[Review Novel] Kougar by Shaz Johar

By Mysara Newrie - Friday, September 21, 2012

 

 Assalamualaikum


Hoyeahh ~ Masa pergi Mesra Mall minggu lepas dengan mama, aku sempat rembat beli dua buah novel from Fixi Production. Seriously guys, best giler okay novel-novel dari terbitan diorang :) Tapi yelah, lain orang lain minatnya kan? So macam aku, aku suka dengan novel dari Fixi :)

Kougar by Shaz Johar

Okay sampai bilik je terus aku baca novel nie. 



Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.  Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari Datuk Emir untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti? KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!



Haaaaaaa ~ tu lah sinopsisnya  :) Bagi aku cerita ni best sebab Kisha ni seolah-olah wanita yang masih innocent walaupun dia dah buat macam-macam dah. Apa yang macam-macam tue? Heeeeeee baca lah sendiri yer? HAHA :D


Aku kadang-kadang kesian dekat si Kisha ni sebab tersepit dan dia tension dengan kehidupan dia tapi dalam masa yang sama aku menyampah dengan dia sebab apa yang dia buat tue macam tak patut, sangat-sangat lah tidak patut sebagai seorang isteri


Bagi aku, dia memang ada semuanya tapi dia macam tak boleh nak handle diri dia sendiri dan macam tak amik peduli dan macam amik certain things tu sebagai sesuatu yang biasa-biasa je. Contoh. after dia kena rogol, dia macam sedih sedih kemudian lepas tu macam everything is okay. Seriusly, tak pernah aku rasa menyampah/tak selesa dengan watak utama dalam novel. 


Tahniah dekat penulis dia yang boleh mengolahkan cerita ni sampaikan aku rasa menyampah dengan Kisha yang berlagak innocent tue. Seriously, berlagak innocent okay si Kisha nie. Buat aku rasa tak sabar-sabar nak tahu apa kesudahan kepada Kisha :)


Bagi pembaca novel yang inginkan kelainan dari asyik duk baca kisah pasal cinta sahaja, aku rasa this one is suit with you :) Go get it now! :D


 

  • Share:

You Might Also Like

4 comments