Aku dan Nur Azreen tapi nickname die Wiwin. Die lah Flower Genuine, yg jual hand-made products 2. Comel kan brg2 yg dier jual? So korang belilah erk [Wiwin, kasi royalti sama aku kerna aku sudah mempromotekan brg ko..!!] Die byk ajar aku untuk menjd matang dari segi pemikiran. Bukan semua but a little bit tapi ckuplah untuk aku. Die ni kan kalau aku kalut ker + bolok ker + wat muka blur ker mesti nak gelak. Aku hairan betol. Aku ada wat lawak B ke?? Lantak lah yang penting aku telah membuatkan dier senyum + ketawa. Aku kenal dah dengan mak dier n mak dier pun kenal sama dengan mak aku. Kiranya kawanlah..haha. Die juga yg telah mendorong aku untuk masuk Band TMS. Thanx Win..!!
Aku dan Wanie. Masa Form2, jamuan Maulidur Rasul. Dielah teman giler2 aku. Betol! Memang die nie giler2 sungguh. Aku kawan dengan since Darjah 5, masa aku pindah ke Besut. Banyak kenangan manis + giler2 sama dengan dier. Aku pun kenal dah ngan family dier, siap mai tumpang tido lagi taw.!! Mak die memang baik giler sama dengan mak aku. Die ni kan ada je idea2 + benda2 yang boleh nak buat lawak. Kadang2 sampai aku tak leh nak ketawa dah sebab byk dah ketawa. Semuanya kerna dia. Pendek kata die ni happy go lucky lah. Nickname die >> Doremon, Mata Besar, Doralin..haha. 2 hanya kenangan manis kitorang masa Darjah 6 k!!
Aku dan Wan Mohd Jumaanon aka Mat Nor..!! Masa nie kat belakang rumah aku, da party sikit..hehe.. Masa Form 3 die lah ketua kelas dan aku pula penolong kelas. Die ni ok, sporting ar jugak. Semua topik leh ckp dengan dier. Kdg2 die nie kelakar jugak, suke sgt usik dier. Miss him so much.
Gambari diambil di tangga rumah aku..hehe.. Diorang lah class mate aku masa aku Form 3. Dari kiri belakang sekali, Dhaniyah, Farah, Anis, Wanie, Aku, Wiwin dan Comey. Wiwin n Comey 2 twins k.. Agak2 masa dorang kahwin 6t dapat anak kembar tak..?? Haha..!!
Aku dan Hafizzudin aka Apih, not Judin k..!!Haha.. Masa nie tengah rehat dari practise band kejap. Die ok. Aku kesian tengok die masa Form3 sebab da prob sikit lah antara die dengan budak2 band yang lain. We lost our drum major. Who?? Dialah drum major kitorg. Die sporting + kelakar. Die selalu jugak lah kongsi2 cerita dengan aku. Antaranya "..aku rasa baik aku kwn dengan budak2 yg nakal dari budak2 yg baik sebab budak2 nakal nie semangat persahabatan dier lebih kuat dan sanggup berkorban untuk kawan dier.." Hurm.. ~ betul ker..?? No comment..!!
From left Wiwin, Aku, Comey, Safura dan Mawar. Kamilah budak2 yg paling HOT..Eeii, betol ker..?? Tipu je lah. Gambar ini diambil ketika Olahraga Sekolah tahun lepas. Wiwin 2 tengah mengintai seseorg 2..haha..Honestly diorang nie cam open sikit lah berbanding kawan2 aku yg lain. Plus + + diorang nie pernh stay kat luar Terengganu so senang lah bg aku untuk bercakap pasal benda2 yg agak sosial berbanding kwn2 aku yg lain. Mawar dan Safura nie pernah mendapat gelaran dari aku iaitu 'budak kota gothic'. Koya stand for perasan [kelatan punyer bahasa ok]
Gambar diambil semasa Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 3. Masa nie aku jd MC. Debor giler..!! Yang Cina 2 adalah form teacher aku, Ckg Chong Bee Kuai, mengajar Bahasa Melayu. Ckg aku nie kelakar + sekepala dengan budak2 kelas aku. Ada sekali 2, kitorg tak paham dengan contoh ayat yg dier bagi so die pun bg contoh ayat yg lain. Aku ingat lagi lepas je dier bg contoh ayat ni "..tiba2 kucing saya menjadi anjing.." bergegar satu kelas duk ketawa. Die pun ketawa jugak. Tapi lepas 2 die ckp "..awak nie, saya bg contoh ayat nak suruh awak paham pun awak gelak.." Haih.. ~ Form teacher pun 2 x 5 dengan anak buah.
