Assalamualaikum wbt
Second last day at Kota Kinabalu! I swear this series about my holiday at KK really torturing me! Sebab nak keep up dengan cerita kan hahahha
Its all started when my mama "Jom pergi Mari-Mari Cultural Village tue!" earlyyyyyyyyyy in the morning! Actually before when to Sabah, Ive been eyeing this place because I do love going to this kind of place, ala-ala macam tempat culture gituhh ~
Tapi sebab tak sempat so macam postponed dulu lah until my mum pop up the "Jom pergi Mari-Mari Cultural Village tue!" So yes, entry kali ni aku akan share pengalaman aku pergi ke Mari-Mari Cultural Village!
Aku akan ceritakan semuanya mengikut caption gambar ya, so yeah -- this entry will have gazillion pictures! Suka tak?
Aku akan ceritakan semuanya mengikut caption gambar ya, so yeah -- this entry will have gazillion pictures! Suka tak?
Iya, jemputin masuk ya pakk |
Okay so what is Mari-Mari Cultural Village ni?
Actually ianya macam satu perkampungan budaya orang-orang Sabah. Dalam satu perkampungan, kita akan dapat lihat, tengok, rasa, duduk, makan dan minum dan buat aktiviti untuk semua kaum orang-orang Sabah. Dalam perkampungan ini, ada lima kaum orang Sabah yang kau dapat rasa iaitu Dusun, Rungus, Lundayeh, Bajau & Murut
Setiap orang yang datang akan dibahagikan kepada group-group kecil around 6-10 orang dan akan dijaga dan dibawa oleh seorang tour guide tue. Tour guide tu bertanggungjawab untuk bawa kau keliling satu perkampungan Mari-Mari tu, ceritakan semuanyaaaaaaaaa, bagi kau rasa dan explore sendiri rumah, baju, makanan dan minuman dan apa aktiviti setiap kaum di Sabah tue.
COOL GILA KAN?
Sebelum pergi ke Mari-Mari Cultural Village ni, kita kena book dulu. If nak pergi sendiri terus ke tempat tu dengan driving pun boleh cuma its quite far from bandar Kota Kinabalu, around 20-30 minit perjalanan (kalau tak jammed!) dan tempatnya sangat jauh ke dalam, macam masuk ke dalam hutan gituhh
So better book terus dengan diorang! Sebab bila booking dengan diorang, diorang sendiri akan amik kita dekat lobby hotel dan bawak terus ke Mari-Mari Cultural Village ni! Haa kan dah senang trip holiday korang kan? Hihihi
Trip untuk masuk Mari-Mari Cultural Village ni ada dua ; satu jam 10 pagi dan satu lagi jam 2 petang so korang boleh pilihlah nak yang mana, tak ada masalah.
Macam mana nak book untuk pergi ke Mari-Mari Cultural Village?
Korang boleh contact num phone ni (01133884827) dan sediakan details seperti berikut
- Nama
- Pax
- Nationality
- Hotel
- Contact number
- Date
- Session : 10 AM / 2 PM
Berapa bayaran masuk Mari-Mari Cultural Village?
Oh make sure sediakan siap-siap duit untuk bayaran masuk ke Mari-Mari Cultural Village ni :) Seorang harganya RM 155. Tapi kalau in a group of more than 4 pax, dapatlah less RM 5 sahajaaaa. A little bit pricey aint? But as it slogans said "It may sound costly but we guarantee worthy" Oh yes, couldnt agree anymore :)
So lepas dah book tu, aku dengan mama pergi isi masa lapang dulu dengan pergi ke Pasar Filipina. Tempat ni mesti ramai dah tahu kan? Ya ya ya, orang perempuan mesti suka pergi sebab boleh beli macam-macam brooch, rantai dan gelang yang basically memang mutiara sahaja! Konfem takkn pulang dengan tangan kosong kalau pergi Pasar Filipina
What my mama and I bought at Pasar Filipina TOLD YOU! |
Then around 1 pm, driver kami pada haritu, Mr Jo amik betul-betul dekat depan hotel. Wow -- efficient!
HAHAH Weh -- besarnya gear dia |
Around 2 pm, dah sampai dekat tempatnya. Bukak je pintu, terus diorang sambut dengan mesra "Selamat datang!" Amboi meriahh. Okay mana kalungan bunga dekat leher saya? *bunyi cengkerik*
Jalan masuk ke Mari-Mari Cultural Village |
Registration Counter. Bayar dekat sini ye |
Ramai orang yang datang masa kitorang baru sampai tu |
Lepas tu, pergi dekat kaunter, make the payment. Wait for a few minutes then jeng jeng jeng, our tour guide, Azizul pun sampai :)
Azizul bagi penerangan |
Azizul bagi penerangan pasal Mari-Mari Cultural Village ni, apa yang kita akan buat di dalam dan nasihat dia kepada kami yang first time nak masuk sini. Antaranya adalah tak boleh merokok. So jangan smoke ye!
Make sure korang makan dan pergi tandas dulu before masuk Mari-Mari Cultural Village ni untuk kekal bertenaga. Or you can just drink Milo, settle.
