ATV Ride at ATV Adventure Park Kuala Lumpur!
By Mysara Newrie - Saturday, August 04, 2018
Assalamualaikum wbt
OMG. Ive done something that I never everrrrrrrrrrrrrrrrr think I would do in my life but I did it last Sunday! OMG weh. Macam self achievement sangat HAHAHAHA
Aku buat apa?
Ya ya ya -- mesti akan ada orang macam "Eleh main ATV je pun" Tapi bagi aku "Hello, excuse me gurllllllll ~ suka hati mak nenek sayalah" Hahahhaha
Ceritanyaaa, Ive been started to contact and seeing my old friends during masa sekolah menengah dulu. Start dengan jumpa di wedding kawan-kawan dan terbawa ke plan berbuka puasa dan macam macam "Eh eh we got chemistry meh?" So macam one day, out of sudden, tetiba my friend, Mat Nor did whatsapp me
"Mai jom ATV!"
Actually before plan ATV ni dah banyak dah dia ajak aku macam-macam. Ajak p konsert Boyzone lah, aku pulak ajak dia p tengok konsert Hujan lah (WEH PLEASE SAPE NAK PERGI KONSERT HUJAN NOVEMBER NI PLEASE INFO AKU! AKU NAK PERGI JUGAK) tapi macam tak jadi sebab dua-dua tak minat band yang buat konsert tu hahahhaha
So lepas dah bincang baekk punya, plan itu ini, so hari Ahad yang lepas, kitorang pun pergi ke ATV Adventure Park di Kemensah. Haa dekat mana tue? Betul-betul belakang Zoo Negara. Aku macam amazed kejap sebab weh weh macam-macam rupanya ada dekat belakang Zoo Negara tue! Hahahaha asal aku tak tahu eh?
Okay ramai yang DM aku tanya macam-macam so aku akan listkan dekat bawah ni ye :) Kiranya aku nak ceritakan dekat korang pengalaman dan tips untuk pergi main ATV di ATV Adventure Park di Kemensah ni lah hihihihihi
Pintu masuk dia |
Dekat mana?
ATV Adventure Park, around 5 km dari pintu Zoo Negara tue
Berapa RM?
Dia ada banyak pakej. Pakej B sampai Pakej E dan harganya pun lain-lain. Untuk first time yang bawak ATV ni, recommended sangat amik pakej B. Harganya adalah antara RM 100 - RM 300. So macam kitorang, kitorang amik pakej B which is RM 100 seorang
Apa yang di includekan?
Untuk pakej B, korang akan dapat consultation dan guide dari abang tue, dengan air mineral satu yang akan dia akan bagi nanti. Untuk pakej lain, aku tak tahu :)
Berapa ramai boleh pergi?
Suka hati korang nak datang berapa ramai. Macam aku, kitorang ada 11 orang.
Bukak jam berapa?
Dari awal pagi, around 9 pagi sampai last trip jam 5 petang tak silap aku. Weekend memang ramai so dinasihatkan untuk call mereka dan book awal okay?
