Outing 12 Jam Yang Penuh Dengan Dugaan -.-

by - Friday, December 09, 2011


Assalamualaikum

Minggu lepas memang penat bagi aku. HAHA :D Sebab apa? Sebab dua hari berturut-turut aku pergi Mesra Mall. Jumaat keluar dengan ex pakwe aku dengan adik-adik angkat dia dan Sabtu pulak pergi Mesra Mall sebab nak tengok Ombakk Rinduuuuuuuuu ~ HAHA :D


Aku dengan Akma. Oh ya ~ Aku pergi dengan Akma, Ammar, Pkah dan Tokseh. Actually nama die Amir tapi kitorang panggil dia Tokseh. Hehe :) Ammar kat belakang tu memang teruk dah aku dengan Akma buli. HAHA :D Tergelak sakan aku dengan Akma duk kenakan dia.


Pagi Sabtu tu pukul 10 lebih dah bertolak. Pkah my exroomate masa Part 2 and Part 3 yang drive sebab aku malasssssssss nak drive. HAHA :D BTW Memang laju betuii mak ngah ni bawak kereta sebab kitornag bertolak ke MM pukul 10 lebih dan tiket wayang ktorang pukul 11 pagi. Hamikkkkkkkk ~



Memandangkan Ombak Rindu baru keluar dan konfem orang ramai yang akan pergi tengok, kawan aku yang si bijaksana ni, Akma telah buat tempahan melalui online je. HAHA :D So dapat lah 5 tiket wayang pukul 11 pagi. Sebab tu kitorang rushing giler -.-

Tiket wayang online. Murah tauu ! RM8 je sorang berbanding kalau beli kat kaunter, RM12. HAHA :D Mana jimat? Papepun nasiblah kawan aku beli secara online. Sebab kawan-kawan aku yang lain datang pukul 10 pagi sebab nak beli tiket, dapat tiket wayang pukul 2 petang. Perghhh ~ Menjadi-jadi betul penangan Ombak Rindu nie


Sampai sampai je kat MM, terus masuk wayang. Nasib lah sempat. HAHA :D Kalau tak sempat, menangis lah Mak Jemah tue. HAHA :D BTW Ombak Rindu okayyy lahh ~ Yang tak bestnya, aku baru nak feeling-feeling menangis, ada pulakkkkkkkkk baby menangis dalam wayang tue. Dah lah duduk depan aku pulak tue! ARGHHHHHH ! Potong stim betul aku nak menangis. HAHA :D

Muka lepas tengok Ombak Rindu. Tak adalah berapa nak bengkak kan mata aku? Sebab baby tu lah ~ Haihhh -.- Kepada orang lain, tolonglah jangan bawak budak-budak kecik masuk wayang sebab kalau budak kecik tu meragam, tak ker menganggu kitorang yang nak tengok wayang ni? -.- Aah ~ memang aku bayar tiket wayang nak dengar budak menangis punn -.-

Tokseh, Pkah, Akma dan Ammar :) Dengan mereka lah aku pergi MM. BTW asalnya kitorang nak pergi petang Khamis tu lagi sebab lepas habis kelas pukul 4.30 petang, kitorang lepak sama-sama dekat cafe. Tetiba datang plan nak pergi petang tue jugak. Tapi sebab kereta tak ada, terpaksalah pergi hari Sabtu. Hehe :)


Lepas tengok wayang, acara paling wajib bila pergi MM sudah semestinya KARAOKEE! Oh mak oiii ~ dah lama gilerrrrr aku tak karok okayy? Haruslah aku pergi karaokeee. Dah lah malam sebelumnya, aku dah siap list dah lagu apa yang aku nak nyanyi. HAHA :D Bagus betuiii -.-


Masa ini Akma dengan Ammar karaoke lagu apa entah -.- Dekat 20 lagu jugak lah kitorang nyanyi. Mostly lagu lama-lama, macam lagu Mega, Kristal, Phyne Ballerz. HAHA :D Lantok lah ~ Asalkan dapat nyanyi dengan penuh perasaan :)


Sebelum tu, kitorang pergi PC Fair kat MM tu tapi aku tak pergi sebab masa tu Angie, my classmate text aku mintak tolong belikan tiket wayang Ombak Rindu. Kau bayangkann ~ aku pergi beli tiket Ombak Rindu pukul 1.45 tengahhari tapi tiket yang availablenya adalah pukul 6.45 petang. Perghhhhhhh ~ cepat betul sold out cerita nie -.-


Jumpa Angie dengan Fiza dalam tandas sebab aku nak serahkan tiket dorang. Masa ni sumpah rushing giler sebab apa? Sebab kitorang nak pergi Kemamannnnnnnnnn! HAHA :D Sumpah kerja giler. Kebetulan Tokseh isi minyak kereta RM30 untuk pergi MM. Mak oii ! Banyak betuii! Selalunya isi RM15 untuk pergi balik dari MM ke Dungun pun dah boleh dah tapi Tokseh pergi isi RM30 untuk kereta Viva. Memang banyak lahh -.-


So pergi lah Kemaman. Sampai je kat Kemaman, aku bawak dorang pergi Stesen Kopitiam. Hehe :) Kat Kemaman ni aku yang drive sebab Pkah tak tahu jalan. So pergi lah makan. Bapok lah banyak kitorang order itu ini. Kat sini jugak, aku ada termarah si Akma sebab dia ada buat something. Hehe :) Tak mau ar bagitauuu tapi lepas dari tu, aku terus mintak maaf dengan Akma :)

Total kitorang 5 orang makan, kau tengok lah sendiri -.- Memang banyak dan memang kenyanggg. HAHA :D Lepas makan, aku bawak dorang pergi Pantai Teluk Mak Nik. HAHA :D Sebab saje saje. Kebetulan masa tu, baru pukul berapa je, awal lagi lah kiranya. Hehe :)


Sampai kat sana, apa lagi, bergambar lah banyak-banyak. Memandangkan kitorang tak bawak camera, so camera HP aku lah yang jadi mangsanya.