Aku dan Nadia. Budak nie muda setahun dengan aku. Masa ni adalah hari last aku main saxesphone sebelum aku blah dari TMS. Sedih lah jugak. Aku sayang giler2 dengan saxes aku nie dan aku jaga die elok2. Bila dah lama tak main benda alah nie, aku dah tak berapa ingat pulak note dier. Haih.. ~
Ok. Jangan berani pikir yg bukan2 k..!! Ni Hafizul aka Pijoe dengan Nasrullah aka Pok Loh. Pijoe nie memang kelakar orgnya. Sikit2 "..nasi goreng.." sikit2 "..nasi goreng.." Kenapa?? Sebab die nie suka sangat makan nasi goreng kat kantin. Trademarik die 2 memang popular jugaklah dalam kalangan batch aku masa 2. Pok Loh nie pulak bukan classmate aku. Tapi die ni ok. Pendiam + serius sikit. Tapi die cool. Sebab 2 lah ada sorang 2 kan, die minat dengan Pok Loh. Masa Pok Loh took part dalam Olahraga, budak 2 asyik tgk je kat Pok Loh. Hehehe..
Masa nie Reunion Form 3 di Pantai Air Tawar. Memang best giler ar sebab bakar ayam ramai2. Lepas 2 masa nak makan, keropok terbang lah. Haih ~ Memang kelakar giler masa 2. Masing2 enjoy. From left, Fawwaz, Wanie, Amirah, Sheila Mambo, Aku dan Anis. Semua budak2 nie kecuali Anis adalah kawan2 aku sejak sekolah rendah lagi.
Wanie dan Fawwaz. Diorang mendakwa yang diorang nie kembar kerana tali pusat masih bercantum lagi antara satu sama lain. WTH..??!! Kalau jumpa diorang dekat mana2 jgn tegor. Diorang adalah pesakit mental yg kronik. Diorang ni memang giler2. Kalau diorang nie berduet dalam mengenakan org memang tak kering gusi lah jawabnyer. Masa nie kitorg tgh naik basikal nak pergi ke sekolah selepas pergi mencurik makanan di rumah kawan kami yg sorang lagi. Haha..!!
Yeah..!!ini dia gmbr kelas aku masa aku Form 3. Tingkatan 3 Ibnu Majah. I love you all..!! Rindu sama korang semua. Agak2 bilalah kiter nak>>
>>pergi beli nasi minyak dekat tepi sekolah dan makan sama2 kat kantin sekolah time rehat?
>>makan ABC dengan rojak kat kedai depan sekolah 2..??
Hurm.. ~ Hanya takdir yang menentukan sama ada kita layak atau tidak untuk mengulangi semua ini atau tidak. Frankly speaking, i miss all of you dan wish that we can hang out together one day...
Berbalik kepada cerita asal. "Mama, nak coklat satu boleh?" dengan penuh manjanye aku bertanya. Nasib baik lah mak aku ckp "ambiklah.." haha..so nafsu pun mula menguasai diri. Ingat nak ambik coklat Cadbury Gold 2 tapi tetiba mata ni ternampaklah coklat Cadbury kat atas ni hah. Rasa cam nampak mewah jer. So aku ada 2 pilihan lah masa 2, sama ada nak pilih Cadbury Gold atau pun coklat Cadbury
Masa tgh dalam dilema 2, adik pun ckp "Woi..!!puasa kan sebulan. Esok mu beli hok se lagi 2". Betol jugak kan ckp aku 2. So aku tak jadi amik Cadbury Gold dan amik coklat yang satu lagi. Then mama pergi bayar.
So lepas buke pose semalam aku pun dengan lahapnya makan lah coklat 2. Sedap tapi tak rasa manis sangat. Kalau tak percaya try lah. Dapatkannnya di kedai2 yang berhampiran dengan anda. =D Masa tgh2 syok makan 2 adik aku nak. So aku bagi je lah. "Habiskanlah, Sara tak nak dah" Adik aku pun habiskan. Then terus naik bilik. Sembahyang Maghrib kemudian terus pergi Sembahyang Terawih di Masjid Terapung. Ramai giler org..!!
