Jadual Kelas Yang Pack Buat Kami Meroyan Dalam Kelas!

By Mysara Newrie - Sunday, December 25, 2011

 

 Assalamualaikum


Jeng jeng jengggggggggg ~ Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa. Scroll scroll gambar dalam Pictures aku, tetiba aku dapat idea nak tulis apa. HAHA :D 

Jadual kelas AM 110 4B


Haaaaaaaaaaaaaaaaa ~ Aku just nak tunjuk dekat korang jadual kelas aku. See? Sem ni banyak kelas petang. Jujur lah aku cakap ehh? Aku lebih suke kelas pagi walaupun aku selalu tidur dalam kelas pagi. HAHA :D Sebab apa?


Sebab bila kelas pagi, atleast waktu petang tu aku boleh rehat tak pun buat pape kerja yang tak selesai lagi ker, buat assignment ker, pergi bersosial dengan kawan-kawan aku which is keluar makan-makan ker, pergi jalan-jalan tepi pantai ker. Tapiiiiiiiiiiii Y____Y


Bila dah kelas petang, memang penat sangat -.- Rushing giler. Nak-nak kalau lecturer kasi keluar lewat. Pukul 6.30 petang baru keluar kelas. Memang sakitlah kaki nak berjalan laju-laju sebab nak kejar sembahyang Asar. Haishh ~ Kalau nasib baik, kadang-kadang tu ada lah jugak keluar kelas pukul 6 petang. 


Err ~  caption bawah jadual tu abaikan eyhh? Sebenarnya tu nak kasi semangat je supaya sem ni kalau boleh dapat Dekan lagi, macam sem lepas. Insyallah ~ AMIN! :D


BTW kelas aku sem ni jugak banyaknya kat dewan-dewan. Tu haaaaaa ~ Yang nama Cemara, Jasmin, Bakawali, Anggerik tu semua, nama dewan tue -.- Aku suka kelas kat dewan tapi tapi tak best sebab meja kecik. HAHA :D Lepas tu dah lah seat dia macam kat panggung wayang punya. So kalau letak beg, kadang-kadang, bushhhhhhhhhhh ~ habis semua jatuh. HAHA :D


Yang paling budak kelas aku sakit sekali ialah kelas hari Khamis. Ya Allah ~ Tolonglah bantu hambaMu ini Ya Allah ~ HAHA :D Sebab dah lah satu-satunya kelas hari Khamis. Dan kitorang tak boleh nak anjakkan kelas tu kasi awal sebab kelas tu kitorang bergabung dengan 3 buah kelas lagi. Gilerrr -.- HAHA :D


Dan kalau minggu balik pulak, konfem-konfem lah ramai yang tak pergi kelas hari Khamis. Contoh terbaik, masa kelas hari Khamis baru-baru ini masa nak cuti midterm, berapa kerat je yang datang -.- Budak kelas aku adalah dekat 8 orang je yang datang. HAHA :D

From left ; Akma, Khalis, Mysara Newrie & Nabilah Hani


Okay ni gambar masa kitorang presentation Marketing Plan untuk ETR. Aku boleh andaikan, semua group ada buat salah dan semuanya kena komen. Fuhhhhhhhh ~ Group aku pulak dah nak yang last-last. Memang agak berdebar jugak lah sebab takut buat salah. Huhu. 


Oh ya ~ Jangan salah anggap.  Aku duduk sebelah Khalis sebab nak settlekan beberapa perkara tentang presentation kitorang sebab aku, Khalis dan Hani satu group :) Lagi dua orang, tak ada dalam gambar


Tapi lepas present, Alhamdulillah ~ Lecturer aku cakap semua okay. Cuma harga kos untuk business aku je lah yang tinggi. Kesalahan-kesalahan yang group lain buat, group aku tak buat. Alhamdulillah :)


Gambar kat atas ni sebenarnya gambar sementara tunggu turn kitorang nak present. Masa ni semua orang macam dah habis nak present dah. Lepas tu masing-masing sibuk duk beli hand-made coklat Akma. Akma ni jual coklat. Sedap giler coklat die tauu! :D


