Assalamualaikum
Fuhhhhhhh ~ lama tak berupdate! Bukan apa! Sejak seminggu yang lepas, broadband aku macam buat hal dan tak boleh nak connect. So aku pun menyepikan diri lah kejap dari dunia cyber nie hehe :p
Okay ~ Sekarang ni aku tengah menghadapi final exam for last semester kan? So setakat ini aku dah lepas 3 paper dan akan jawab paper lastttt which is Local Government pada 18hb ni dan Insyallah ~ 20hb ni aku akan balik ke Kuala Terengganu
and guess what?
BYE BYE UITM DUNGUN! Tamat sudah kita couple selamat hampir 2 tahun lebih. Isk isk isk ~ sedihnyaaa! Sekarang ni pun aku rasa sedih tau! Dah lah duduk dalam bilik sorang-sorang nie, dengar lagu sedih, lagiiiiiiiiiiiiiiiiii lah rasa sayu giler nak tinggalkan UiTM Dungun nie
Okay okay ~ simpan cerita sedih sedih dulu
Masa 1st paper aku jawab hari tu, paper Financial Admin, pagi tu aku bangun pukul 6.30 pagi. Aku mimtak tolong ayah dan mama kejutkan aku sebab aku ni mudah terjaga kalau HP berbunyi tapi kalau alarm berbunyi, tak nak bangun pulak! HAHA :D
Masa tu, aku rasa sangat-sangat nervous dengan paper FA. Seriously, debaran untuk final exam final semester ni sangat-sangatlah luar biasa! Rasa macam ya allahh ~ tak dapat nak gambarkan melalui kata-kata sebab entah lah ~ lain macam sangat debaran dia! Dan bukan aku sahaja okay? Kawan-kawan aku yang lain pun sama -___-
Pagi tu, aku dah rasa dah perut aku macam masuk angin. Pelik gak aku, nak kata tak makan, rasa macam dah banyak dah aku makan malam sebelum tue. Okaylah ~ masa aku buat revise sekali imbas sebelum pergi dewan peperiksaan, aku minum Nesvita, alas perut
Masa aku jawab tue, perghhhhhhhhhhh ~ aku tak boleh langsung nak duduk tegak sebab kalau aku duduk tegak, aku rasa macam perut aku cramp! Aku dapat rasa perut aku penuh dengan angin je masa tue. Habis jawab paper FA, aku terus balik bilik dan hamik kauuuuuuuuuu ~ berguling-guling aku atas katil!
Sepanjang aku hidup, tak pernah pulak aku rasa sakit perut macam nie. Petang tu, Lily tolong gosok-gosokkan perut aku, memang betul masa tu perut aku penuh dengan angin je. Lepas tu aku letak sebotol air panas dekat perut aku, nak kasi lega sikit. Hmm tak menjadi jugak. Kebetulan petang tu ada fogging dekat kolej. Ya Allah terbongkok-bongkok aku jalan pergi ke cafe :/
Nasib baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk aku exam FA tu pagi. Kalaulah nak dijadikan cerita, aku exam FA petang, macam mana lah aku nak jawab paper dengan keadaan perut aku yang sakit tue? Ya Allah nasib baik sangatsangat. Hmm ~
Dan kesakitan perut aku berlangsung selama 3 hari. Hmm ~ tak tahulah apa puncanya. Huhu
Lepas tu, sekarang ni pulakkkkkkkkkkkkkkkkkk satu level aku tengah duk giler dengan cerita Adam Hawa. Alahai yang dekat Mustika HD tu! HAHA :D Mula-mula aku tak nak layan tau tapi disebabkan roomate aku layan, aku pun alih-alih terlayan jugak! Sengal lah ~
Kalau ada episod baru keluar, satu level akan "weyh aku ada latest episod weyh!" lepas tu dalam sekelip mata je, satu level akan duk layan cerita Adam Hawa walaupunnnnnnnnnnnnnnn lusa atau esok ada paper! HAHA :D Hebat tak penangan Adam Hawa?
Nak dijadikan cerita, jiran aku ada pulak novel Adam Hawa. Boleh pulakkkkkkkkkkkkkk aku pinjam dan baca novel tu sekali lagi. HAHA :D Weyh what do you expect?! Tengah final exam weyh! Boleh pulak dah aku duk layan novel. Gilosssssss -___-
Okay gotta go! Nak kena betulkan biological clock aku sebab sejak study week hari tue, selalu aku tidur after Subuh dan bangun after Zohor -________- Dah teruk dah aku nie :/
5 comments