Assalamualaikum
23hb Ogos pagi tue aku sebenarnya aku tak nak pergi pun reunion sekolah menengah aku. Okay sebelum tu aku akan kasi flow satu-satu dekat korang supaya korang faham betapa banyaknya sekolah yang aku pernah pergi
Darjah 1 - Darjah 5 : Sek Keb Port Dickson
Darjah 5 - Darjah 6 : Sek Keb Tengku Mahmud
Form 1 : Sek Men Keb Tengku Mahmud II
Form 2 - Form 4 : Sek Men Keb Tengku Mahmud
Form 4 - Form 5 : Sek Men Sains Kuala Terengganu (SESTER)
Nampak tak? :O Yang reunion aku cakapkan ni adalah reunion masa aku sekolah dekat SESTER. Dorang plan benda ni dah lama dahhhhhh ~ Masa bila eyh? Entah aku, tak ingat.
Punyalah semangat kan, siap suruh semua budak batch aku online pukul 9 malam hari Jumaat sebab nak bincang pasal reunion nie HAHA :D Yelah sebab masing-masing dah tercampak dekat serata dunia. Ada yang study Mesir, Egypt, Russia, India. Belum campur dengan yang tercampak dekat dalam Malaysia lagi :p HAHA :D
So tarikh 23hb tu, aku dah niat aku tak nak pergi sebab malassssssssssssssssssss biarpun aku dah bayar. Tapi terima kasih lah dekat Fyra yang pujuk aku. Minah tu dah cuak giler dah bila aku cakap tak nak pergi sedangkan dia dah ada dalam bas on the way ke KT HAHA :D Sebab dia cakap, kalau aku pergi, dia pergi. Kalau aku tak pergi, dia tak pergi. Gituu ~
Poster Lama :) |
Yang dekat atas ni poster lama sebab after poster ni dibuat, ada banyak lagi perubahan yang kitorang buat termasuklah dari segi bayaran. Aku pegang AJK Permainan. Actually tugasan tu lama dah aku dapat tapiiiiiiiiiii memandangkan aku busy giler dengan kerja-kerja dekat U, aku pun tak sempat nak fikir huhu ~
So parents aku hantar aku dekat Stesen bas MBKT dan terus aku jumpa Fyra. Hehe :) Hari tu dah jumpa dia dah masa aku balik KK, ni jumpa lagi HAHA :D Nikmat hidupppppppppppp! :D
Lepas tu rushing giler aku dengan Fyra beli hadiah utk cenderahati. Kitorang bajet bajet berapa RM5 sorang lepas tu ke hulur ke hilir duk beli hadiah itu dan ini. Kiranya masa tu duk MBKT tu macam taman permainan kitorang je HAHA :D
Lama jugak lah aku dengan Fyra duk membeli cenderahati tu sampaikan kesian dekat Sheeda, Naemah dengan Kiki yang duk tunggu kitorang. Oh yer ~ masa ni aku tumpang kereta Sheeda nak ke Chalet Anees. Chalet Aness ni kawan aku punya so macam senanglah kitorang nak buat reunion ni sebab tempat dah settle hehe :)
Sampai je dekat bilik, aku dengan Fyra rehat kejap sebab sumpah penat giler duk membeli hadiah dan kemudian makan time! Kebetulan si Izzy pun join sekali dengan kitorang sebab masa ni tak ramai yang sampai :)
Dalam pukul 5 lebih macam, Lan ajak jumpa kejap sebab nak bincang pasal BBQ dan game petang tue. Bayangkan lah weyhhhh ~ Nak main game petang tu, masa ni lah baru nak bincang. Malam ni nak BBQ, petang tu jugaklah baru nak cari hadiah. Memang last minute punya kerja lah masing-masing hehe :)
Tapi alhamdulillah ~ berjalan jugak game petang tue. Even though satu game je yagn kitorang main, tapi aku rasa macam best lah sebab masing-masing macam sporting dan supportive lah dan willing untuk main game nie :) Sumpah happy! :D
Kitorang plan nak main belon terbang. Ramai jugak lah ~ dalam berapa pasangan entah aku kira-kira dapat. Mula-mula macam segan lah sebab yelah weyh ~ dah 3 tahun tak jumpa tup tup nak main game! Mestilah awkward giler! HAHA :D Dah berubah tau sorang-sorang kawan aku :p HAHA :D
Lan tengah tunjuk demo macamana nak main game |
Posing dulu before main game :) |
Cheeeseeeeeeeeeeeeee! :D |
The boyss :) |
The gurls <3 :=":" td="td">3> |
And the game start! :D |
Seronok! :D |
Antara yang kalah awal Hehe :p |
Keseronokkan terpancar HAHA :D |
Lepas dah habis main game belon tue, masing-masing pulak main baling-baling baki belon yang berisi air tue. Duk kejar lepas tu baling. HAHA :D Ya Allah masa ni rasa happy sangat-sangat sebab aku sendiri dah lama tak jumpa kawan-kawan aku yang satu ketika dulu dengar dan kasi semangat dekat aku ketika aku jatuh, ketika aku sunyi. Merekalah tempat-tempat aku mengadu. Its good to see them after 3 years :)
