Saya Dah Nak Sambung Belajar! :D

by - Friday, March 01, 2013


Assalamualaikum


Hai semua :) Lately ni, malas nak cerita pasal diri aku. Lebih senang bermain dengan kata-kata dan puisi sahaja. Sebab aku rasa dengan cara tue, aku dapat rasa satu kepuasan bercerita. Nasib korang lah nak faham ke idookk yang pasti aku puas PUAS PUASSSSSSSSSS! 


Nampak kronik dah kan aku nie? -__-


Okaylah ~ tujuan aku update entry ini, giler lah ~ aku rasa macam skema dah! Macam teks ucapan Pengerusi Majlis masa aku jadi MC Form 3 dekat Tengku Mahmud dulu! HAHA :D Okaylah ~ next terus lah `


Aku just nak bagitau, esok lusa aku dah nak mendaftar masuk ke UiTM Shah Alam! :D Yeay yeay ~ muka je nampak happy tapi dalam hati sebenarnya risau sebab yelah ~ kita mana tahu kan life dekat sana? Plus, dengan orang yang macam aku nie. Innocent HAHA :D Eh betul lah ~ kawan-kawan mama cakap aku ni innocent je. I shy ~ 


Takpelah ~ yang tu semua tak penting sebab yang penting, aku nak masuk UiTM nanti, nak study betul-betul, nak dapatkan CGPA yang tinggi tinggi, tak nak dah jadi macam Diploma which is CGPA aku cukup-cukup makan. Tak nak


Hmm ~ apa lagi yer? Oh biasalah ~ bila dah nak masuk UiTM, barang-barang pasti akan kena bawak. Kali ni aku macam try lah nak limitkan barang-barang sebab dah di Shah Alam tapi non hadoo! Aku rasa macam banyak lagi adalah! Aku tak faham betul lah ~ amendalah yang aku bawak banyak sangat nie?! Stress aku

Took from MY IG :)

Ni diaaa. Pening gak kepala aku nak susun mana satu baju, buku, alat tulis, toiletries dan semuanya lah! Aku rasa semua benda penting untuk keselesaan hidup aku dekat UiTM nanti HAHA :D So tak bleh nak tinggal HAHA :D Dahsyat kan? Huhu


Ni gambar petang tadi. Sebab last three days, aku dan parents aku melepaksss di Cherating hehe. Kebetulan ayah aku ada seminar dekat sana so hmm apa lagi, meh lah kita join! HAHA :D Sebab tu semua persiapan aku nak masuk UiTM ni aku siapkan awal-awal lagi supaya aku dapat bercuti di Cherating dengan bahagia! :D

Impiana Cherating Resort. Took from my IG :)
Melepak di tepi pantai seorang diri :) Took from my IG

So di kesempatan yang ada nie, aku nak mintak maaf dengan semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa orang yang pernah kenal dengan aku. Tak kisahlah dari zaman sekolah ke, diploma ke, blogger ke, twitter ke atau zaman part time kerja je, tak kisah! Aku mintak maaf sangat-sangat kalau ada salah dan dosa aku dekat korang semua, kalau ada terkasar bahasa. Insyallah - aku sedang berubah untuk menjadi lembut nie HAHA :D


Doakan yang terbaik untuk aku yer di Shah Alam nanti? Aku harap aku dapat maintain kan pointer diploma aku ke degree nanti. Aku harap aku dapat lalui dugaan dan cabaran life aku dekat sana dengan hati yang tabah. Risau jugak sebab dah duduk sana nanti tapi takpelah ~ aku nak ubah angin dan kenal tempat orang pulak :)


Oh ya, kalau ada yang masih tertanya-tanya, aku bakal jadi pelajar Bach in Administrative Science (BASS) di bawah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Alaaaaa ~ fac yang duduk atas bukit dan naik tangga tue haha :D


Pasal blog ni, kalau ada kesempatan dan masa, aku akan update. Sekarang ni, aku dah boleh update melalui HP terus je kan? So tengoklah ~ kalau aku rajin, aku update sebab bagi aku update pakai lappy lagi heaven dari pakai HP hehe :p Kalau aku tak cerita pasal life aku, maybe aku update dan tulis sajak dan puisi untuk korang :)


Sekali lagi, maafkan aku yer? Halalkan makan minum aku :) Oh ya ~ kalau ada yang terjumpa aku dekat Shah Alam nanti, tegur tegur lah yer? Sebab aku ni rabun dan mata tak berapa nampak sangat tapi degil tak nak pakai spek sebab risau tudung tak jadi HAHA :D


Bismillahirahmanirrahim ~ semoga kehidupan yang akan datang akan lebih baik dari sebelum ini. Insyallah amin :)

Nah, buat lepas rindu korang HAHA :D



 

You May Also Like

9 comments