Kitorang sampai dekat ATV tu around 9 pagi. Tunggu kawan-kawan yang lain sampai dan jam 10.40 pagi kitorang baru boleh naik ATV. Abang-abang dekat situ memang sangat bagus dan helpful. Serius, aku sangat tabik dengan diorang sebab rajin dan senang nak deal kalau ada apa-apa
Kitorangggg! |
Kawasan dia, luas! |
Kawasan lapang dan berangin. Boleh makan dulu atau rehat selepas main ATV |
Sementara menunggu yang lain, kita makan dulu! |
Mula-mula kitorang di briefkan oleh mereka dulu tentang cara nak guna ATV. Dari segi macam mana nak hidupkan enjin, nak jalan, nak reverse, nak hon, nak naik bukit dan turun bukit macam mana dan jawab semua soalan kitorang. Tapi masa dia brief kan tu, aku rasa macam aku nervous sangat sampai apa yang dia cakap, aku macam tak dengar langsung hahahhahaha
Before main ATV, kena sign agreement dulu |
Perangai acah-acah fokus dari zaman study sampai sekarnag masih aku maintainkannnnn ~ padahal aku cuak giler masa ni hahahha |
Tapi basically, senang cakap bawak ATV ni sama macam bawak motor jugak. So if dah biasa bawak motor, dont worry :)
Kemudian baru diorang bagi ATV. Weh weh weh masa diorang bagi ATV untuk naik tu, aku macam "aduhaii takutnyaaa" Aku macam sumpahhhh nervous giler sampai kawan-kawan aku dan abang tu tegur "jangan takut sangat!" hahhaha Sebab aku tak pernah bawak motor so sebab tu lah macam takut, dah lah nak masuk hutan wehhh
Tunggu turn nak practise naik bukit |
Masa ni dah sudah training. Abang tu duk isi minyak dekat ATV aku. Make sure ATV korang berada dalam keadaan yang baik tau before masuk hutan |
Kitorang diberi masa around 20 minit nak training dulu dekat tempat dia. Pusing-pusing naik bukit etc dan lepas tu, barulahhhhhhhhhhhh kitorang dibawa ke jalan keluar untuk masuk hutan! Wehoo! Okay masa ni aku memang dah tak rasa nervous langsung sebab dah macam expert lah kekonon kan bawak hahahhahahaha Best weh rupanyaaaaaaaaaa! Belum masuk hutan lagi ni hihihihih
Tapi sangkaan aku meleset -.-
Kau tahu, mula-mula nak masuk hutan tu, dah kena daki bukit yang ya Allah -- curamnyaa, tingginyaaaaaaaaaaa! Aku ingatkan mendaki bukit tu tak adalah tinggi sangat tapi sebenarnya, weh weh tinggi weh. Tak tipuu T.T
Orang depan aku pulak try bawak tapi asyik reverse ke belakang. Aku dah cuak dah masa tue hahahhaha Setiap kali aku tekan minyak nak jalan, setiap kali tu lah aku duk baca "Bismillah, bismillah, bismillah" sebab takut punya pasal kan! Hahahhaha Sampaikan abang yang jaga kitorang pun cakap dengan aku "Senyum lah sikit" HAHAHHAHAHA
Ye saya senyumlah ni hahahha |
Tapi alhamdulillah, Ive made it! Tips dia bila kau daki bukit, tekan je lah minyak. Kena pandai main-main dengan minyak tue. If dah tekan tapi tak naik-naik, kau tekan lagi minyak tue. Dah settle :p
Kitorang jalan sikit, berhenti sebab abang tu akan tunggu everyone dah lepas baru dia akan jalan. Disebabkan kitorang ada 11 orang, so ada dua orang abang yang akan guide dan jaga kitorang. Bear in your mind tau, kitorang bukan lalu dekat laluan yang jalan mendatar je sebab laluan kitorang tu memang betul-betul penuh halangan jugak hahha
Dalam hutan dah |
Selepas sessi naik bukit, fuhh lega! |
Masa tengah tunggu turn untuk semua orang sampai dulu |
Sebab apa? Sebab ada tempat kena tundukkan kepala sebab ada batang buluh dekat atas kepala, ada yang penuh dengan lopak air berlumpur, ada yang jalan berlubang yang senget sebelah macam orang bawak motor GP tu -- hahahha so pendek ceritanya, memang akan banyak halangan lah
Kalau nak tahu macam mana jalan dalam hutan dengan ATV ni macam mana, korang boleh rujuk dekat video di bawah nie. Credit kepada owner dia ye? Aku tak rekod video pun masa kitorang naik ATV, amik gambar je banyak hahahhahaha
Then dekat pusingan UTurn, kitorang berhenti rehat dekat 20 minit sebab diberi peluang untuk pergi lepak dan chill dekat mini air terjun!
