Final Exam for Final Semester :)

by - Saturday, September 29, 2012


 Assalamualaikum


Ambui ~ makin nak dekat final ni, makin menjadi-jadi yer aku nak update blog bagai -__- Takpelah asalkan aku bahagia :)


Buat masa ni aku tengah try cari lagi mood study aku sebab macam dia dah menghilang entah kemana yang aku sendiri tak tahu. Sekarang ni depan mata aku ada buku Law tapi tangan aku duk rancak menulis dekat blog nie. Hehe :p


Okay ni adalah jadual final bagi semua budak-budak Batch aku. Aku dapat tahu je jadual final dah keluar, terus aku buat siap siap jadual ni dan postkan dalam group batch aku.

Yang asal

Tetapi memandangkan aku dah amik subjek DA dan IR masa aku buat intersession hari tu, maka sem ni aku hanya ada 4 paper sahaja lah dan bawah ni pulak adalah jadual final exam aku. Sebab aku dah mosaic kan yang subjek DA dan IR awal-awal dah :) Hehe :p
Yang Aku punya :) hehe
So inilah jadual untuk final aku. Aku ada 4 paper je sem ni tapiiiiiiiiiiiii disebabkan aku dah bazirkan study week aku, aku hanya tinggal beberapa hari je lagi untuk study. Ni pun dah cuak giler dah nie :O


Mostly aku banyak lepak dalam bilik study je sebab aku tak boleh bohh nak study dalam bilik. Banyak dugaan! Dugaan katil, laptop, broadband, makanan HAHA :D So baik lepak dalam bilik study :) Hehe 

jadual study :)
Okay. Ni jadual aku study untuk final. Weyh! Aku akan buat jadual ini time nak dekat final je! haha :D Sebab aku tahu, kalau aku tak buat, aku tak kan study dan lepas tu aku tak kan pandai nak predict nak study apa. So baik buat benda ni, so aku kasi boleh nampak apa yang patut aku boleh study, berapa jam lagi aku tinggal dan sebagainya :)


Actually aku buat jadual ni since aku dari Part 1. Even sem ni aku dah last sem, aku tak kan pernah tinggal sebab dengan benda ni aku dapat study dengan konsisten. Kalau tak ada benda nie, hmm ~ konfem konfem lah aku merayap pergi situ sana sini. Bahaya aku nie. Pantang di ajak! Mesti on je! haha :D


Dan tadi Fie ajak pergi makan pizza, aku on je. 5hb ni after test Current Affairs! Mark that date! :D

wajib ada!
Dulu kannnnnnnnnnnnnn, aku paling tak suke guna highlight sebab entahlah ~ aku lebih suka guna pensel dan garis-garis je mana-mana point yang aku rasa penting. Tuu tuu ~ kalau tengok buku teks Sejarah aku, penuhh dengan garis-garis pensel! haha :D aku lah yang kejam sangat buat tu -___-


Tapi sejak dah masuk U nie, perghh ~ aku rasa WAJIB untuk aku ada highlight! Sebab bila aku tengok buku aku penuh dengan warna warni, aku rasa happy dan aku rasa aku dah study sebab yelah ~ aku mestilah akan highlight benda-benda yang penting kan? Kalau aku tengok buku aku kosong je, aku percaya aku tak study lagi dan akan buat aku rasa cuak -___-

waiting for the test :)
Aku dah last sem diploma dekat UiTM Dungun nie. Dah macam-macam aku pernah lalui dekat sini, kenal kawan satu kos, yang lain kos pun aku dah kenal. Dengan lecturer apatah lagi. Dengan akak-akak dan abang-abang dekat cafe, dekat Teluk Gadung tue. Tak masuk lagi dengan Pok Din dan geng-geng abang van kunyit. Ramai sangat aku dah kenal


Di kesempatan ni, aku nak mintak maaf dari semua yang kenal aku. Aku tahu aku ada buat salah dan dosa tanpa aku sedar, buat terasa hati. Tapi percayalah, aku benar-benar tak maksudkan apa yang aku buat tu. Aku mintak maaf sangat-sangat. Aku pun dah maafkan kamu semua yang aku kenal, aku maafkan semua apa yang korang buat dekat aku


Aku cuma ingin korang yang baca entry aku ni untuk doakan aku berjaya di final exam last sem aku nie. Aku nak grad cepat-cepat dan sambung degree pulak :) Sebab aku ada plan untuk masa depan aku. Aku ada beberapa perancangan di mana aku nak buat sesuatu masa aku dah habis degree nanti. Insyallah jika dipermudahkan oleh Allah swt :)



GOOD LUCK KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN! :D



Doakan kejayaan saya di semester terakhir Diploma Pentadbiran Awam UiTM Dungun :')

 

You May Also Like

4 comments