Semua Tension Hilang Bila Dapat Satu Mesej :)

By Mysara Newrie - Wednesday, October 24, 2012


 Assalamualaikum


Masa dalam minggu aku duk study week dan final exam baru-baru nie, macam-macam benda dan ragam yang terjadi masa aku study dekat Bilik Study Perhentiaan. HAHA :D Malas betul aku nak bersiap-siap pergi library sebab duduk sekejap, mesti nak pergi makan. Duduk sekejap, nak pergi sembahyang. Lagipun tak ada member ekpunnn


So jalan terbaik ; lepak di Bilik Study sudahhhhhhhhh ~ Kalau study dalam bilik sendiri, memang aku study. Study atas katil. Bukan aku yang baca buku, buku yang baca aku. Ish ish ish ~ bahaya tue -__-


Lepak bilik study best! Ada aircond yang sedang-sedang sahaja sejuknya, ada kipas kalau tak nak guna aircond, lepas tu dekat dengan tandas, dekat dengan bilik kawan aku yang aku selalu tumpang tidur kalau aku mengantuk time study (HAHA :D Terima kasih Zalia dan Fizah sebab kasi tumpangkan bilik korang), dekat dengan bilik aku so aku boleh makan dan sembahyang sekaligus :) Hehehe ~ Dan yang paling best, meja bilik study besarrrrrrrrrrrrrrrrrrr ~


Bukan apa. Aku ni kalau study, bukan sahaja buku yang aku letak atas meja. Aku letak botol air, bekas gula-gula, beg, buku-buku, testpad, lepas tu mesti ada losyen. Yelah! Duduk dalam bilik study yang beraircond dari after Zohor sampai lepas Subuh, mestilah tangan dan kaki akan kering! Motif bagitahu duduk bilik study after Zohor sampai lepas Subuh?! HAHA :D

Fokus fokus study! :D

Fav losyen. Sedap oo bau diaaaaaaaa :D

Okaylah ~ time study sem ni, aku memang study sorang-sorang tapi ada jugak yang datang dekat aku, macam tumpang study sekali. Aku on je tak kisah pun sebab atleast ada gak teman nak berstudy, aku pun bosan gok study sorang-sorang HAHA :D


Tapi tu lah ~ tak ramai mau study dengan aku sebab ada orang cakap aku ni pyshco kuat! HAHA :D Weyh mana adalah! Aku just buat apa yang aku rasa nak buat! HAHA :D Lepas tu, kalau study, kita kena fokus yer? HAHA :D Tapi tu lah ~ orang cakap aku pyshco so aku pun tak berani nak ajak orang study dengan aku sebab aku takut kacau emosi orang lain. Huhu ~


Tapi kalau orang tu datang kepada aku untuk study sekali ataupun nak tanya pape yang tak faham, aku bisa saja dongg :)

Jadual belajar waktu FINAL SAHAJA
As yang korang boleh tengok, aku ada gap banyak hari sangat, 8 hari kot untuk paper last aku, Local Govt. Dalam 8 hari tue, aku memang gunakan sebaik-baiknya masa aku dengan membazir masaaaaaaaaaaaaaa je! HAHA :D Aku pun dah tak ingat aku buat apa tapi aku rasa aku online je lah ~


Kebetulan, masa dalam final tue, seminggu broadband aku tak boleh guna sebab apa entah masalahnya -___- Bagus jugak sebab masa tu aku ada final paper Law. So dapatlah aku fokuskan kepada Law dan segala macam cases dan section


Tapi masalahnya masa test Law baru-baru ni, aku rasa aku ada buat salah sikit, especially bahagian Section-section ~ aku tak ingat sangat number section dia tapi yang pasti aku ingat case dan ingat dia punya section tu menceritakan pasal apa :) Ya Allah, lembutkan hati pensyarah-pensyarahku ketika tanda paperku, aminnnnnnnnn ~


