Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu - Part 3
By Mysara Newrie - Tuesday, August 28, 2018
Assalamualaikum wbt
Wow masih gigih ye aku untuk teruskan entry pasal percutian kali ni hahhaha
Lets moving on!
Untuk hari-hari yang seterusnya, aku dengan mama tak banyak sangat jalan-jalan. Kitorang banyak lepak dan cuci mata di Imago Shopping Mall, mall baru bukak di KK. Best sebab banyak kedai. Kitorang ada jugak pergi Suria Sabah tapi to be honest, apa yang aku tengok adalah sama macam 7 tahun lepas -.- So yeah --
Oh yeah, then adik dan ayah aku amik aku dan mama di mall dan kemudian kami ke Putatan untuk makan tengahari!
Dekat kedai yang aku makan ni, memang dari duluuuuuuuuu lagi aku and family aku akan datang untuk having lunch. Sebab kedai dia ada macam-macam lauk dan rasanya sedap jugak. Harga? Not sure
Sotong bakar |
Lauk tengahari |
Oh ya, dont worry sebab selain dari lauk campur macam ni, masakan panas pun ada. Order je settle. Selalunya dekat Putatan ni banyak kedai-kedai makan, dah banyak kedai compare dengan 7 tahun yang lepas so korang boleh lah datang dekat sini in case nak cari kedai makan ke, nak beli barang je sebab ianya ibarat macam one stop centre gituhh
Inilah kedainyaaa, |
Even dulu pun aku dengan mak aku selalu datang sini sebab macam-macam ada hihihi
Then petang tu, kitorang saje lepak dekat Jesselton. Dekat sini, if you guys nak p pulau-pulau, dekat sinilah tempatnya sebab sini ibarat main jettynya. Jesselton dekat je dengan bandar so dont worry. Datang awal pagi tau sebab masa tu memang ramai orang jugak.
Mostly orang akan datang awal pagi untuk ke pulau. Ada yang nak balik hari sahaja atau ada yang nak stay di pulau tersebut.
Pulau apa? Pakej apa? Dont worry sebab semuaaaaaaaaaaa ada. Dekat Jesselton ni, ada kaunter-kaunter dan pakej yang telah ditetapkan so korang pilih je lah yang mana korang nak okay? Harga? Sorry aku tak tahu sebab haritu tak sempat nak explore sebab dah lewat petang, so kaunter macam dah nak tutup je.
So apa yang aku buat? Kita amik gambar lah !
The jetty |
Subhanallah, cantiknyaaaa. |
Boats |
Masa ni macam badmood sikit sebab baru lepas bangun tidur dalam kereta hahahhaha |
Tapi lepas tu macam happy teruks sebab dapat ice green tea yang sedap sebab tak manis sangat! |
Dah lain dah Jesselton Point ni. Kitorang aim satu kedai nasi padang dekat sini tapi tengok-tengok, eh dah tak ada dah! Sebab dah tutup kot rasanya. Lepas tu dah banyak dah kedai dekat tepi ni, yang dalam gambar atas ni. Dulu tak ada pun and kawasan dia sangat luas. Sekarnag macam dah kecik dah jalannyaaa.
Then kitorang pergi dinner! Dekat salah satu kedai yang memang aku aim sejak dari KL lagi hahahhha
Kedai ni. Kau waze je nama kedai kopi Wah Juan tu |
Okay let me explain. Kedai ni memang asalnya kedai kopi Wah Juan tapi untuk malam, tokey kedai ni bagi sewa dekat orang lain untuk bukak kedai ikan bakar. Which is diorang memang masak dekat luar je ikan bakar tu semua.
So ngerti kamu?
Korang boleh pilih macam-macam jenis sayur yang korang nak dan dia akan masak. Kadang-kadang dia sendiri akan suggest masakan apa yang sedap dengan apa yang korang pilih. So terpulang pada korang :)
Sayur yang ada |
Ikan masa tu ada dua jenis je so pilih je lah :) |
AND THIS WAS SO GOOD! |
Sumpah aku cakap, harga seafood dekat KK memang murah. Tapi harga ayam daging dan buah-buahan dia agak pricey lah dari Semenanjung kan? So make sure datang KK, makan seafood okay!
Okay done Part 3! Part seterusnya bakal menyusul! Weh aku pergi KK hari tu lama bah, so macam-macam lah benda aku nak tulis dan share dekat korang :)
p/s : next part aku guaranteeeeeeeeeeee akan best! Stay tuned guys!
0 comments