Kitorang borak-borak, gelak-gelak ketawa dan bertukar-tukar cerita. Mostly cerita pasal study masing-masing. Mostly kawan-kawan aku study pasal yang berkaitan dengan apa yan kitorang belajar masa dekat SESTER dulu. Ada bakal dentist, engineer, doktor, pharmacist. Kalau ada yang jadi cikgu pun, jadi cikgu english, sejarah, maths, science. Aku? Dah dah ~ next paragraph pleaseeeeeeeeeeeeeeeee
Perang belonnnn! |
Kami :) |
From left ; Dayah, Izzy, Pkah and Fyra :) |
Bab-bab bergambar, diorang lah nombor 1 :) |
HAHA :D Maafkan saya :p |
Ambuiii ~ rancaknya bercerita :p |
Them :) |
Dalam pukul 6.30 lebih tu, masing-masing dah masuk bilik dah sebab nak siap-siap untuk berBBQ pulak :) Satu bilik kiranya dalam 5 oranglah tapi hmm ~ bila dah jumpa balik after 3 years, jangan haraplah nak satu bilik 5 orang! HAHA :D Bilik aku paling ramai, atas katil 5 orang, bawah 2 orang. So kiranya 7 orang :) HAHA :D
Kecoh kecoh! :D |
Masa ni kan, after gambar di atas di ambil, Lan pergi bawah dekat dengan ombak kan. Lepas tu dia amik air laut tu dan balingggggg dekat semua orang. HAHA :D Khianat betul lah ~ Maka, bertempiaran lah masing-masing duk lari untuk selamatkan diri dari terkena air laut tue :)
Ni dia, Kucar Bulana. Addlah FB dia HAHA :D |
"Kami balik bilik dulu!" |
After Isyak berkumpul dekat dewan tu kejap dan disebabkan BBQ macam lambat sikit, so kitorang decide main game dulu HAHA :D Main apa yer? Aku pun dah tak ingat tapi macam siapa dapat kotak, dia akan pilih orang yang berlainan jantina dengan dia untuk orang tanya soalan dekat dia yang berkaitan dengan SESTER sahaja! HAHA :D
Before the game begin! :D |
Tu diaaaaaaaaaaaaaa ~ :D |
Masa ni memang best lah main game ni sebab ada jugak rahsia SESTER yang terbocor. HAHA :D Sebenarnya dulu masa aku dekat SESTER kitorang macam berahsia je memasing. Gituu ~ so bila ada peluang sebegini, memang banyaklah aku nak tanya! haha :D
Tapiiiiiiiiiiii aku tak kena pun. Alaaa lagipun aku yang sibuk handle game tue, manalah aku nak kena kan? HAHA :D Overall best sangat-sangat sebab masa ni barulah macam ramai baru datang sebab petang tu tak berapa ramai sangat. Dan akhirnyaaaaaaaaaa dapat jugak aku jumpa mentee aku, Anuar! After SPM terusssss senyap tak tahu cerita! HAHA :D Tapii tak dan nak borak panjang dengan dia sebab masa mencemburui HAHA :D Ayat tak boleh blahh -___-
Semasa game berlangsung :) |
Mereka :) |
After dah sudah main game, penyampaian hadiah pun berlangsung :) Alaaaa bagi hadiah dekat siapa yang menang main game belon petang tue je dengan cabutan bertuah. Bertuah lah Syahir Md Azam malam tu sebab dapat dua hadiah. Simpan elok elok weyh! Kenangan tue :)
Azlan bersama pemenang tempat ketiga ; Burn dan Syahir :) |
Pemenang tempat kedua ; Ecah dan Along :) |
Dan ini dia JUARA game kita! Nainiman dan Capexx tapi aku dengar dorang main tipu HAHA :D Lantok lah ~ Asal semua happy :) |
After BBQ masing-masing duk bercerita. Ada yang bersila dah dekat bawah, ada yang duduk atas kerusi, ada yang duduk dekat pangkin. Masing-masing ada port. Ada gelak ketawa je memasing-masing. Fendi bagus skali malam tue, habis semua orang dia tanya "Study mana?" "Sihat dokk" Gituuu ~ KP kita kangggggggg :D
Aku pulak dengan Fyra lepak-lepak dengan Syahir, ketua kelas aku masa aku Form 4 dan Form 5 :) Heheheheheh masa ni lah Syahir bukak cerita pasal yang lepas-lepas yang aku sendiri tak tahu. Banyak jugak Syahir cerita dekat aku dengan Fyra masa tue. Best lah jugak sambil teringat kenangan zaman sekolah dulu-dulu. Haihh ~ memories :')
Dalam pukul 12 tu (yang aku rasa macam masih awal untuk tidur sebab dah biasa tidur lewat) aku dengan Fyra pun masuk tidur. Masuk-masuk je dalam bilik, aku tengok semua orangggggggggggg dalam bilik dah terbongkang duk tidur dah HAHA :D Aku dengan Fyra dah macam blur dah nak tidur dekat mana sebab atas katil dah ada 3 orang, bawah dah ada 2 orang lagi.
