Assalamualaikum
Hari ini 8 Januari 2012. Genap usia aku yang 20 tahun. Alhamdulillah ~ Syukur kepada Mu Ya Allah kerana membenarkan aku untuk melangkah ke era 20-an
Aku ingat nak puasa pada hari jadi aku nie tapiiiiiiiii ~ HAHA :D So postponed ke tahun depan lah alamatnya. Insyallah kalau dipanjangkan usia oleh Allah swt
Aku terdetik nak berpuasa sebab tanda kesyukuran aku kepada Allah swt sebab pada hari ini, 20 tahun yang lepas, lahirlah aku ke dunia nie. Selama aku hidup 20 tahun ni, aku dah banyak terdedah dengan perkara-perkara yang tak pernah aku bayangkan aku akan hadapi selama nie
Bermula pada 16 tahun, aku dah didedahkan dengan beberapa perkara yang sangatsangat meruntun hati aku dan benda itu macam berlanjutan sampailah sekarang, cuma mungkin tak sama je lah ~ Kadang-kadang aku menangis seorang diri bila benda ni terjadi. Dan aku akui, benda tu buat aku takut
Dan sejak daripada itu, aku sering didedahkan dengan perkara-perkara yang sangat-sangat mengendurkan urat senyuman aku. Aku sering jadi tempat untuk orang meluahkan perasaan. Entahlah ~ Bila dah selalu jadi macam nie, aku dah terbiasa untuk berfikir tentang perasaan orang
Aku mula belajar apa itu erti kehidupan. Tak semua orang akan senang dengan kita, tak semua orang akan suka pada kita dan tak mustahil jugak satu hari nanti mungkin ada orang di sebelah kita ini adalah orang yang paling kejam pernah kita jumpa. Mustahil? Fikirkan balik sebab aku pernah kena dahulu
Jika mampu di x-raykan hati aku ini, aku ada simpan banyak cerita orang dari pelbagai versi. Aku tak tahu kenapa orang begitu mudah mempercayai aku untuk bercerita tentang hal-hal yang tak pernah aku terlintas dalam fikiran aku yang mereka akan buat semua itu. Dan kebanyakkan cerita mereka itu buat aku selalu berfikir dan perlahan-lahan ianya mengubah aku luar dan dalam
Aku bersyukur kerana dalam keadaan aku yang sangat-sangat tak stabil, aku masih ada orang yang boleh aku harapkan, aku masih ada keluarga aku yang sangat-sangat faham dengan aku ; mama ayah Hakim (rinduu sangatsangat ya Allah Y___Y), kawan-kawan yang selalu ada untuk aku terus melangkah ke depan dan sentiasa bagi sokongan dekat aku, teman baik dan kawan rapat yang aku sayang dan aku dah anggap seperti adikberadik aku sendiri dan semuanya yang telah diberikan pada aku selama aku bernafas ini, syukur kepadaMu Ya Allah atas segala nikmat yang Kau berikan ini
Ada orang tanya aku, apa perasaan aku menginjak umur ke 20 tahun? Aku tergelak sahaja. Balas aku, "Aku tak tahu lah weyh ~ Tengoklah nanti masa hari jadi aku, kot kot ada perasaan yang lain macam"
Dan ini jawapan aku,
Jam pukul 12 aku diceriakan dengan suara kawan-kawan aku yang sangat aku sayang, mereke call aku dan menyanyikan lagu Happy Birthday ramai-ramai. Biarlah duduk jauh pun, takpe asalkan mereka ingat aku :') Kemudian mesej dari adik aku. Mama dan ayah pasti dah tidur, takpe aku faham :) Seterusnya ex boyfriend aku yang call aku, mengucapkan Selamat Hari Jadi. Katanya, "tahun lepas aku buat kau sakit hati, tahun ini aku nak buat kau suka hati" Aku tergelak
Kemudian datang satu mesej dari kawan lelaki aku, Hamidin Abdul Jalil. Hampir menangis aku dibuatnya baca text die tu sebab ucapan dia sungguh-sungguh menusuk dalam hati dan kalbu aku. Jujur aku cakap, aku rasa itu adalah ucapan Hari Jadi yang paling bermakna pernah aku dapat. Terus aku call dia :) Terima kasih atas ayat-ayat dan ucapan yang sangat-sangat manis bagi aku :)
Dan HP aku terus berbunyi dan bunyiii ~ Masuklah text dan calling dari kawan-kawan aku. Terharu aku
Dan bila aku tengah study tadi, aku termenung. Di temani dengan angin pantai dan bunyi ombak, aku hampir menangis. Sebab aku fikir sepanjang 20 tahun aku hidup ini, apa benda yang aku dah buat? Samada berkaitan dengan dunia dan akhirat. Terus satu persatu apa yang aku dah buat, apa yang aku dah cakapkan, apa yang aku capai, semuanyaaaaaa ~ Ibarat satu wayang filem yang bermain rancak di depan aku, begitulah lagaknya.
Aku berdoa kepada Allah swt, memohon perkara-perkara yang baik dan semuanya berjalan dengan lancar. Aku tahu aku bukan seorang yang baik dan sempurna tapi aku tetap berusaha untuk cuba memperbaiki diri aku. Biarlah orang cakap "Sama je". Yang penting, diri aku, hati aku dan jiwa aku yang dapat rasa semuanya. Biarlah orang tak tahu, asalkan Allah swt tahu dan permudahkan segala-galanya. Insyallah, Aminn ~
HAPPY BIRTHDAY MYSARA NEWRIE
yang ke 20 tahunnn :)
"New journey with new age"
10 comments