Aku Ammar dan Akma. Hampeh ar Akma pergi crop gambar ni. Sumpah hampehh. HAHA :D

Pkah dan Aku. Kitorang dah jadi roomate selama 2 sem berturut-turut. So bila sem ni tak jadi roomate dia, aku rasa rindu pulak dekat dia sebab kadang-kadang aku mengadu dekat die pasal masalah aku, cerita pasal tak sedap hati aku. Kiranya dialah tempat aku mengadu. Rindu kau Pkahh! T__T


Okay fine. Dekat pantai ni, aku dengan Tokseh ada main game. Game dia adalahh ~ sape yang kena ombak dulu, dia yang kalah. Alahhhhhhhhhh ~ kang ada game kan, bila ombak datang dekat dengan kau, kau kena lari dari ombak tu kan? Haha ;D So game tu lah yang aku dengan Tokseh main.

Ombak petang tu memang besar. Masa tu aku dengan Tokseh memang syok main sebab Akma, Ammar dengan Pkah tak nak main. Masa tu aku dah terdetik dah dalam hati "Ni kalau jatuh dalam pantai ni, konfem leceh sebab dah lah tak bawak baju" Tetiba Akma pun menjeritlahh "Hoiii ~ Jomlah balikk!"


Aku dengan Tokseh berpaling lah kat belakang tengok Akma sebab tetiba je kan die menjerit. Sekali bila kitorang tengok ke depan semula, ada ombak besar datang punyaaaaaaaaaa ~ Tokseh sempat lah lari tapi aku? AKU?! Aku tak sempat nak lari lalu terjatuh dan habisssssssssssssss seluar dan baju aku basah sebab kena air laut. ARGHH! Dan terus lah aku terdengar mereka bergelak ketawa mentertawakan aku. Cisssssssssss ~


Aku pun naik ke atas dan membersihkan diri dengan apa-apa yang patut. HP aku pulak dengan si Pkah so apa lagi, penuh memory HP aku dengan gambar mereka bercamwhore. HAHA :D Ambuii ~ sesedap rasa je erkk? -.-

Pkah & Tokseh ; sweet couple :)

Virus masuk dalam HP aku bila ada gambar dorang nie. HAHA :D Okay gurau je lah ! :D


Lepas tu pergi masjid, sembahyang. Dan aku pulak siap-siap basuh mana-mana yang patut sebab jeans dan baju aku kan dah penuh dengan pasir -.- Sedih betul ~ Patutlah masa tu aku dah terdetik dalam hati, tak nak main. Rupa-rupanyaaaaaaaaaaaaa ~ T___T

Yeahhhhhhh ~ Jeans aku yang basahh -.- Berlekit-lekit satu badan aku bila dah terkena air laut tue -.-


Lepas tu kitorang pergi ke MM semula sebab kitorang sewa kereta 12 jam. Kena hantar sebelum pukul 10 malam. Tengok jam, alahaii baru pukul 7 so lepak lah kat MM dulu.


Kebetulan nak amik deposit RM10 masa kitorang karaoke tu sebab si Akma terlupa nak amik. Nasib lah abang tu ingat muka aku dan kasi. Hehe ;) Lepas tu kitorang pun decide nak main boling! HAHA :D


Mula-mula aku yang lead tauuu ~ Boling ni Ammar yang belanja aku dengan Akma main. HAAH :D Kitorang main 3 orang sebab Pkah dengan Tokseh pergi mana entahh -.- Tapi lepas dah berapa round tu, aku hilang fokus sebab tangan aku dah terkehel dah -.- Dah lama giler aku tak main boling. Huhuuuuu ~


Tak lama lepas tu, Tokseh dengan Pkah pulak datang and dorang main pool. Lepas kitorang habis main boling, dorang tak habis-habis main lagi. Rupa-rupanya bola putih tu dah hilang -.-Act tersekat kat mana entah dalam pool tu tapi lepas dah cari punya cari, tak jumpa.


Last-last sekali, kitorang just balik je tanpa Tokseh dapat balik deposit RM10 die tu sebab orang kat kaunter tu cakap "Kami tak boleh bagi deposit awak sebab awak tak pulangkan bola putih" What thee? Macam mana nak kasi bola putih kalau bola tu tersekat dalam awak punya pool tue?! Haishh ~ -.-


Then kitorang pun balik ke UiTM Dungun pada pukul 10 lebih. Cukup-cukup 12 jam aku pergi menggilakan diri kejapp -.- Haishh ~ BTW outing kitorang yang kali ni memang banyak lah dugaannya. Pkah pulak hilang jam, Tokseh rugi RM40 sebab terlebih isi minyak dan hilang deposit die tue, Akma kena marah dengan aku, Ammar kena belanja kitorang main boling and kena buli dengan aku dan Akma dan aku jatuh dalam air laut. HAHA :D


BTW this is the best outing! :D


p/s : "Mai minggu depan kitorang nak buat BBQ" - Hamikkkkkkkkk! :D Tak sabar-sabar rasanya. HAHA :D

You May Also Like

2 comments