Orang Lain Suka Ke Kalau Kita Bermegah Diri? :O

By Mysara Newrie - Monday, September 24, 2012

 

 Assalamualaikum




Yelahh ~ memang dalam gambar dekat atas cakap macam tu tapi perlu ke sampai membangga diri, menunjuk-nunjuk untuk mendapatkan perhatian orang ramai?



Sometimes, kita dalam hidup ni, just be humble je ~ Tak payah nak berlagak bagai, nak memuji diri. Sebab maybe kita fikir "Oh orang tahu pasal aku, itu ini" tapi kita tak tahu apa fikiran orang lain yang mendengar


Kadang-kadang aku terkena dengan tempias dengan orangorang yang terlaluu suka memuji diri sendiri. Bila aku teringat balik, aku rasa nak gelak pun ada, menyampah pun ada. Tapi kadang-kadang aku ni jahat jugak sebab aku layankan je perasaan diorang tue. Biarlah ~ dia nak perasan sorang-sorang, kita layankan je lah, ye dok? HAHA :D


Contoh lah ~ "Aku cantik" so aku pun mengiyakan je lah ~ sebab aku fikir kadang-kadang kita kena menipu untuk gembirakan kawan-kawan. Huhu ~ jahat tak aku ni? Entah lah ~ kadang-kadang nak cakap benda buruk, tak sampai hati sangat-sangat nak kecewakan kawan-kawan, melainkan kawan yang dah rapat atau kawan kita tu tanya pendapat kita :)


Kawan aku lagi best. Dia cakap "Orang yang cantik, tak kan dia cakap tu cantik melainkan dia perasan cantik" Perghh ~ pedas giler ayat dia tue. Tapi bila fikir-fikir balik, betul jugak kan? So tak boleh nak cakap lah ~ 


Pendek kata, tak perlu untuk membangga diri, megah dengan apa yang kita ada. Just be humble, tu je :) Sebab tak kemana punnn kalau kita asyik dengan perasaan berlagak dan megah diri tue :) Kalau ada orang adore, minat, suka dsbgnya dengan kita, Alhamdulillah ~ ucap Syukur sebab Allah swt dah permudahkan kehidupan kita dengan orang di sekeliling kita yang senang dengan kita :)


Kalau tak, mungkin kita ada salah dan silap di mana-mana yang mungkin kita perlu baiki. Kita manusia, kita sendiri tak pernah nak sempurna. Kita ada kelemahan jugak. Memang kita tak boleh jadi sempurna tapi atleast keburukkan dan kelemahan yang kita ada, kita boleh baiki kan? :)


Sebenarnya, entry ini pun sebagai peringatan kepada diri sendiri jugak :) Sebab kita kadang-kadang tak sedar kesalahan kita sendiri. So kalau ada yang tak puas hati dengan aku, aku mintak maaf sangat-sangat :) 


Tak perlu untuk kita membangga diri, megah, mereka-reka cerita untuk mendapat pujian dari orang lain. Kalau orang lain nak puji kita, biarlah ~ Syukur orang tengok benda yang baik dan lawa yang ada pada kita. Jika tak, takpe :) Allah swt lebih suka kalau hambaNya merendah diri dan tidak berlagak sombong. 


Bagi aku, kecantikkan luar tu hanyalah perhiasan semata-mata, bila-bila masa sahaja boleh hilang, boleh padam macam tu je. Yang penting, kecantikkan dalaman. Hati mau baik, ikhlas, jujur :) Bila ada elemen-elemen ni dalam hidup kau, pasti hidup akan bahagia. Chewahh! Siapa setuju LIKE LIKE LIKE HAHA :D


Tapi kadang-kadang kalau dengan kawan-kawan yang rapat, aku peduli hapeeee. "Akulah paling cantik antara korang semua" dan kemudian semua kawan-kawan yang lain bersambung "Hoi mana ada! Aku lah yang paling cantik! Kau gigi besar!" dan perbalahan untuk siapa paling cantik bersambunggg..


p/s : tak tuju pada sesiapa, cuma terlintas di fikiran masa terjumpa gambar BE AWESOME TODAY tue dekat Tumblr :)

 

  • Share:

You Might Also Like

4 comments