Air dia sejuk sangat. If nak mandi pun boleh tapi kitorang tak mandi pun. Kitorang cuma main air dekat kaki, makan dan amik gambar. Oh ya, masa ni pun abang-abang tu akan provide kan satu air mineral untuk masing-masing :)
Turun bukit sikit untuk pergi ke air terjun |
Mini air terjun ; pitstop untuk berhenti rehat kejap |
Then lepas dah settle semua, kitorang balik dengan laluan yang sama. Disebabkan dah pernah lalu dekat jalan yang sama, so masing-masing macam confident lah sikit bawak ATV kali ni. Tapi masa time turun bukit, memang kena main dengan brek tangan dan kaki sebab tak nak bagi berlanggar dengan ATV di depan kita. Sakit weh tangan main brek tangan sebab aku tekan brek betul-betul
Overall dalam 3 jam jugak kitorang duduk dalam hutan main ATV nie. Masuk 10.40 pagi, keluar dalam tengahari jam 12 macam tue, hehehehe okay sangat! Berbaloi jugak rasanya untuk first time nie :)
Overall dalam 3 jam jugak kitorang duduk dalam hutan main ATV nie. Masuk 10.40 pagi, keluar dalam tengahari jam 12 macam tue, hehehehe okay sangat! Berbaloi jugak rasanya untuk first time nie :)
Eceh, muka dah terror lah ni naik ATV hahhaa |
Masa dah puas bermain dengan air terjun hihihi |
Then sampai dekat tempat HQ diorang, amik-amik gambar dan rehat. Dan pulang! Alhamdulillah happy weh dapat main ATV! Sebab tak pernah aku terfikir aku akan main dan yeahh, finally dah tercapai punnn :)
ATV yang menanti untuk dibasuh hahahha |
Kepada yang nak main ATV, aku recommended sangat untuk korang main ATV dekat ATV Adventure Park ni sebab
- Dekat dengan KL ; pergi awal pagi, by tengahari jam 12 dah settle.
- Abang-abang ATV yang sumpah membantu dan senang nak deal. Layanan 6 stars lah aku bagi. Mereke semua dah berpengalaman sebab dah 13 tahun dah ATV sini di bukak, wow!
- Tempat selesa, ATV pun elok dan bersih
- Kemudahan yang tip top yang diorang sediakan macam tandas, tempat nak berehat dan makan
- Harga ; bagi aku macam dah okay lah RM 100 untuk first timer sebab RM 100 tu dah termasuk dengan everythinggg (consultation, trainer, air minuman, ATV) so macam okay la. Yang penting, experience tu! Tu yang mahal tu! hihihihihi
- Safety pun bagus sebab diorang bekalkan semua orang dengan helmet
Yang ni pulak personal tips kalau korang nak main ATV dekat ATV Adventure Park dekat sini
- Pakai sports attire pleaseeee, pakai baju yang selesa
- Bawak beg galas pun nice, boleh bawak HP, air mineral or makanan sebab boleh bawak masa main ATV nanti. Bawak beg yang waterproof lagi bagus!
- Bawak Gopro kalau ada yang ada sebab boleh rekod masa main ATV untuk kenangan nanti
- Girls, sila simpan barang kemas anda sebab takut tercicir dalam hutan
- Makan sikit buat alas perut before main ATV. Macam aku dan kawan-kawan, kitorang beli nasi lemak bungkus dan makan dekat situ sebab ada meja dan kerusi yang selesa.
- Book dulu atleast a week before nak main sebab nak securekan korang punya game that week
- Walau apa pun yang terjadi, tekan je minyak masa mendaki bukit. If nak turun, kau kena main lepaskan brek slow slow. Ni tips yang sangat penting, sebab bila dah mahir benda ni, barulah kau rasa enjoy main ATV ! :D
- Kepada penggemar kucing, boleh bawak makanan kucing sikit sebab dekat situ banyak gileeeeeeeeeeeeee weh kucing dan semuanya manja dan comel! Hahahhahaha
Kalau nak info lebih lanjut pasal ATV Adventure Park ni, boleh rujuk dekat diorang punya website dekat SINI okay?
