Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu - Part 1

By Mysara Newrie - Saturday, August 25, 2018

Assalamualaikum wbt

So yeah -- Selepas packing di SINI, esok paginya pada jam 3.30 pagi aku dah siap-siap untuk ke airport!

Where are we going? To Kota Kinabalu! :D

Hello KK!

Actually, dulu masa tahun 2008, my parents dah kena pindah KK sebab ayah aku dapat posting kerja sana. Tapi masa tu aku baru je masuk SESTER dan adik aku di Sains Dungun, so kitorang berdua tak follow pun. Hanya my parents je yang pindah stay sana 

Tapi kalau time cuti sekolah atau cuti semester, memang aku dan adik aku either balik kampung kitorang di Kuala Terengganu atau fly ke Sabah. Tengok pada keadaan jugak sebab cuti limited. Perjalanan dari KT-KL-KK memang amik masa dua hari dan bila kau dah sampai ke rumah, memang penat dia lain macam weh 

Kecuali masa lepas SPM, aku stay dekat KK dekat beberapa bulan jugak lah before aku masuk UITM Dungun. Even semua urusan documents aku pun semua buat di Kota Kinablu je hahahaha

2013 -- we moved to KL until today, Alhamdulillah. However, adik aku dapat posting kerja dekat KK jugakk tak lama lepas tu! Hahahhaha so adik aku pindah duduk sana while my parents and I stayed at KL. 

Baru-baru ni we all macam "okay jom p KK!" It was so last minute sebab kebetulan je semuanya ini terjadi hahhaha Lepas dah beli tiket, packing and here we go! 

Oh yeah - aku akan buat beberapa series of bercuti di sini di mana aku akan share beberapa tips, tempat-tempat menarik, tempat makan best di sekitar Sabah especially Kota Kinablu, so memang akan panjang sikit lah entrynya kan hihihihi atau nak aku buat entry yang berasingan? Hmmmm

Tahu takkkkkkkkkkkk bila landed je dekat KKIA, aku rasa happy sampai nak nangis. Hahaha emosi betul. 

Sampai sudahhh bah
Landed je di Kota Kinabalu, adik aku amik dan kitorang p makan dekat one of tempat yang selaluuuuuuuuuuuu aku dengan mak ayah aku lepak malam-malam untuk pekena teh tarik dan roti canai, tempat yang jadi buruan ayah dan kawan-kawannya yang datang dari Semenanjung untuk makan tengahari iaitu ;

Krishna Fish Head Restaurant!
Krishna Fish Head Restaurant ni memang hidangkan kari kepala ikan yang kaw kaw punyaaaaaa. Dekat sini, memang famous dalam kalangan ayah dan kawan-kawannya untuk makan dan lepak sampaikan tokey kedai pun dah kenal kitorang. Even masa kitorang datang haritu pun, tokeynya masih ingat lagi dekat ayah hahahha

Jemput! Oh ya- daun pisang tak sampai lagi so kena guna pinggan katanya hahaha

Lepas makan, check in! Kitorang stay di Marina Court Apartment where located betul-betul dekat tengah bandar Kota Kinabalu :)

To those who travel in a big group (aku pernah stay dengan 3 families dan masih selesa), nak stay di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu ; Marina Court is recommended! 

Marina Court ; gambar Google
Dah check in dan refreshkan badan, kitorang pergi ke Pasar Filipina. Actually ada dua jenis :

  • satu pasar kraftangan dia dimana orang perempuan takkan pulang dengan tangan kosong dan
  • satu lagi tempat diorang jual hasil produk laut

Kitorang pergi dekat yang jual hasil produk laut sebab nak beli ikan bilis, udang kering, ikan masin dan sebagainya sebab family members kitorang kirim. Beli siap-siap, packing dan kirimkan pada kawan ayah aku yang kebetulan nak balik KL pada esok harinya

Pergi di sini bah 
Pasar ikan bilis
Antara produk laut yang dijual. Tapi aku suka ikan bilis dia buat tumis sebab besar-besar weh Y.Y

Oh hi! Amik gambar saya yeeeeeee
Okay okay, acah acah serius beli sebab nak amik gambar kah kah 

Model ikan bilis terbaru kah kah kah
Korang boleh beli banyak sebanyak mana yang boleh! No worries! Sebab nanti pekerja dekat situ akan tolong packingkan semua barang jualan untuk korang. Packing diorang memang tip top dan lepas untuk dibawa masuk handcarry atau luggage. 

Kakak ni tolong packingkan untuk kitorang
Senja di KK
Pasar besar Kota Kinablu. Datang lah sini jam 4 5 pagi, korang akan dapat hasil laut yang sangat segar dan murah!

Balik hotel, rest dan out for dinner!

Malam tu, parents aku ada kerja kejap so aku dengan adik aku je keluar untuk dinner. Adik aku bawak aku pergi makan dekat Upperstar yang betul-betul dekat sebelah Hyatt Regency Hotel. Western dia terbaik!

Candid
Okay done Part 1!

After reconsidering the length of my entry, I will make a separate entry untuk aku listkan tempat-tempat menarik, tempat makan yang sesuai, apa yang di nak dibuat dan tips and trick kalau korang bercuti di Kota Kinablu :) Nantikan ye!

p/s : Fuh ~ baru settle Part 1. Tak tahulah ada berapa part ni weh hahahah


Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / maiserum
Twitter : @mysaranewrie

  • Share:

You Might Also Like

0 comments