Hati Mauu Kuat Untuk Menghadapinya & Alhamdulillah ~ Aku Berjaya :)

by - Friday, December 02, 2011


Assalamualaikum


Hari ini merupakan satu hari yang aku rasa adalah yang aku rasa aku dah move on sedikit demi sedikit. Biarlah sikit punn ~ asalkan adalah jugak sikit tue :)


Pergi McDonalds dan dia belanja aku. Makan-makan di meja yang berdekatan dengan meja yang kitorang pernah makan dulu sebagai couple dan sekarang ni, di tempat yang sama, hanya kami dan makanan yang sama, cuma status perhubungan yang lain ; KAWAN :)


Pergi Mesra Mall. Bertembung dengan beberapa kawan aku yang memandang aku dengan pandagan yang mengusik aku. Kepada mereka, aku perkenalkan dia sebagai kawan. Aah ~ Itu lah realitinya kan? Ada terselit perasaan bangga bila di baju die, terukir kemas nama tempat dia belajar sekarang nie :)


Kami cuma berborak-borak, bergelak ketawa, usik mengusik dan bertukar-tukar pendapat. Entahlah ~ Apa yang aku dapat rasa, macam kitorang ulang semua balik apa yang kitorang pernah buat sebelum nie. Cuma status tu je yang berlainan. Aku usik die, die usik aku. Aku tacing dengan dia, dia tacing dengan aku. Die belanja aku, aku belanja dia. Semuanya sama macam dulu-duluuuu


Makan Rotiboy dalam kereta :) Masa ini dia takut tak sempat nak balik so kitorang makan dalam kereta je lah ~ Oppssss opssssssssss opsssssssssss! Bukan aku dengan dia sahaja ehh? Aku, dia, adik angkat dia dan kawan-kawan adik angkat die. Total 6 orangg :)


Dan Rotiboy tu sedap sangat :) Dan sekali lagi, aku macam gelabahhhh bila krim mocha roti tu terkena tudung aku dengan banyak gilerrrrrrr dan masa tu tak ada tisu. Kenapa bila aku dengan dia, selalu je ada benda-benda yang macam ni akan berlaku dekat aku?


Dulu, aku try high heels depan dia kemudian aku terkehell kejapp dan die tahan gelak -.- Dulu, aku makan apa entah sampai ada kulit lada dekat gigi aku dan die tegur aku -.- Dulu, aku pakai bedak biasa je tapi entah macam mana entah, bedak tu bertompok-tompok dan dia tanya "apa tu putih-putih kat muka?" -.-


Makan keropok dan makan ABC Jagung yang sumpah sedap kat Paka. Lepak-lepak kat sana dengan adik angkat dia dan kawan-kawan mereka yang sumpah sporting :) Dan dia bagitahu aku, salah satu reason die suka tempat yang kitorang lepak tu sebab ni hahhhhh


Nampak tak? Nampak tak? Siapa yang tahu, nampak lah :) Siapa yang tak tahu, takpe. It is not important for you olsss to know. Haha :D


Then balik. Di akhir perbualan, aku cakap "Bye weyhh!" dan dia terkejut. Dan aku explainkan kepada dia "Macam ni lah yang aku selalu buat bila dengan kawan-kawan aku, cakap BYE WEYH bila nak berpisah" dan dia tergelak dan mula faham dengan maksud aku :)


Dan semasa aku bersihkan diri aku, aku asyik terfikir "Tak salah kan kalau nak kawan dengan ex pakwe sendiri? Yang penting, hati mau kuat" :)


Kepada ex pakweeee ku, friends foreverrrr! :D

You May Also Like

4 comments