Tapi macam biasa, aku akan tidur je dalam kerete HAHAHHA
Sampai je dekat Bukit Tinggi, aku macam weh mamai hahhahhahaha Then kitorang jalan kaki masuk dalam tue. Actually ni first time jugak aku p Bukit Tinggi. Selalu tengok orang lain je yang pergi hahahhaha
Kitorang jalan-jalan dalam tue. Kalau orang lain sibuk duk amik gambar dan tengok apa yang ada, aku pulak masa ni duk sibuk cari makanan sebab aku lapar Y.Y Sebab masa lunch before that, aku tak makan banyak sangat. So bila dah tidur dan bangun, memang cari makanan lah tapi yeahh - tak ada makanan yang menarik perhatian aku
Ah kacau lah Zamreyyyyyyyyyyyyyy -.- |
HAHAHAH yesss! Bersungguh betul si Tihah snap gambar ahahhahaha |
Kitorang jalan-jalan dalam tue. Kalau orang lain sibuk duk amik gambar dan tengok apa yang ada, aku pulak masa ni duk sibuk cari makanan sebab aku lapar Y.Y Sebab masa lunch before that, aku tak makan banyak sangat. So bila dah tidur dan bangun, memang cari makanan lah tapi yeahh - tak ada makanan yang menarik perhatian aku
Cantik kann! |
Tak sekarang ni apa masalahnya budak dua orang tu suka masuk dalam frame gambar aku! HAHAHHA |
Dekat menara tertinggi di Bukit Tinggi |
Kebetulan ada Minnie Mouse dekat situ so amik gambar ! Hahahha |
So lepas dah puas pusing dalam tue, Zamrey ajak naik atas pulak sebab nak p Japanese Village. Weh weh masa ni aku rasa nak nangis hahhahaha Cause I didnt expect yang kena mendaki tangga dan bukit yang tinggi. Weh penat nak naik hahhahahhahaha Tapi worth it betul!
Cantik kann?! |
Heh, nampak je muka aku senyum tapi sebenarnya aku dah lelah macam apa naik tangga hahhahahahha |
Dengan Mat Nor. Dulu dia ni Ketua Kelas, aku Penolong Kelas HAHHAHAHA Dah lah meja sebelah-sebelah, memang gossip je memanjang sebab ada je benda nak cerita HAHAHHA |
Pintu masuk Japanese Village |
Then masa nak turun, aku beli ice cream. Hmm sia sia je terbakar 5 kilo aku masa nak naik Japanese Village tu sebab masa turun, aku p beli ice cream pulekkssss hahahhaha
Makan ice cream dulu hahaha |
Kitorang turun dari Japanese Village around jam 5 petang macam tu tapi jammed dekat tol Bentong eh? Rasanyaaaa lah. Aku tak tahu sebab masa ni aku dah tertidur dah. Zamrey dengan Mat Nor bising sebab kitorang bertiga ; aku, Tihah dan Syira asyik je duk tidur dekat belakang HAHHAHAHAH
Then sampai je dekat area Gombak, kitorang shoot p makan ayam penyet dekat belakang Balai Polis Gombak tue. Fuhh, sedappppp! Memang tempat favourite aku dengan kawan-kawan kalau nak p makan ayam penyet hahahhaha
Then lepas tu, hantar aku pulak balik :) Alhamdulillah, selamat pulang sudahhh setelah seharian buat outdoor activities :)
Overall, this is one of my best experience ever! Aku memang suka aktiviti macam ni tapi aku risaukan dengan keadaan aku tak fit dan badan aku ni. If badan aku fit dan metabolisme aku bagus, aku nak jugak buat benda lain. Hahahhaha yelah, masa ni lah kan nak try semua benda :)
Okay now geng, whats next? :p
p/s : oh ya, if ada yang nak tanya apa-apa pasal ATV di ATV Adventure Park tu, boleh cari aku di mana-mana social media dengan nama 'mysaranewrie' I would love to help you guys :)
0 comments