Adik aku. Sedang menunggu mak aku yg tengah tengok2 baju dan kasut. Adik aku cakap "Aku Bukan Superman..!!" Get it..?? Sila tengok baju die.
Hehe.. Semalam tak pergi pun Bazaar Ramadhan. Tadi je baru pergi. Aku dan lah rembat satu jenis roti gulung dan Roti Boom.!! haha.. kejap lagi aku nak makan roti boom 2.. Boom sangat ke biler makan..??
Aku pun tak semena-mena terkena juga tempias menjadi popular nie. Memang seronok ar jugak sebab org asyik amik gmbr kite je. Lebih2 lagi aku nie pun da jugak lah jawatan untuk sesetengah organisasi kat sekolah jadi peluang aku untuk masuk Autentik memang cerah lah..!!
Ni Kelab Munsyi. Act Kelab Bahasa Melayu. Aku pun tak berapa sure kenapa ia dipanggil 'Kelab Munsyi'. Lantak ar..Aktiviti kitorg adalah mengadakan mnguruskan Pidato Piala Diraja Peringkat Daerah KTS, membaca peribahasa2 di roll-call dan yg paling utama ialah menganjurkan Malam Nostalgia Klasik aka MNK..!!hehe..mesti nak tahu kan ape benda MNK 2..mari sini saya membebel kejap..hehe..
MNK ini adalah satu majlis dimana semua budak Form4 akan melakonkan semula cerita2 dulu spt krya Allahyarham Tan Sri P Ramlee, cerita2 dongeng dan sebagainya. Tapi yang pastinya akan melibatkan zaman dulu2. Masa 2 semua org WAJIB memakai baju mengikut tema yang telah ditetapkan. Masa 2 lah macam2 ragam yg kite dapat lihat. Act tahun lepas kitorg tak sempat pun nak join MNK sebab tak cukup masa. Ingat nak buat tahun ini tapi nampaknya mcm tak sempat jer..Byk sgt aktivti2 yg dianjurkan oleh pihak sekolah..
What is Badar..?? Okay, Badar ni mcm satu badan yg bertanggungjawab dalam mengadakan aktiviti2 keagamaan seperti yang telah kitorang buat ialah Minggu Penghayatan Islam aka MPI. Aktiviti kami yg akan datang ialah Kem Amali Solat, khusus untuk semua budak Form4. Maybe dibuat pada 3-5 September ini. Act aku tak tahu nak ulas apa pasal Badar ni..
Owh, menjadi PRS adalah satu tanggungjwab yang begitu berat untuk dipikul tapi dalam masa yang sama amat menyeronokkan..!!Kitorg yg urus pasal Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Empat, terlibat dengan Karnival Pendidikan Peringkat Negeri Terengganu, membantu rakan2 yg ada masalah dan sebagainya.
Aku terpilih jadi PRS ini masa awl tahun lagi sedangkan ada lagi2 kwn2 aku yang lain kd PRS masa Form4 lagi. Seronok jadi PRS sebab guru penasihat kitorang, Ckg Almieda n Ckg Nurlina memang sporting giler2. Maybe bulan puasa ini Ckg Almieda akan jemput kitorang pergi berbuka puasa di rumah baru dier. Owh sukanye..!! Plus + + masa aku pergi *lawatan ke Langkawi* hari 2 pun free of charge. Tak payah kena bayar apa2 pun..hehe..
Gambar atas ini akan aku jadikan kenangan yg paling indah dalam hidup aku. Kenapa?? sebab ini gambar Batch aku..Batch SESTER yg ke 09. Batch kami ini lah yg paling byk memecah rekod sekolah. Rekod apa? Adalah..tapi yg pasti rekod jahat mengalahkan rekod yang baik..hehe..
Walaupun ada sesetengah dari kami semua ni tak bertegur sapa kerana perang dingin tp percayalah dalam hati msing2 mesti ada terselit jugak rasa kasih dan sayang 2. Yelah, susah senang bersama sebab keluarga duduk jauh. Dengan kami sesama sendiri lah meluahkan perasaan dan mengharapkan sokongan. Anyway, sayang korang semua..!!
