Ce Teka ~ Lagu Apa Nie? Hehe :)

by - Saturday, November 05, 2011


Assalamualaikum


Sejak dua menjak ni kan, aku selalu sangat tangkap leleh dengan satu lagu ni. Sebab ada cerita di sebaliknya. Semuanya di sebabkan aku tengok video clip die. Huhu


Bukan maksud aku tangkap leleh yang sampai menangis nangis ke apa cuma lirik lagu die meresap dalam jiwa aku. Macam ye lah ~ Sedih je


Lirik lagu die kisah pasal die mengharapkan orang akan menyayangi, cintakan die dan terima die seadanya sebab yelah ~ dia tahu die tak perfect. Perfect ini mungkin dari segi luaran. Maybe die tak cantik atau handsome sedangkan kita sendiri tahu kan, manusia sekarang ini lebih mementingkan luaran dari dalaman


So lirik lagu ini menceritakan yang die sebenarnya hanyalah manusia biasa sahaja yang tak mempunyai apa-apa. Dia sedar akan kekurangan diri dia. Dia sedihlah sebab dia pun macam manusia lain, ingin orang sayang die, mencintai dia tapi disebabkan orang hanya tengok luaran sahaja, dia tersisih



Walaupun dia tak ada apa-apa, tapi dia ada satu sahaja yang dia boleh bagi. Kesetiaan, kejujuran dan kasih sayang kepada orang yang menyayangi dia. Dia boleh menyayangi orang tu dengan sepenuh hati dia, die boleh setia dengan orang yang cintakan dia. Tapi too bad ~ tak ada siapa tengok semua tue


Dia dah berusaha untuk baiki kekurangan dia tapi kita hanyalah manusia kan? Kita hanya merancang dan Allah yang menentukanNya. Macam tu jugak lah ~ Dan kadang-kadang dia fikir ada tak orang yang sanggup terima dia dalam serba kekurangan tue?


Mula-mula aku dengar lagu ini, aku macam biasa-biasa je. Tapi bila aku tengok satu drama rantaian kat TV3 yang menjadikan lagu ini sebagai lagu tema drama tue, aku pun rasa sedap jugak lagu ini dan sampai sekarang aku duk dengar lagu ini


Tambah-tambah pulak, aku tengok video clip dia semalam. Perhh ~ Nak menangis jugak aku tengok sebab entah lah ~ Sedih sangat kot?



Sape boleh teka lagu apa yang aku maksudkan ini? Hehe :)



UPDATE!


SAPE YANG TEKA LAGU YANG AKU MAKSUDKAN DENGAN BETUL, AKU AKAN REVIEW BLOG DIA! TOLONG BAGI NAMA LAGU DAN PENYANYI DIA SEKALI! SAPE CEPAT DIA DAPAT! HAHA ;D

UPDATE AGAIN!


TEKA LAGU TUTUP PADA PUKUL 12 MALAM INI



You May Also Like

9 comments