Cuti-Cuti di Kota Kinabalu Part 5
By Mysara Newrie - Monday, September 03, 2018
Assalamualaikum wbt
Okay aku dah gigihkan diri untuk menulis dan aku harap korang pun gigih untuk baca okay? Hahaha
Lepas je kitorang breakfast, kitorang terus check out dari Crystal Hills dan terus ke tempat seterusnya yang memang cantikkkkkkkkkkk untuk bergambar. Dulu dah pernah pergi tapi tetap nak pergi lagi sebab yeah --- untuk mengisi masa lapang hahahha
Boleh baca entry masa aku pergi Kundasang War Memorial 8 tahun lepas dulu dekat SINI
Kundasang War Memorial |
Tempat ni sebenarnyaaa tempat sejarah tau? Aku sangat sukaaaaaaaaaaa pergi ke tempat-tempat macam ni, muzim dan apa-apa sahajalah yang berkaitan sebab bagi aku, thats how you know better about the place, their local history etc. Benda-benda macam ni memang best!
Untuk masuk ke Kundasang War Memorial ni senang je. Tempatnya dekat area belakang tempat jual sayur-sayur di bulatan Kobis tue. Tak pun, senang je Waze. Sekali masuk, untuk warganegara RM 3 sahaja :)
If korang nak tahu, Kundasang War Memorial ni dibuat sebab dulu-dulu around tahun 1942-1945, tentera Australia dan British telah dijadikan tebusan oleh tentera Jepun, tak silap aku masa ni Perang Dunia Kedua rasanya. Kesemua tentera ni dipaksa untuk membuat landasan kapal terbang untuk tentera Jepun
Bear in your mind, semasa jadi tebusan ni, tentera Australia dan British memang di seksa oleh tentera Jepun. Lepas tu, of courselah kebajikan diorang tak dijaga. Memang kena seksa, makanan tak cukup, ubat yang tak dibekalkan, penyakit yang berleluasa. Haaaaaaa so boleh imagine kan macam mana tentera Australia dan British ini terseksa?
Tapi tak lama pun sebab masa dekat-dekat Jepun dah nak kalah, diorang decide nak bawak semua tawanan tentera Australia dan British ni pergi ke Ranau dari Sandakan which is about 260 km. Bayangkan lah wehh dah lah tak sihat dan tak fit, lepas tu kena berjalan kaki dalam hutan tebal, dengan gunung-ganang ; can you imagine that? The worst part is diorang kena berjalan kaki ayam
Route perjalanan mereka |
Sepanjang perjalanan Sandakan-Ranau yang melibatkan around 2500 tentera Australia dan British ni, ramai yang mati dalam perjalanan dan mayat mereka pulak hanya ditinggalkan sahaja di tepi jalan.
Hanya 6 orang sahajaaa yang berjaya larikan diri dan dengan dibantu oleh penduduk kampung, mereka dapat balik ke negara asal dan bercerita tentang hal sebenar apa yang terjadi. Disebabkan itulah perjalanan Sandakan-Ranau ini dinamakan Kawad Maut atau lebih dikenali dengan Death March
Nelson Short, William H. Sticpewichand & Keith Botterill ; antara tentera Australia yang selamat dari Death March tersebut |
Bila Jepun dah kalah semasa World War II, pihak Australia dan British mulakan misi pencarian mereka untuk cari balik mayat-mayat tentera mereka. Mayat-mayat ini dikumpulkan dan diberikan penghormatan. Untuk memperingati mereka, kesemua mayat-mayat tu dibawa ke Labuan untuk disemadikan maka lahirlah Labuan War Memorial.
Lest We Forget atau maksudnya Jangan Sampai Kita Lupakan menjadi motto di bibir mereka yang masih hidup kerana mereka tak mungkin akan lupakan apa yang telah terjadi kepada ahli keluarga mereka, kawan, ayah, pakcik, abang, adik dan anak mereka.
Tak silap aku, every year ahli keluarga mereka akan datang ke Sabah untuk melawat dan diadakan satu majlis khas untuk memperingati peristiwa ini dan dinamakan Hari Anzac which is on April :)
Oh ya, tak silap aku dekat Sandakan pun ada War Memorial pasal ni so if korang pergi ke Sandakan, do please visit their war memorial. Lagi banyak info, gambar, tugu peringatan sebab dekat situ lagi besar compare dengan Labuan & Kundasang War Memorial ni.
Untuk senang faham, macam ni je
- Labuan War Memorial ; tempat mayat disemadikan
- Kundasang War Memorial ; its like a gardens
- Sandakan War Memroail ; a real museum
Tapi semuanyaaa adalah berkenaan peristiwa yang sama iaitu Death March ini. If korang jenis yang sukakan Sejarah macam aku, you will find this information and history really interesting and might catch your attention sebab dulu masa sekolah, tak ada pun cakap pasal sejarah ni!
My visit to Sandakan War Memorial tahun 2010 tak silap aku, hihihihi |
Gosh -- I love history then share about it to others! Can I be a lecturer? Pleaseeeeeeeeeeee! T.T
Okay enough with that. So kitorang jalan-jalan dalam Kundasang War Memorial dan amik-amik gambar. Tak banyak berubah tapi adalah yang berubahnya :)
Selfie dulu |
The stairs |
Pondok untuk rehatkan diri, boleh minum dan makan dan ada juga mini pameran |
Mini pameran mereka |
Macam mana aku cerita dekat korang pasal Kundasang War Memorial ni, macam tu jugak lah aku cerita dekat adik aku ni hahahha |
Dekat dalam one their gardens |
Taman dalam war memorial ni |
Jom masuk dalam pintu tu |
Tempat diorang listkan semua nama tentera tersebut |
Semua nama tentera yang terkorban semasa Death March, di gantung di sebelah kanan gambar ni |
Ehek ehek ayuuu |
Lepas tu jadi gangster balik -.- |
Sebelum keluar, selfie dulu-duluann hahahha |
Lepas tu kitorang pergi ke Desa Dairy Farm! Dulu dah pernah pergi sekaliii, masa tu macam baru bukak je tauu. Tapi masa aku pergi haritu, wow dah banyak berubah dan dah jadi makin besar! Hihihi
Sampai sudahh! |
Benda wajib buat setiap kali ada guest book ni hahaha |
Dulu tak ada pun kawasan macam ni tau. Ni kawasan untuk turun dan tengok lembu-lembu sendiri |
Oh hi Malaysiaku! |
Dulu boleh parking kereta depan area ni je, sekarang dah tak boleh dah. Kena park jauh ke depan sikit hihih |
Lepas tu before balik, kitorang pergi ke Kinabalu Park, tempat wajib lah ni pergi hahahah Oh ya, ayah nak throwback gambar kitorang dulu dengan gambar sekarang hahaha
Ni gambar dulu, tahun 2010 |
8 tahun kemudian, taraaaaaaa! Hahhaha di tempat dan gaya yang sama :) |
Lepas tu amik gambar , penat jugak masa ni |
Turun bukit jap hahaha |
HAHAHAHA Sibuk jugak nak dengar orang bagi taklimat dekat sekumpulan orang ni sebab d iorang nak mendaki Gunung Kinabalu esok pagi |
I love reading so I read whenever I can |
Then balik ke Kota Kinabalu, check in hotel dan rehat! Bila lah lagi agaknya dapat pergi ke Kundasang ye?
Okay next part, tunggu! Ada tempat yang sangat menarikkkkk untuk korang melawat kalau korang datang ke Kota Kinabalu!
0 comments