Okay berbalik kepada cerita asal, which is pasal gap aku 8 hari (banyak sungguh melalut aku nie), kawan-kawan aku ada paper Development Admin (DA) pada 15hb. So sebelum tu, kawan-kawan aku ada gak mintak tolong ajar, tanya itu ini. Even though aku dah amik paper DA masa intersession, aku rasa macam aku pun exam DA sekali sebab aku kena ingat balik apa yang aku dah belajar dan terangkan balik kawan-kawan aku :) Gituuuuuuuuuuu ~


Aku ada gap 8 hari, which is 10hb pukul 12 tengahari sehingga 17hb untuk paper Local Govt pada 18hb. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii ~ betapa bijaknya aku ni sebab 15hb aku baru study untuk Local Govt HAHA :D Teruklah aku nie -___- Kiranya macam sama je dengan kawan-kawan aku yang amik DA. HAHA :D Tak ada beza pun! Huhu ~

Bersepah meja -__-

Nota Local Govt

Bayangkannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ~ aku buat nota LG nie dari 15hb sampai 16hb sebab 17hb aku dah start nak hafal-hafal dah. Weyh ingat hafal ni boleh ke dalam satu malam je? Mana boleh maaaaaaaa ~ amik masa jugak nak hafal-hafal nie. Nak-nak macam aku nie. Dah hafal satu perkara, aku pergi situ sana sini. Buat itu ini. Pendek kata tak boleh duduk diam untuk satu tempoh masa yang lama -__-


Ada sekali tue, kawan aku tanya "Mai, guane mu fokus eyh kalau wat kerja? Mu study pun fokus je, duk fikir doh ke benda lain. Orang jatuh ke, mu dok paling dohh" Haaa gituu ~ pekat oorr cakap Tranung HAHA :D Tak adalah fokus sangat sebab kadang-kadang aku khayal jugak ~ Inilah rahsianya! HAHA :D

The most valuable thing that I've ever had ; my MP4 :)
Wallpaper mp4 ; my classmate :)

Once aku dah pasang mp4 aku nie, memang aku dah tak dengar pape dah! Dah tenggelam dengan dunia aku sendiri. Orang panggil pun aku tak dengar! HAHA :D Salahkan earphone dia weyh! Earphone dia terbaik wooooooooooooo ~ tak kan punya dengar orang lain cakap once kau dah pasang sebab tu kawan-kawan aku bengang je kalau aku dah pasang mp4 nie HAHA :D


Tapi depends pada orang jugak. Ada yang boleh study sambil dengar muzik, ada yang tak boleh especially kalau subjek membaca. Aku pun mula-mula macam tu jugak tapi lama-lama macam dah biasa. Tak kisah lah subjek membaca or mengira, aku redah jeeeeeeee.


Lagu? Depends jugak kepada mood. Tapi jarang aku dengar lagu jiwang-jiwang sebab nanti mengantuk time study. Tapi aku tak boleh dengar lagu Oppa Gangnam Style sebab nanti mesti aku rasa nak menari jugak dan habissssssssssssssssssssssssss hilang fokus aku HAHA :D Tapi nasihat aku ; better dengar ayat-ayat suci Al-Quran. Tenang je rasa hati nie, study pun mudah masuk :) Trust me!

Dapat pembaris free :)
Masa aku tengah study, aku fed up betul bila pemadam dan pembaris aku tak ada HAHA :D Dah lah masa tu lagi brapa hari nak start exam! HAHA :D Yelah ~ bagi budak U benda ni tak berapa penting, tapi cuba fikir, kang kalau tak ada, korang boleh hidup dengan aman tak? HAHA :D


So masa aku guna card matrix aku sebagai ganti pembaris Y____Y, kawan aku FieFie Roshdi pun bagilah pembaris satu dekat aku sebab dia dah ada 3 pembaris dah HAHA :D Alhamdulillah ~ jimat duit aku nak beli pembaris baru :) Terima kasih Fieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ~ :D