Kalau tadi aku sayang kat budak2 batch aku tapi kali ni sayang aku bertambah 10x ganda kerana budak2 dalam gmbr di atas ialah rakan sekelas aku. Memandangkan ini tahun terakhir sebagai pelajar sekolah menengah dan bakal menghadapi SPM, mcm2 kenangan manis dan pahit yg terlakar diantara kiter semua. Sesungguhnye persahabatan itu tidak dapat dipisahkan oleh apa2 sahaja kecuali maut.
To all Kindirianz, i love u all. Walaupun ada budak yg anti-gurl, aku xkisah sebab aku tahu lambat laun die akan khwin jugak kan..??haha..Walaupun perkenalan kite singkat tapi percayalah persahabatan ini tidak akan mudah aku lupakan apatah lagi disinilah pelbagai memori tercipta di antara kita. Aku harap korang semua pun akan berfikiran yang sama dengan aku.
Gambar diatas diambil bertujuan untuk mencucinya dan meletakkan ia di dalam frame gmbr untuk dijadikan hadiah kepada kawan kami yg sorang lagi. Bufday dier dh dekat. So kitorang decide nak bg frame gmbr yg ada gmbr kitorg. Atleast die ingt lah kat kitorg kan??hehe..dh lah msa gmbr ini diambil die tak dtg sekolah sebab kena sengat ngan tebuan. Kesian.. ~ nway saya tak tahu nak komen apa untuk gmbr nie kerana saya rsa gmbr ini sangat cantek..!!dan mereka juga adalah yang terbaek dan fresh dari ladang..hehe..
*konklusinyer, kami, budak2 Form 5 menjadi lebih terkenal dari yang biasa..haha..!!
tiap2 tahun time aku nak amik exam besar mesti ada satu cerita yang aku akan follow..msa UPSR dulu aku follow citet Gods Of Honour dan Sanay Wala Nang Wakas. Time aku PMR aku follow citer Manja Lara, Spa Q dan Sassy Girl Chun-Hyang. Walaupun tahun nie aku akan ambik SPM tapi itu tak menghalang aku untuk follow cerita yang tengah hot dan sensasi ini. Cerita apa..?? Nur Kasih..!! aku start follow up citer nie masa aku pergi Langkawi itu hari..masa 2 first time aku tgk cerita nie..cam best jer..so dari situ aku pun start lah follow..aku ingat aku sorang je yang minat citer nie rupa-rupanya boleh dikatakan semua gurls batch aku minat gak citer nie..sampai boys batch aku cakap "..penangan cinta.." so tiap2 minggu, masing2 berebut2 nak duduk dpn tb kat bilik rehat..haha..memang best ar biler tengok ramai2..tiap2 kali da part2 yg romantik ker, yg touching ke, mesti sah2 ada yg tepuk tgn, yang menangis..dan yang menangis 2 adalah aku lah..hehe..
drama ni mengisahkan 2 adik-beradik, Adam (Remy Ishak) & Aidil (Fizz Fairuz). Aidil nie baek sket, parents die selalu memihak kpd Aidil sedangkan Adam nie macam sosial skit lah..one day Adam nie terpaksa berkahwin dgn Nur Amina (Tiq Zaqyah). Aidil memang frust giler masa 2 sebab Aidil memang nak memperisterikan Nur Amina. Adam berkahwin ngan Nur pun sebab parents dorang yang aturkan. Start dari dorang kahwinlah macam2 dugaan yang Nur Amina terpaksa tempuhi. Bayangkan seorang isteri digantung tidak bertali oleh suami selama 4 tahun..tapi Nur Amina tetap tabah je sebab die tak mau malukan keluarga kedua2 belah pihak yang menyangka mereka ni bahagia di Australia, tempat Adam belajar architecture..
Adam pulak kahwin ngan Katrina, awek die kat Australia. Malangnya masa dorang dlm perjalanan pulang dari party, dorang accident. Bayi yang Katrina kandungkan gugur dan Katrina tak boleh mengandung lagi lepas 2. Adam pulak terpksa masuk dalam penjara kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk. Sepanjang duduk kat dalam penjara, Adam baru sedar akan kesalahan2 die selama ini lalu die bertekad untuk pulang ke Malaysia bersama Katrina.
Berita kepulangan Adam memberi tamparan hebat kepada Nur Amina yang masa 2 nyaris2 nak ceritakan hal sebenar kpd family dier dan bertekad nak mintak cerai dengan Adam. Tapi tak jadi sebab Adam dah balik. Walau bagaimanapun Nur Amina tetap tak boleh terima Adam atas apa yang Adam buat kat die selama 4 tahun 2. Adam pulak berusaha untuk mengejar cinta Nur Amina kerana dia mahu tebus balik kesalahan dier selama ni kat Nur Amina.