Jalan masuk dia ; meniti jambatan usang |
Rumah pertama ; Kaum Dusun |
Ini tempat kaum Dusun menuai padi. Alaa hentak-hentak padi dan beras pun jatuh dekat bawah |
Azizul terangkan macam mana cara untuk buat rice wain. Boleh rasa tapi yang beragama Muslim, tak boleh rasa sebab ianya ada alcohol, berapa percent entah tapi sikit je |
Snap gambar dulu hihihihi Tu yang tebu kecil-kecil dalam tu lah diorang minum rice wain |
Dapur masak kaum Dusun. Bawah tu letak kayu api dan masak macam biasa |
Azizul terangkan dekat kami pasal bamboo cooking dan bahan-bahannya. |
Dan inilah hasilnya! Rasa dia macam isi murtabak pun ada, ada nasi, cili, bawang |
Yang ini pulak mini bar Kaum Dusun. Diorang suka minum dan bila ada perayaan atau kejayaan, mini bar ini akan dibuka dan berkumpul sesama keluarga dan kawan-kawan mereka |
Azizul tengah ceritakan cara-cara buat arak mereka |
Okay now moving on kepada rumah yang kedua, iaitu rumah Kaum Rungus!
Pintu masuk kaum Rungus |
Kaum Rungus rajin amik madu di sarang lebah. And that small circle tu, ada madu. Original! You can taste it :) |
Tempat memasak diorang, di luar rumah. Oh ya, you can eat the corn as well hihihihi Panas-panas lagik! |
Kaum Murut tinggal di rumah panjang. Satu keluarga, satu bilik sahaja. |
Bilik yang ada kain merah dan tengkorak tu adalah menandakan tu bilik ketua rumah panjang. Selalunya bilik dia di tengah-tengah |
Abang ni tunjuk demo macam mana nak hidupkan api Tapi tak boleh upload video BLOGGER PLEASE TAKE ACTION!
|
Kaum Lundayeh |
Demo kaum Lundayeh untuk buat baju dan vest |
Semua baju dan vest mereka sebenarnya diperbuat daripada kulit kayu tau? Diorang basahkan dulu kulit kayu tu dan gosok-gosok macam dekat dalam gambar atas ni |
Maka hasilnya begini! |
Ruang tamu rumah mereka |
Dah settle Kaum Lundayeh. Now kita pergi ke Kaum Bajau pulak! Are you guys with me? Hihihi
Kaum Bajau. Mostly kaum ini adalah beragama Islam dan mereka datang dari Filipina, merantau ke sini dan berkahwin dengan orang di sini |
Rumah Kaum Bajau. Oh thats my mum btw. |
Demo dan makan kuih karas. Ramuanyaa tepung dan gula sahaja. Sedap! hahhaha |
Demo untuk buat kuih. Aku lupa nama kuih apa tapi kuihnya macam cucur udang. Sedap! Well semua sedap lah sebab masa ni aku tengah lapar hahahhahaha |
Okay now kita akan pergi ke rumah Kaum Murut! Kaum Murut adalah kaum yang paling ganas sekali sebab diorang memang chop chop kepala musuh tauu ~
Kena beratur dulu before masuk, lepas tu penjaganya akan cek barisan. Masa tengah cek tu, tetiba dia menjerit. HAHHAHA terkejut aku |
On the way nak masuk rumah Kaum Murut. Rumahnya rumah panjang jugak |
Traditional trampolin kaum Murut |
Ini dia traditional trampolin tu. |
Platform traditional trampoline di perbuat daripada rotan dan bawah platform ini ada sejenis kayu (lupa nama apa, sorry!) yang sangat kuat dan flexible. That's why diorang boleh melompat atas platform ini.
Kaum Murut gunakan trampolin ini untuk meraikan apa-apa majlis contoh macam wedding ceremony atau meraikan kemenangan semasa berperang. Cara meraikannya senang sahaja. Kalau mereka baru balik berperang dan menang, ketua kampung akan letak dan gantung hadiah di atas dan pahlawan tersebut akan lompat dan akan cuba untuk dapatkan hadiah tersebut.
Sama jugak macam wedding ceremony. Bapak si perempuan akan letak sehelai rambut anak daranya di atas dan sesiapa yang ingin berkahwin dengan si anak daranya, kenalah lompat dan dapatkan rambut anak daranya itu. Itu macam menunjukkan yang lelaki tersebut betul-betul sayanglah dengan si dara tue.
Caranya lompatnya macam mana? Here a video from Youtube that Ive found for you guys to watch
COOL KAN? HAHAHAH
And then, kita diberi peluang untuk main sumpit. Aku try jugak okay. Hahahhaa
HAHAHHA tapi tak kena sasaran pun, kena sipi sipi je hahhahaha |
Lepas dah puas main sumpit, kita akan dibawa ke dalam open hall mereka untuk tengok mereka menari tarian kebudyaan mereka dan juga diberi peluang untuk menari sekali. Meriah sebab penuh satu hall tu :)
Semasa persembahan diadakan |
Dah habis show, kita akan dibawa ke tempat makan untuk minum petang! Ada nasi goreng, ayam goreng, kuih-muih dan air untuk lepaskan dahaga.
Rememer before Ive told you guys that we've been separated in a group of 6-10 people? Well this is my group :) A family of 4 daughters :)
Kami satu group! :) |
Selfie dulu before balik! Turns out of the daughters kerja dekat area tempat aku kerja dulu hahaha entah-entah kami pernah lunch di tempat yang sama hahahha |
Kemudian, bila dah sudah makan, Mr Jo pun hantar kami ke lobby hotel. Alhamdulillah.
To those yang minat dengan kebudayaan, nak kenal dengan lebih dekat lagi pasal kaum-kaum di Sabah, Mari-Mari Cultural Village adalah tempat yang sesuai untuk korang datang dan melawat. Penat jugak sebab satu hari berada dalam kampung ni tapi its all worth it! Make sure korang pakai baju, seluar dan kasut yang sesuai ye sebab ada kena panjat sikit-sikit hihihi
Thank you so much Mari-Mari Cultural Village! |
Facebook : Mysara Newrie
0 comments