Peringatan ; Tak Semua Bloggers Berblogging Untuk Mengejar Duit Semata-mata!

by - Sunday, November 20, 2011


Assalamualaikum,


Berdirinya saya disini adalah ingin meluahkan bahawa tak semua blogger berblogging untuk mengejar duit semata-semata!


Hadirin sekalian, blog telah menjadi medium yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Hal ini kerana, blog merupakan satu medium yang percuma dan meluas dan senang digunakan oleh semua orang, tidak kira peringkat umur


Maka, bila adanya BLOGSPOT ini, para blogger yang gemar bercerita, meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat menganggap blog ini satu peluang keemasan yang tidak akan mungkin akan dilepaskan begitu sahaja kerana ianya ibarat sudah mengantuk, tersorong bantal


Walaubagaimanapun, kecanggihan teknologi terkini telah menjadikan blogspot jugak telah menjadi medium untuk membuat duit. Dan sejak itu, pengguna blog telah meningkat dari hari ke hari kerana ada sesetengah mengambil pelung ini untuk menjadikan duit dari blog itu sebagai pendapatan sampingan


Oleh itu, pengguna blogger yagn lain yang sudah lama berkecimpung dalam bidang berblogging ini turut menggunakan peluang yang ada ini untuk mencuba nasib dalam mencari pendapatan sampingan dengan berblogging, ibarat menyelam sambil minum air


Tetapi apa yang aku kesalkan sekali adalah ada sesetengah pihak di luar sana yang sanggup menuduh kita, para bloggers ini membuat blog adalah semata-mata untuk mengejar duit. Sedarkan wahai saudara saudari sekalian, bahawa TAK SEMUA BLOGGER BERBLOG HANYA UNTUK DUIT SEMATA-MATA!


Yaa ~ saya sungguh marah ini kerana sampainya hati pihak tersebut menuduh kita, para blogger ini mata duitan. Astagfirullahalazimm ~ Kenapa tergamak begitu sekali menuduh kami sebegitu sekali?


Sedih dan marah sungguh saya ketika itu. Lalu dengan lantangnya saya menegaskan bahawa tak semua bloggers berfikiran duitan semata-mata. Tujuan kami berblogger adalah untuk bercerita dan meluahkan apa yang kami rasa tatkala tiada orang di sisi kami dan tidak memahami kami.


Bagi saya sendiri, saya mula menceburkan diri dalam bidang blogger ini pada 23 Januari 2009. Ketika itu, memang niat saya hanya untuk menulis, bercerita dan berkongsi pendapat. Itu sahaja. Tak terlintas langsung dan saya tak tahu langsung yang dengan berblogging kita dapat duit.


Kemudian, lama-kelamaan, baru saya tahu tentang perkara tersebut dan saya mula join dengan Nuffnag sebagai langkah pertama saya dalam cuba untuk membuat duit melalui blog. Alhamdulillah ~ duit Nuffnag saya masih bergerak sedikit walaupun sudah lama tidak dihinggapi dengan Buffered Earnings dannnnnnnnnnnnnn ~ sejak saya mula join Nuffnag pada Julai 2010, saya tak pernag pun cashout duit Nuffnag saya!


Maka dengan ini, saya ingin menegaskan sekali bahawa tak semua bloggers berblog semata-mata untuk duit! Kami berblogging dengan tujuan asal untuk memberi senaman mata kepada orang lain dengan membaca cerita kami. Duit? Kalau kami inginkan duit, kami tak perlulah nak berblogging kerana membuat duit dengan blog bukan perkara yang senang dan mengambil masa yang lama


Ya saya akui ada sesetengah bloggers yang mendapat pendapatan sampingan melalui blogging semata-mata. Hal ini cukup mengejutkan kerana dengan hanya berbekalkan laptop dan internet, tak perlu lagi untuk pergi berkerja dengan susah payah. Tapi ingin saya sedarkan pada orang yang di luar sana, Allah swt bagi rezeki pada kita dengan cara yang berlainan. Mungkin sesetengah orang melalui cara ini, ada yang lain pula dengan cara yang itu. Semuanya berlainan


Nak cakap tu, tolong fikir banyak-banyak tentang perasaan orang lain. Jangan kerana mulut, badan binasa :)


Saya harap, hadirin sekalian yang membaca entry saya ini dapat menyokong saya dan memberi pendapat yang sewajarnya agar ada sesetengah pihak tu akan sedar dan keluar dari tanggapan buruk mereka


Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin memohon maaf jika sepanjang bicara saya ini ada perkataan yang mengguris perasaan kalian yang membacanya. Percayalah, ini hanya luahan hati seorang bloggers semata-mata


Sekian, terima kasih



p/s : Tersentap betul hati aku bila ada orang cakap dekat aku, depan kawan baru aku "jangan baca blog dia sebab die pasang nuffnag. Nanti dia dapat duit, kita tak dapat pape"


You May Also Like

10 comments