Masa ni lah macam2 perkara timbul. Akibat tidak dapat terima hakikat yang anaknya sudah mati, Katrina jd macam pysho giler. Memang teruk lah sampaikan Adam dan Aidil terpaksa menghantar Katrina ke hospital orang gila. Oh ya, lupa nak bgtaw, hanya Aidil sorang je yang taw Adam kahwin dengan Katrina. Family die n Nur Amina tak tahu pun psal nie.
Dalam tengah2 kalut nie, adik Nur Amina, Siti Sarah (Umi Nazeera) pulak mari mengacau. Kalau korang tengok pun rsa menyampah + meluat + geram ngan budak nie. Dah lah pakai tdung cam orang tak betul. Lawa lagi aku pakai tdung.. =p Adik die nie macam nak korek rahsia dari Aidil, Adam dan Nur Amina, sampai satu tahap dier sanggup pergi KL semata2 nak siasat psal dorang bertiga nie.
2 je lah serba sedikit dari cerita Nur Kasih. Kalau aku nak cerita lagi pun aku tak tahu macamana ending dier..soo sama2 lah kiter tgk citer nie tiap2 hari Jumaat, pukul 9 malam di TV3. Cerita di diarah oleh Khabir Bhatia yg selama ni memang superb giler bab2 mengarah filem nie. Shot yang die amik pun lawa2 giler..!!lagu 'Nur Kasih' dari Yassin pun mcm tersentuh giler bile dengar baik2..pendek kata memang best ar..
Aku rasa aku dh bercakap banyak kali ni. So kalau nak mengalami sendiri dunia Nur Kasih, korang tengok je lah nanti k..hehe..enjoy the movie..!! =)
sepanjang sebelum, semasa dan selepas minggu exam ari 2 macam2 hal berlaku..boleh diibaratkan sebagai dugaan dan cabaran kepada aku dan juga kepada kwn2 aku..rasa cam bengang + giler pun ada jugak tapi life must go on..ada jugak kenangan manis yang memang sweet giler untuk dikenangkan..hehe..
>> seminggu sebelum trial classmate aku ada buat hal..sampai aku ngan kwn2 aku yang tak terlibat pun kena panggil sama masuk dalam bilik mesyuarat.."kalau awak tak bagitahu hal sebenar, dengan awak2 sekali kena gantung sekolah.." mak aihh, lepas je Mama Norul cakap mcm 2 terus aku bagitahu apa2 yang aku tahu..actually aku dengan classmate aku yg lain memang tak tahu menahu pasal Si S n A nie..so agak susah jugak ar nak explain kat ckg..but atlast kitorang dibebaskan tanpa diikat jamin..haha..
>> one day before kitorg exam da Ujian Segak pulak dah..haih..terpaksa lah bersukan demi memenuhi markah PJ kitorg..yang paling tak best ialah naik turun bangku..dengar macam senang kan tapi aduiyai..letih giler..dah lah kena buat selama 3 minit..rasa macam lari 100 km..!!
>> first day exam ada Sembahyang Hajat n Bacaan Yassin sempena Nifsu Syabaan..yang tak bestnyer masa 2 aku tak boleh..hampeh tol..bengang lah jugak..huhu..next day pulak ada ceramah..pasal Nifsu Syaaban..ustaz yg bagi ceramah 2 pun boleh tahan kelakar ar jugak..hehe..aku dapat sesuatu semasa ceramah tu.. "sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kita dengan Allah swt.."
>> 7hb ari 2 aku balik rumah untuk satu malam..aku pergi ar dekat Pesta Terengganu di TER..ramai betol budak2 indie yang berniaga kat situ..so aku pun macam rambang mata ar jugak melihat baju2, kasut2 dan beg2 yg memang menepati citarasa aku..haha..tp ongkos nyer tak mengizinkan..aku dan rembat satu benda ni jer..hehe..aku suke sgt dengan jam ni sebab warna die putih kot..
>> second week exam da spotcek pulak dah..haih..tak disangka2 betol..nasib baek aku terlepas 'uji bakat' 2..yang buat salah pulak kena tutt..terpaksa off record sebab benda ni tak pernah pun berlaku di sekolah kitorang sebelum ini..agak kelakar + memalukan..anyway banyak pengajaran dari kisah spotcek nie..haha..
