehe

Dan yang inilah paling aku nanti-nantikan iaitu Bilik Rehat ! Haha. Bilik rehat ada dua, iaitu satu bilik rehat di setiap blok. Dalam bilik rehat inilah kami, budak-budak asrama nak tengok TV, nak lepak-lepak, nak bergurau senda, nak bermanja-manja dan sewaktu dengannya. Hehe. Meriah kan?

Masa episod akhir Nur Kasih lagilah havoc ! Haha. Aku ingat lagi, 2 hari sebelum start Nur Kasih, masing-masing dah cop tempat duduk masing-masing. Semuanya nak duduk depan TV. Sape lambat, duduk belakang lah ~ Hehe. Ada jugak yang duduk atas meja.

Bila dah tengok TV, maka ramailah yang bergelimpangan depan TV. Satu bantal kongsi dua atau tiga orang. Satu maggi kongsi dekat 6 orang. Segelas air kongsi lebih dari 10 orang. Satu roti kongsi 3 orang. Bila dah main kongsi-kongsi ini, secara tidak langsung kami jadi rapat. Macam adik beradik. Yelah ~ Sester ini hanya ada Form 4 dan Form 5 jer ~ Jadi pergi mana-mana pun, asyik jumpa orang yang sama jer ~


Haha. Yang ini memang tak boleh blah ar ~ Makan maggi dalam baldi! Haha. Aku ingat lagi, masa ni adalah malam terakhir kitorang di asrama sebab esoknya kertas SPM yang terakhir iaitu Kimia. Bila dah study lewat-lewat malam. perut pun rasa lapar ~

Kebetulan ada maggi 2 bungkus. Tapi mangkuk pulak tak ada. Last-last kebas je lah baldi tue. Basuh baldi tu, siap sental lagi. Lepas tu lap biar kering kemudian baru masukkan maggi. Haha. Then makan ! ;DDD

Yang tak syoknya, masa jawab paper Kimia, perut mula rasa memulas-mulas. Haha


*********************************************************************


Rindu kat semua kawan-kawan
Rindu nak buat benda yang kita selalu buat
Rindu nak bergelak ketawa bersama-sama
Rindu nak kongsi-kongsi
Rindu nak dengar jeritan "..Aspuri, kawal suara !!.."
Rindu nak tengok TV sama-sama
Rindu nak pergi Dewan Makan
Rindu nak sembahyang berjemaah
Rindu nak Tadarus Al-Quran
Rindu nak menjerit-jerit sama-sama





Ada tak perasaan rasa nak balik ke zaman persekolahan??

  • Share:

You Might Also Like

23 comments