Macam Mana Movie-Movie Di Malaysia Ni Mempengaruhi Aku & Kawan-Kawan Aku?

by - Friday, November 18, 2011


Assalamualaikum


Aku tengok Maharaja Lawak yang versi raya punya. Adoi ~ tergelak sakan aku depan lappy duk gelak. HAHA :D Act aku tengah duk delete-delete mana benda yang aku rasa akan penuhkan memory lappy aku. Tetiba je rasa nak tengok Maharaja Lawak tue


Bila dah tengok, aku tetiba teringat dekat kawan-kawan aku yang penuh dengan skill dan trademark masing-masing. Kadang-kadang trademark ni mula-mula dalam kalangan kitorang je tapi entah macam mana aku rasa semua orang tahu. HAHA :D


Antara trademark/skill yang aku dengan kawan-kawan aku pernah buat ialah :

  • "BORTAKKKKKKKKKK!"
Yang ni ceritanya masa Part 2. Aku dapat tahu masa tu budak-budak kelas aku tengah lunch ramai-ramai dalam bilik. Masa tengah makan tue, dorang sibuk nak tiru skill atau slang orang India cakap sebab masa tu dorang baru habis tengok cerita Hindustan


So kawan aku si Fatin Liyana ni cakap botakk dalam slang India. Duk cuba-cuba, sekali terkeluar lah BORTAK tue. Lepas dari tue, habislah budak-budak nie duk cakap slang macam tue.


Dari percakapan biasa yang kita duk cakap tue, habis semuanya dah bertukar ke slang India. Lama-lama benda tu satu budak batch aku duk cakap macam tue. Dann ~ habis semua lecturer yang mengajar kelas aku duk tanya aku kenapa kitorang cakap dengan gaya macam tue. HAHA :D


Punyalah duk selalu cakap, sampaikan kawan aku terlepas cakap macam tu dekat depan lecturer dan lecturer tu cakap "Boleh tak awak cakap elok-elok?" HAHA :D Adoilah ~ tersentap hati mak nokk masa tue. HAHA :D Tapi lama-lama BORTAK pun berkuburrr ~ HAHA :D


  • "..GILERRR!"
Yang ni budak lelaki. Aku perasan kalau dorang nak tanya ker, mintak tolong ke, mesti nak selitkan perkataan GILER dekat belakang ayat. Contoh


"Kau kat mana giler?"
"Tu kerja giler lah gilerrr"
"Kau turunlah cafe sekarang gilerrr"


Haaaaaaa ~ faham tak? HAHA :D Selalu sangat aku kena macam tu sampaikan bila aku cakap dengan kawan-kawan aku yang lelaki pun dah terikut-ikut sebab dorang duk cakap macam tue -.- Tak tahulah sem 4 ni dorang nak kekalkan lagi atau tak. HAHA :D


  • "Tangan didada, mata ke atas"
Yang ni popular masa kitorang tengah sibuk handle Dinner. Aku tak tahu macam mana lah benda ni boleh tercetus. Mula-mula aku ingatkan ni adalah tanda orang putih hormatkan lagu negara dorang. Alaaaaaaaaa ~ kang kalau dorang nyanyi lagu negara dorang, dorang akan letakkan tangan atas dada sambil nyanyi kan? HAHA :D So aku ingatkan macam tue


Tapi bila satu hari tu aku tengok kawan aku duk buat macam tu depan mata aku sendiri, aku baru lah tahu benda apa tue rupa-rupanya. HAHA :D Actually aku nak terangkan pun macam payah tapi aku rasa korang tahu kan apa maksudnya tangan di dada, mata ke atas ni kan? HAHA :D Lebih kepada macam menyampah lah kan? HAHA :D


Dan bila aku tengok rancangan Oh Yeah! dekat Astro Warna, kan ada segmen Sentap Hati Mak Nok tu kan? Dalam segmen tu kan, dorang ajar budaya Melayu yang selalu sindir-menyindir antara satu sama lain dan menggunakan trademark tangan di dada, mata ke atas. Aku rasa dari situlah kot kawan-kawan aku dapat sumber inspirasi. HAHA :D


  • "Mak Jemah.."
Yang ni lepas Dinner agak popular jugak lah ~ Masa study week aku selalu gak lepak dengan kawan-kawan aku dari kelas lain. Kitorang pergi Gadung dan makan ramai-ramai. So kadang-kadang tu, mesti ada dorang selitkan "Mak Jemah tak sukalahh" Aku pun macam hairan dan tanyalah, mana korang dapat trademark tu dan siapa Mak Jemah tue


Sekali member aku pun bagi lah cerita Maharaja Lawak yang versi raya tue. Barulah aku faham siapa Mak Jemah tue. HAHA :D Sebab tu kalau aku tengok Maharaja Lawak versi raya, mesti aku gelak bukan sebab ianya kelakar semata-mata tapi teringat dekat kawan-kawan aku yang duk keep on going repeat ayat yang sama iaitu "Mak Jemah tak sukalahh" HAHA :D


  • "Amboi muka biasa je, komen nak lebih"
HAHA :D Yang ni trademark tercetus masa study week jugak. Alkisahnya masa tu aku keluar makan dengan kawan-kawan aku kat Gadung. Lepas makan, kitorang lepak-lepak kat kedai makan tu dulu sekejap. Masa tu lah aku perasan dorang duk cakap "Amboi ~ muka biasa je, komen nak lebih"


Sekali lagi aku tanya. Dorang pun cakaplah, dorang dapat sumber inspirasi dari cerita Drogba & Rooney yang ditayangkan masa raya hari tue. Alaaaaaaaaaa ~ yang Zizan dengan Johan berlakon tue. HAHA :D


Aku cuba tengok cerita tu sebab aku nak tahu gak dari mana dorang dapat trademark tue tapi aku tak sempat nak tengok T___T Ah Seng cakap, trademark tu masa Johan cakap "Amboi ~ flight biasa je, pramugari nak lebih" HAHA :D


  • "Memeyyy"
HAHA :D Ni bukan Memey Suhaiza yang dah kahwin dengan Norman Hakim tue. Ni trademark Memey dari cerita KL Gangster kan? Eh ye ker? Aku pun ingat-ingat lupa je nie. Mula-mula aku blurr lah kenapalah dorang asyik duk sebut pasal Memey nie. Rupa-rupanya Memey tu maksudnya "Memanglahh" HAHA :D




Aku rasa tu je yang aku mampu ingat setakat nie. HAHA :D Trademark ni baru yang sem lepas punya. Sem 4 ni aku tak tahu lah trademark apa nak dipakai. Kadang-kadang rasa kelakar gak duk cakap dengan kawan-kawan guna trademark yang semua orang tahu. HAHA D


Lepas aku dah buat ni kan, aku rasa betapa besarnya pengaruh filem atau cerita-cerita yang disiarkan kepada kita sampaikan dalam kehidupan seharian kita pun nak diselitkan benda-benda dan trademark yang macam nie


So aku rasa, pengarah yang nak buat filem tu kenalah fikir baik buruknya sesuatu perkara tu sebelum mengarah sebab hasil filem yang korang mengarah, kitorang kitorang ni lah yang akan terpengaruh dan akan tiru dalam kehidupan seharian kitorang :)


So hidup filem Melayu! *tetiba -.-



p/s : Nak tengok Aku Bukan Tomboy dengan Ombak Rindu :)


You May Also Like

8 comments