Last-last sekali kitorang pun bersempit-sempitlah tidur 5 orang atas dua katil bujang yang telah dirapatkan HAHA :D Macam seronok sangat dapat ulang balik apa yang pernah kitorang buat masa dekat SESTER dulu. After 3 years, baru boleh buat sekali lagi :')
Awal pagi esoknya :) Me, Fyra and Anis :) |
Pagi esoknya, bangun dan masing-masing dah siap packing sebab nak balik :) Kejap je reunion kitorang ni sebab masing-masing pun ada kerja, kebetulan masa tu lepas raya dan aku pulak dah nak masuk UiTM dah. So memang kena balik awal lah ~
After breakfast, kitorang lepak-lepak dan say byebye dekat kawan-kawan. Tapi dorang ada plan lain sebab nak beraya rumah kawan-kawan yang terdekat dan beraya dekat rumah Ustaz Z :) So kitorang pun pergilah, pergi dua buah kereta :)
Ustaz Z memang tak sangka kot kitorang nak serang rumah dia. HAHA :D Mau dekat 3 buah kereta kot datang rumah dia masa tue. Masa kitorang baru sampai, kereta yang lain pun baru je sampai. So macam sekaligus lah kitorang serang rumah Ustaz Z :)
:) |
The boys :) |
From left ; Tikah, Pipoh, Nadiah, Amirah and Intan :) |
Menjamu selera :D |
Sebelum balik, amik gambarduluuuuuu :) |
Masa jumpa Ustaz Z, Ustaz Z tanyalah sorang-sorang dah study mana sekarang nie, amik kos apa. Semua orang Ustaz Z tanya :) Lepas tu Ustaz Z cakaplah dah berubah dah masing-masing lepas 3 tahun tinggalkan SESTER :)
Tinggi giler Burn lompat -__- |
After dah sudah beraya rumah Ustaz Z, diorang nak pergi rumah Husna tak silap aku tapi Fyra, Mina dan Anis nak balik dah sebab tiket bas dorang dalam beberapa jam je lagi. So aku pun follow lah diorang sebab kalau tak aku fikir tak ada siapa nak hantar aku pergi stesen bas
So masa ni, aku tukar tumpang naik kereta Capex sebab masa on the way pergi rumah Ustaz Z, aku naik kereta Asrul. Lepas tu hug hug dengan semua budak perempuan dan Capex pun hantar kami di MBKT
Dah sampai dekat MBKT, aku, Fyra, Anis dengan Mina bukannya balik terus pun! Kitorang pergi KFC dan makan sebab masa tu rasa macam lapar giler! HAHA :D Lepas tu dalam pkul 3, Mina dan Anis balik dan Fyra pun balik jugak :)
As for me, my parents amik dan kitorang pergi mana entah -__- Dah tak ingat dah HAHA :D
Guys, this reunion is the one of the best reunion that I've ever had :) Rasa macam happy giler dapat jumpa korang balik :) Lepas ni, after 5 years ke, kita buat reunion lagi nak? HAHA :D Tapi kali ni kita buat yang lebih best lah, buat dekat hotel ker, buat 3 hari dua malam ker, buat dinner yang lebih grand dan game yang lagi best ker kan? HAHA :D
Sayang korang <3 :=":" p="p">3>
US :) |
0 comments