Weh weh wehh -- I cannot lah, been eyeing this thing since last year lagi and the madness towards its dont even reduce even a little, but more and more in love!
Benda apa?
Bullet journal!
Example of bullet journal layout |
Weh weh ~ boleh tak nak nangis? Okaylah macam drama sikit kan? Al kisahnya sebab last year macam duk tengok dekat Youtube pasal planner DIY then terjumpa pasal orang duk buat bullet journal. Knowing Youtube, mesti ada more suggested videos kan? Start from that, terus macam hmm hmm I can die already hahahhahahah
Ya Allah ya Tuhanku, aku sangat-sangatlah obses dan suka dengan benda-benda DIY, hias-hias, organization tips ni. Sangat dan teramattttttt yang suka! Hmm aku rasa dah tak ada perkataan dah yang boleh aku tulis untuk ucapkan betapa sukaaaaaaaaaaanya aku dengan benda-benda macam nie
Okaylah apa itu bullet journal?
Bullet journal ni adalah di mana empunya journal akan hias journal dia mengikut kehendak dia, depends pada tujuan apa yang dia gunakan journal tu. Bullet tu pulak merujuk kepada jenis journal. Journal kan ada beberapa jenis ; ada yang jenis plain, ada yang jenis garisan lurus macam buku latihan sekolah rendah kita dan ada yang jenis bullet, yang macam dekat bawah ni, bintik-bintik kecik tu :)
@boho.berry |
Tapi of courselah aku akan suka yang jenis bullet sebab senang nak hias-hias kan?
Mereka gunakan bullet journal untuk jadikan as planner, buat appointment dan meetings. Ada juga yang buat bullet journal untuk tulis apa sahaja ideas mereka, more like kepada diari mereka TAPI mengikut cara mereka sebab diorang sendiri yang lukis dan hias journal mereka sendiri.
Dekat bawah ni aku letakkan beberapa gambar bullet journal yang aku suka sebab tengok kemas, cantik dan urgh -- jealous!
Cantiknyaaa @_@ |
Lawanyaaaa |
FYI semua ni mereka lukis sendiri tau? Fancy that! |
So neat! |
Personally, aku rasa sangat bagus dengan cara macam ni sebab its like macam our own personal diary where we can customize it based on our preferences. Bukannya planner yang dijual tu tak bagus tapi kadang-kadang ada part yang kita tak guna, betul tak? Baik ngaku haaaaa hahahha
Aku pernah ada DIY planner. Beli notebook dekat Typo then aku hiaskan planner aku ikut suka hati aku je hahahahaha menjadi! Sebab masa tu tengah belajar lagi kan? So hari-hari tulis dalam buku tu :) Kalau nak tengok macam mana aku hias planner aku DIY tu, boleh baca dekat SINI
Lately ni pulak selalu aku layan Youtube before tidur sebab duk layan diorang lukis-lukis ni. Ya Allah ya Tuhanku, kreatifnyaaaaaaaaaaaaaaa! Cantik sangat tulisan dan designs yang diorang buat. Kadang-kadang guna satu colour pen saje tapi outcome dia, fuh superb sangat! Okay, jealous sangat!
Dekat bawah ni aku ada selitkan satu video DIY bullet journal yang dia lukis sendiri. Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah idea dan kreatif kepada Mysara Newrie untuk buat bullet journal beliau sendiri, aminnn ~
Terima kasih tolong doakan! :p
Tapi if nak buat bullet journal ni, kena komitmen yang sangat tinggi lah sebab every month kena lukis semua tu ; calendar, layout dan macam-macam lagi yang kita nak buat. Tapi yang aku suka pasal bullet journal ni adalah, its totally based on what we like. Tu yang best tu!
Okay now dekat Malaysia ni, ada ke yang buat macam ni? Yang aku tahu ada group community Planner Malaysia je. Yang bullet journal Malaysia ada? Mana nak dapat bullet journal sebab Ive went to Popular Wangsa Walk but mehhh ~ tak ada. Pen dan brush jenis apa yang digunakan untuk tulis dalam bullet journal ni?
Okay got to do some research now.
0 comments