>> aku, roomate aku, best buddy aku n budak 6ixth Sense buat yang benda jahat sikit..nak lepas tension punyer pasal sebab kwn aku yg 6ixth Sense ni ada buat hal sikit msa prep malam..haih..kalaulah Ustaz Awang tahu kitorang buat Projek Mega nie, for sure kena gantung sekolah..walaupun kitorang tahu benda nie salah di sisi undang2 sekolah tapi kitorang tetap melakukannyer dengan rsa gembira..!! haha..
>> one day before exam Add Math satu batch aku tak kira lelaki atau perempuan bagai nak rak duk study..semuanye berdebar2 nak exam Add Math..huhu..termasuk lah dengan aku yg sah2 tak pandai Add Math nie..malam 2 aku tido pukul 3 am..tapi tak ngantuk pun masa dalam dewan..yang tak syoknyer..aku bukannyer boleh jwb sangat pun exam Add Math 2..susah giler..
>> tengah2 buzy nak exam, set2 kelas aku kena panggil dengan Ckg Nurlina sebab nak isi Borang Matrix..aku pun isi lah jugak..Aku amik Matrix kat Pahang, Penang dan Kulim dalam aliran Sains..hehe..tapi maybe aku akan tukar kot tempat2 pilihan ke Matrix 2..maybe ke Johor or Melaka..hurm..any suggestion from you..??
>> Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan..!!so skul aku pun tak ketinggalan jugak..semua urusan pasal nak menyambut Merdeka nie dibuat sepenuhnya 100% oleh budak2 Form 4..memang happening ar coz Ayahanda Pengetua melepaskan 2 ekor burung merpati sebagai simbolik kepada kebebasan dan kemerdekaan..
>> Seluruh kawasan Pasir Panjang (tempat sekolah aku) tiada bekalan elektrik sehari sebelum kitorang exam Fizik..haih..nak study macamana..hurm.. ~ berbekalkan lampu buatan sendiri kitorang study ramai2 kat surau..nasib baek sekejap je tak ada elektrik..kalau tak, tak tahulah nak jawab apa untuk Fizik nanti..
>> One day before habis exam, something happen dalam kalangan Aspuri Form 5..yang aku hairan bin ajaib nya ialah MT kat skul aku ckp benda nie dah kecoh dalam kalangan kitorang sedangkan aku yang memang kecoh tahap cipan ni pun tak tahu benda apa yang terjadi..aku sendiri bingung masa dorang cakap pasal hal ini..apa nak jadi..
banyak kan benda2 yang berlaku sepanjang aku exam trial selama 3 minggu nie..??walaupun ada duka dan suka, ia sedikit sebanyak memberi gambaran pada aku walau datang lah sehebat mana dugaan, sekuat mana dugaan, yang penting study tetap no 1..alhamdulillah, aku dan rakan2 aku yang lain akhirnya dapat menghabiskan exam trial nie dengan jayanya..kejap lagi dalam 8hb September 09 da Trial JPN pulak..tak pe..saya tak kisah pun..asalkan dapat berjaya dalam hidup..amin.. ~
alangkah seronoknya kalau ada org yang menyayangi kita..
sanggup melakukan apa sahaja demi kita..
mesti tersentuh hati kan..
sebab kita tahu ada orang yang sayang pada kita..
tapi
pernah ke kita sedar erk yang sebenarnya
ada lagi yang lebih menyayangi kita..??
Allah swt..
Maha Menyayangi kita
lebih menyayangi kita dari yang menyayangi kita
whatever it is..
nak telefon sama die
nak wish gud luck for trial this 1st Sept
tp rasa macam tak kuat pulak
takut nanti dier letak telefon bila dengar suara 'budak gemOk' nie
tahan je lah..
confusing..desperate..blur..
hurm.. ~
i wanna be in love by him..!!!!!!
anyway boleh dikatakan semua budak batch aku dalam keadaan bingung bingang..ada yang mcm tak betol jer..termasuk lah aku..haha..yup..knp semuanya jadi macam nie..??!!ni semua sebab exam Trial SBP yang memang Maha Susah Tahap Dewa dan Trial JPN yang semakin menghampiri kami semua..oh tidak..!!
