Sinopsis Dan Trailer Ombak Rindu :D

By Mysara Newrie - Tuesday, October 11, 2011



Assalamualaikum :)


Mari kita mulakan cuti sem kita ini dengan cerita pasal Ombak Rindu. Eh bukan cuti sem kita, ni cuti sem aku lahhh. Muehehe :) Jangan jealous! HAHA :D


Well ~ Tak lama nanti akan ada satu filem yang aku rasa semua orang ternanti-nantikan esp orang yang suka baca novel. Hehe ;)



OMBAK RINDU! :D


OMG ~ Masa mula-mula aku dapat tahu, dalam hati aku cakap "confirm aku nak pergi tengok kat wayang nie" Weyh ~ Novel ni sumpah best tauuuuu ! :D Pluss, ni lah novel pertama yang aku baca masa aku Darjah 6. Muehehe :) So feelingfeeling tu macam best je. Haha :D


Novel ni karya Fauziah Ashaari mengisahkan Izzah, seorang anak dara yang cantik dan masih mengekalkan sifat-sifat perempuan melayu terakhir. Izzah ni duduk dengan bapak saudara dia, Pak Taha sebab die ni anak yatim piatu.


Isteri Pak Taha pulak tak suka dengan kehadiran Izzah. Kebetulan pulak Pak Taha ni ada banyak hutang dan tak mampu nak bayar semua hutang tu sebab kesempitan wang. So Pak Taha sanggup jual Izzah dekat satu kelab malam. Izzah terima semua tu dengan dalam keterpaksaan. Huhu


Kehadiran Hariz, seorang pelanggan di kelab malam tu mengubah hidup Izzah selepas itu. Hariz sanggup 'beli' Izzah dengan tokey kelab malam tue. Dan dengan permintaan Izzah, akhirnya dorang kahwin. Masa dorang mula-mula kahwin nie, teruk jugaklah Izzah kena torture dengan Hariz nie. Kena tarik rambut, kena buat itu ini. Huhu


Tak lama lepas tu, datanglah sorang model dan pelakon terkenal tanah air, Mia Amylia dalam kehidupan Izzah dan Hariz. Izzah ni rasa tergugat lah dalam masa yang sama sebab masa tu dia dah mula jatuh cinta dengan Hariz. Biasalah ~ Lama-lama ada jugak perasaan sayang dan cinta tue kan? Hehe :) So apa yang terjadi seterusnya? Hangpa baca lah sendiri :D


Tak menyesal weyh baca novel ni sebab novel ni memang best gilergiler! :D


Okaylah ~ Pelakon-pelakon die pulak perghhhhhh ~ memang sesuai giler dengan karakter dalam cerita nie. Bila aku tahu, Aaron Aziz berlakon jadi Hariz, sah sah dah aku nak tengok sebab aku rasa Aaron Aziz tu memang layak lah untuk pegang watak Hariz :)

Maya Karin pulak jadi Izzah. Okay yang ni pun sesuai lah sebab watak Izzah seorang yang berhati lembut, gadis kampung yang cantik. Sesuai sesangat lah pegang watak Izzah tue :) BTW Maya Karin nampak lawa sangat-sangat pakai tudung :) Comel je muka die. Muehehe :)

Lisa Surihani pulak jadi Mia Amylia. Yang ni memang aku rasa konfem menjadi ni sebab watak Mia Amylia tu macam memberontak, ikut kepala sendiri, keras kepala. Aku rasa Lisa Surihani memang layaklah untuk pegang watak nie. Well ~ Aku pun dah pernah tengok Lisa berlakon sebelum-sebelum nie kan? So aku yakin Lisa mampu buat punyaaaaaaaa :D

Gandingan terhebatlah :) Tak sabar-sabar aku nak tengok. Bila aku cerita dekat kawan-kawan aku pasal filem ni nak keluar kan, masing-masing menjerit macam histeria sebab tak sabar-sabar nak tengok. Haha :D


"Mai bila citer tu kuar?"
"Tak silap aku 1 Disember nie"
"Konfem! Jom kita pergi Mesra Mall. Masa tu kan kita dah masuk UiTM dah"


Kau tengok? Kau tengok? Kau tengok? Cuti sem part 3 baru nak start, plan untuk sem 4 dah buat dah. Haha :D Otak sesorang memang geliga betul bab-bab nak membazir duit nie. Haha :D


Papepun, aku akan pastikan aku akan tengok cerita ni sebab aku kan dah baca novel die. So for sure lah aku akan cari jalan untuk tengok cerita nie. Aku cuma mengharapkan cerita ni sama jalan cerita dengan novel dan tak ada yang termiss atau buat aku sebagai penonton rasa macam "eh eh eh kenapa pulak nie? Mana nie? Mana tu?" Haaaaaa ~ Kang dah tak best tue :)


Nahh ~ Ni trailer die. Tapi ni trailer yang pendek jelah ~ :) Cuba tengok dan hayati betul-betul? Ada tak perasaan teruja dalam diri korang? Muehehe :0



All the best to the actor/actress, crew and the production! :D


credit pictures to Ombak Rindu Official Fanpage



p/s : sape ada novel nie? Aku nak pinjam, nak recall balik jalan cerita die. Haha :D


  • Share:

You Might Also Like

2 comments