So Akma ni bawak lah banyak giler coklat die. Kalau yang macam dalam gambar kat atas nie, dia jual RM 1 jeee. So apa lagi! Ramai lah budak lelaki kelas aku yang beli dengan dia masa tue sebab kebetulan masing-masing lapar sebab tengah hujan lebat giler masa nie -.-


Yang paling bagusnya, siap ada yang nak tolong promotekan coklat Akma lagi tauu! :D Bagusnya kawan-kawan aku nie :)


Contoh coklat yang dibuat Akma


Kau bayangkan, masa kawan-kawan kita tengah sibuk duk presentation kat depan lecturer kat bawah, kitorang kat belakang ni sibuk duk makan coklat. HAHA :D Siap bersila lagi kat atas lantai dengan berkaki ayam sebab kasut semuanya basah kena hujan. HAHA :D


Tapi yang paling heavennya, aku dengan Hani lah sebab kitorang tak beli coklat Akma pun masa tu tapi kitorang kenyangggggggggggg giler makan coklat Akma sebab kitorang kebas coklat budak-budak lelaki. Dorang beli, kitorang yang makan. HAHA :D


Antara mangsa coklat kitorang adalah Khalis. Dia beli coklat RM 5 tapi semuanya aku dengan Hani yang makan. HAHA :D Lepas tu agaknya rezeki kitorang, Apeng datang kat kitorang sambil hulurkan satu bekas coklat. Dia cakap


"Nahh ~ untuk korang. Aku belanja. Kongsi lah kau dengan Hani"


HAHA :D Apa lagi ~ Aku dengan Hani makanlah puas-puas. HAHA :D Masyukkkkkkkkk! 


Sambil makan coklat yang Apeng bagi, masa tu keadaan kelas memang dah tak terkawal dah. Bising nak mampusss dengan budak-budak lelaki duk makan coklat sambil bersila atas lantai. HAHA :D Sambil aku kunyah-kunyah coklat, aku tengok lah kawan aku, Fatin baru nak start present. Tapi suara dia slow and aku tak dengar. So aku pun cakaplah,


"Fatin! Pakai lah mic! Tak dengar suara kauuu!"


Sekali lecturer aku pun bercakap dengan suara yang 2 kali ganda lagi kuat dari aku,


"Macam mana nak dengar kalau awak semua duk bising?!"


Terus senyap satu kelas masa tue. Kitorang yang duk syok kunyah-kunyah coklat, semuanya berhenti mengunyah dan mata pulak duk tengok sesama sendiri. HAHA :D Terkejut Mak Jemah tauu bila lecturer dah menjerit macam tue. Tapi aku dengan Hani duk tahan gelak sebab aku tengok kawan aku yang nak present tue duk tahan gelak. Apalahh -.- Gitu lah budak kelas aku. Ada je peel perangai -.-

Budak lelaki kelas aku

See? Macam apa dah aku tengok sorang-sorang budak kelas aku masa nie. Masa ni masih tengah duk presentation lagi tapi kat belakang dah macam apa entah -.- Masing-masing buat hal masing-masing. HAHA :D Ada yang duduk bersila lah, ada yang duk bukak warung kopi lah ~ Macam-macam hal -.-

From left ; Ana, Liza, Harris, Hani dan Gman

Masa ni kelas ada satu lagi group yang belum present. Tapi masing-masing dah sibuk angkat beg nak balik dan nak pergi kelas Statistik pulak masa nie. HAHA :D Lagipun masa ni lecturer dah siap panggil dah budak-budak kelas A untuk masuk kelas so kitorang pun mulalah berangkat. HAHA :D


Entahlah ~ Aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana sebab aku rasa sem ni, budak-budak kelas aku memang dah menjadi-jadi. Kadang-kadang bila aku online, boleh gelak terbahak-bahak sorang-sorang depan lappy sebab baca komen sorang-sorang. Ada je benda yang nak mengarut. Kalau tak mengarut, memang tak sah -.-



p/s : Ohoiiiiiiiiiiii ~ Banyak weyh assignment nak kena buat! Y____Y


 

  • Share:

You Might Also Like

12 comments