Jam baruuuuu ~

Kebetulan lah kan, dalam seminggu nak exam, jam aku yang dah aku guna hampir 2 tahun buat hal -__- Dah lah aku sayang giler jam tu sebab aku beli dekat Penang masa aku pergi Persidangan Mahasiswa dekat Kedah ari tue. Lepas tu, jam tu buat hal, rosak ~ Sedih aku. Aku ni dah lah tak boleh hidup kalau tak ada jam -__-


Aku beli jam yang lain tapii jam tu pun tak berjasa pada aku. Last-last aku pergi Bandar Dungun dan beli jam yang atas gambar nie. Besttt woooooooooooooo guna jam ni sebab ada orang ingatkan ni jam Swatch HAHA :D Sorry bebeh ~ ni jam biasa-biasa je :p


Masa aku tengah study, aku pun pakai lah jam nie. Lepas tu, pakat semua duk bahan aku sebab "Woo Mai ada jam baru!" HAHA :D Sabar je lah -__-


Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi semasa gambar jam tu diambil dan aku masih di bilik study :)

FUNCTION 5 JARI TU APA SEBENARNYA?! :O


HAHA :D Masa ni aku tengah buat last revison pada pagi tue sebab pukul 2 aku ada exam Current Affairs tak silap aku lah ~ Lepas tu masa duk study-study dan revise for the last time tu kan, entah macamana enha, aku tertengoklah berus lappy yang roomate aku punya 


Aku pun lantas berfikir, apalaaaaaaaaaaaaaaaa function 5 jari tue? Nak korek celah-celah lappy jer? Nak bersihkan lappy ker? HAHA :D See? Masa aku duk study pun aku boleh terfikir benda yang mengarut-ngarut macam nie. Puas aku duk fikir tapi tak tahulah apa functionya -__- 


Korang tahu tak apa function die buat 5 jari tu dekat berus lappy tue? Kalau tahu, tolong bagitahu aku. Aku nak sangat tahu HAHA :D

HIGH FIVE! HAHA :D
Asal ada nama McDonald pulak nie?! -__-

Korang bayangkan lah ~ masa tu dah pukul 5.30 petang dan esok paginya aku ada test Law. Pergghhh ~ puaslah aku kasi faham Law dan semua tajuknya. Masa ni aku dah msj kawan aku dah, nak ajak dorang makan McD sebab aku memang laparrrrrrrrrrr giler! Biasalah ~ Kalau dah study lama-lama, perut pun mesti rasa lapar -__-


Tetiba entah macamana entah ada pulakkkk satu case dalam Business Law, nama plaintiff dia McDonald. Yeye ~ memang ejaannya lain tapiii sebutannya sama! Oh tidakkkkkkkkkkkkkk ~ memang lagilah aku lapar. Last-last aku tutup buku dan pergi makan jap! HAHA :D Lapar do'oh sangat dah weyh masa tue!

Bersepah meja! :O
Okaylah ~ untuk subjek Industrial Relations, aku dah amik masa intersession kan? So kawan-kawan aku yang baru nak amik sem nie, mintak tolonglah aku ajar dorang. Aku ingat lagi, Hanum, ex roomate aku masa part 1 datang dekat aku dan mintak aku ajar dia. 


So ada satu malam tue, memang aku free dan terus ajar dan terangkan dekat dia dari Chapter 1 sampai habisssssssss! Pergh memang penat tapi aku rasa puas lah sebab Hanum cakap dia faham apa yang aku terangkan dekat dia. Takpelah ~ Aku harap Hanum dan kawan-kawan aku yang lain lulus IR dengan cemerlangg, aminnnnnnn :)


Tapi walaupun tengah tension study, tengah risau dengan nak exam, tengah lapar sebab study punya pasal, tengah mengantuk, tengah pening tengok meja bersepah, tengah "sabar je lah" bila doragn duk usik jam baru, tengah lapar dan tengah musykil duk fikir apa function 5 jari dekat berus lappy tue, semuanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hilang bila dapat mesej nie ; 

Terima kasih :')

HAHAHAHAHAHAHAHAH :D


 

  • Share:

You Might Also Like

4 comments