ini gambar selepas aku main futsal..haha..penat giler babun duk kejar bola yang asyik bergolek2 2..haha..owh ya..main futsal 2 bukannyer saje2 taw..tapi kebetulan da SUKSES_Sukan Sester..hehe..acara tahunan jugak 2..huhu..tahun nie entah camana entah ada banyak pulak sukan yg dipertandingkan..aku just main futsal n memanah jer..hehe..*saje je nak berbangga diri..
ini dia budak2 yang selalu menghappening kan kelas aku..aku termasuk jugak k..!!hehe..tapi time ni aku jadi jurugambar kejap..hehe..ckg chemis aku asyik2 tgk aku.."budak nie nak belajar ke nak ambik gmbr??" saya jawab.."ckg,memandangkan ini adalah eksperimen kiter yang terakhir, izinkan saya untuk mengsnap2 gmbr..!!"..haha..agak kurang ajar ker..??
nway memang ini adalah eksperimen yang terakhir bagi peringkat sekolah menengah..time ni kitorang tengah nak buat sabun..haha..yup..sabun..bagi subjek chemistry..SUka subjek nie + benCI subjek ni =SUCI..!!haha..*sorry ar..aku dpt rsakan yg aku dah semakin mengarut tak tentu pasal..
ckg aku ada cakap, hand-made soap kitorang akan menjadi kalau dier keluar buih bila dicampurkan dengan air..tengok..!!da buih dalam test tube 2..so its mean that our last experiment nie menjadi..!!haha..memang entah pape entah..
ok..saya akui yang saya nie agak pemalu..so jgn salahkan saya kalau gambar saya anda tidak dapat melihat dengan sepenuhnya..haha..pirah..sape nak tengok gambar ko..??
teng3x..!!inilah hasil kerja n idea kawan aku 2..ehem2 aku pun ada jugak bagi idea k..hehe..lawa tak lawa 2 tak da hal dengan aku ok..!!
aku tak tahu nak tulis apa lagi..till then..bye..!!hehe..harap2 enjoy lah baca citer aku nie yang serba mengarut + melalut nie..hehe..
yang gurls pulak..masih dalam tahap yang boleh dikawal lagi..hehe..aku nampak semua orang happy giler sebab boleh makan durian sebanyak mana yang diorang nak..malam 2 aku da jugak bau durian kat dalam aspuri tapi diorang makan ramai2 dekat dataran..tak adalah yg bawak durian masuk bilik..hehe..
inilah die muka budak2 yang memang giler2 betol dgn durian..haha..!!tak cukup dengan 2, diorang ambik durian 2 then sambung makan kat dalam aspuri..apalah..habis satu aspuri dapat 'perfume' baru..haha..!!anyway aku tengok dorang memang enjoy2 giler lah malam 2..
dan inilah hasilnya..dari yang ada isi tadi terus bertukar menjadi biji2 nya sahaja..haha..aku yang tak makan durian nie terus masuk bilik aku dan buat keje sekolah sikit..aku tak tahulah dorang semua tido pukul berapa malam 2 sebab bekerjasama membersihkan astaka 2..nasib baek aku tak makan durian..haha..!!
nway malam 2 memang betul2 rsa macam pesta..acara nie memang jadi acara tahunan kat sekolah aku memandangkan durian2 2 adalah pemberian ckg2 kat sekolah aku yg kebetulan ada kebun buah sendiri..bestnyer jadi budak SESTER..semuanya adalah free..!!makan durian free, pergi lawatan ke Langkawi pun free..hehe..
tahun depan bila aku dah tak sekolah kat sini lagi, agak2 nyer adakah aku akan merindui semua kenangan ini..??
anyway saya (ceh..guna bahasa skema lak pulak..) nak bagitahu yang saya akan menhadapi exam Trial SBP SPM pada 5 Ogos sampai 18 Ogos nie..then 20 Ogos saya balik rumah dan bercuti selama seminggu lebih sebelum exam Trial JPN pada 1 September ni..banyak kali exam tak pening ke kepala otak awak..??
just nak bagitahu 2 jer..so maybe blog nie akan tak di update selama beberapa minggu cz cc di sekolah ni pun akan ditutup supaya budak2 Form 5 sekolah saya akan menumpukan pada exam Trial nie 100%..
oklah..nak bagitahu itu aje..till then..saya berhenti di sini dulu ok..