Assalamualaikum
Okay. Bila dah cuti ni, aku barulah ada masa sikit nak update apa-apa dekat blog nie. Dari segi entry dan semuanyalah ~ So sementara ada masa nie, aku nak bagitau korang somethinglah nie :)
Aku baru buat akaun Tumblr aku. Sebab yang lama tue, aku tak boleh nak sign in which is macam sedih jugak lah sebab acc Tumblr aku tu ada macam-macam dah aku post. Tapi takpe, aku boleh terima lagi tapi kalau blog aku, ya allah ~ harap-harap janganlah sebab blog ini aku dah anggap sebahagian dari aku. Kalau aku bosan, aku sendiri akan baca balik apa yang aku tulis dan gelak sorang-sorang
Yup ~ good memories always remain in our heart and we always knew that it will not coming back as we want it so badly :)
So here it goes ; this is my acc Tumblr :)
![]() |
| http://mysaranewrie.tumblr.com/ |
Berbanding Wordpress, aku rasa better aku buat Tumblr. Sebab WP kan dah macam blog. Aku tak nak lah sampai ada dua blog. So takpelah ~ Aku buat tumblr :) Senang kot kot aku nak dapat ilham dan post pasal puisi ke hehe :) Maybe di tumblr ni, aku akan lebih kerap kot buat puisi, hehe
And here it is ; my twitter. Dekat tweet ni memang tempat aku membebel, bertanya soalan dan meluahkan perasaan on the spot terus. HAHA :D Tak adanya nak tunggu-tunggu. Kiranya apa yang aku tweet, fresh dari oven lah orang cakap. Dekat sini ; everything :)
![]() |
| https://twitter.com/mysaranewrie |
After that, aku ada Instagram HAHA :D Dekat sini memang aku selalu lah jugak upload gambar-gambar. Tak kisahlah gambar apa asalkan aku upload je suka hati aku :) Do follow kalau korang boleh tahan dengan caption gambar yang panjang berjela-jela -_________-
Search instagram ; mysaranewire
Kemudian, of courselah ~ ada Facebook. Aku mintak maaf sangat kepada orang yang add aku tapi aku remove kan sebab aku bukan senang nak approve orang dekat FB. Facebook adalah satu tempat yang paling private bagi aku ; which is hanya orang yang aku betul-betul kenal sahaja aku akan approve. Sebab apa? Sebab dekat INI, INI dan INI. Amik kau? 3 cerita dah aku bagi, hehe :)
So kalau nak contact aku, just pergi je dekat fanpage aku. Dekat situ, kalau aku free, aku akan balaslah msg orang yang hantar sebab kadang-kadang aku tak perasan pun. Huhu, maaflah yer? :)
![]() |
| https://www.facebook.com/blogmysaranewrie |
Hmm, dah apa lagi? HAHA :D Tu je lah kot :)
Oh ya, siapa tahu mana nak beli Celcom 1Malaysia? Anyone tahu tak mana nak dapatkan dia? Please bagitau aku ye? I need that :) Thank you :)
p/s : Tak paksa pun nak follow ke apa ke, just nak inform sebab ada yang bertanya :)
Assalamualaikum
Well ~ start 3hb Ogos, budak-budak Degree UiTM dah boleh cek results mereka. As for me, aku ingatkan dalam pukul 2 pagi tu dah boleh cek dekat email dah sebab selalunya masa diploma pukul 2 pagi adalah waktu aku untuk cek results HAHA :D
Eh tapi bila aku cek, tak ada email lagi. So aku pun chatting dengan kawan-kawan aku. Dalam pukul 3.45 pagi macam tue, aku cek dan here it goes :)
| My results :) |
Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah. Aku rasa macam nak menangis masa tengok results nie HAHA :D Ya Allah! Sape tak happy weyh?!
Walaupun pointer aku tak adalah tinggi sangat, aku tak kisah sebab asalkan aku dekan :) Yang tu pun aku dah cukup syukur sangat-sangat! Alhamdulillah! :D Wiwiwiwiwiiw happynya! :D
![]() |
| Apa yang kitorang buat dalam kelas -.- |
![]() |
| Dalam kelas Law :) Hehe |
Terima kasih mama ayah Hakim. Sebab selalu dengar leteren aku pasal "Degree ni payahlah" tapi berkat doa mama ayah Hakim, Sara dapat buat :) Masa final ari tue, Sara sakit kepala teruk dan demam yang macam nak demam tak nak demam, Mama Ayah sanggup turun Shah Alam lepas tu bagi Nasi Ayam. HAHA :D Yeayy! Terima kasih mama ayah! :*
Hakim, yang banyak bagi semangat dekat aku :) You know what kan? Terima kasih adikkku! Tshirt Superman aku ada beli, ada dalam almari baju aku. Kau amik je okay nanti? HAHA :D
Kepada kawan-kawan, ahh yang ni memang tak boleh nak tinggalkan :) Korang memang terbaik! Sebab bagi aku support, tarik aku masa aku betul-betul dah jatuh then sedarkan aku. Lepas tu lepak dekat library sampai Subuh dan gelak-gelak dekat library macam library tu pasar minggu je! HAHA :D Lepas tu kita makan sama-sama, share cake sama-sama masa birthday Zura! Dengan Geng-geng Benchmark pah cerohh ~ :D Ya Allah, terima kasih korang! Rasa nak hug semua orang! HAHA :D
![]() |
| Terima kasih sebab buat lawak-lawak, bertukar-tukar pendapat dan tolong belikan makanan utk sahur kitorang hari tue! HAHAHA :D |
![]() |
| Terima kasih sebab selalu gelak bila dengar lawak aku, dengar cerita-cerita mengarut aku, dengar luahan hati aku yang berduka lara ini HAHA :D |
![]() |
| Bukak sem ni aku nak makan chicken chop PKNS okay? Tak ada alasan dah! |
Aku sebenarnya rasa happy dengan results aku nie :) Sebab aku jawab paper final dengan keadaan kesihatan aku bukan dalam tiptop. Oh ya, terima kasih jugak dekat roomate aku, Farhana sebab dia memang tolong aku sepanjang aku roomate dengan dia. Kejut aku bangun tidur, stay up sama-sama, makan sama-sama. Hmm rindu pulak dekat roomate aku nie. Terima kasih Ana! :D Harap awak baca tau?
Dan aku baru sedar yang aku jawab paper final baru-baru ni dengan keadaan emosi aku tak stabil, hati dan perasaan aku tengah tak betul tapi Alhamdulillah, benda tu macam tak jejaskan aku sangat :) Syukur. Aku tak sedar pun pasal benda ni sampailah kawan aku cakap "terrorlah kau dalam keadaan tertekan hari tu, jawab final lepas tu dapat results macam nie" Aku macam, eh? Ohh ~ aku baru sedar :)
Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang kau berikan ini :) Terima kasih, terima kasih!
Tahniah dekat semua kawan-kawan aku yang dapat Dekan. Wah wah ~ aku rasa semua kawan-kawan aku yang satu batch dengan aku dekat Shah Alam, mostly dapat Dekan semuanya. Wah wah ! Hebat tau kawan-kawan aku ni :) Tak kisahlah korang dari kampus mana dulu masa Diploma, sebab sekarang ni kita semua dah satu batch! :D
Okay now looking forward nak kutip duit raya banyak-banyak dari semua orang sebab aku dapat Dekan! HAHA :D Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah :)
Assalamualaikum
Ehem ehem ~ wah dah macam rancak pulak aku nak update blog sekarang nie. HAHA :D Bagus bagus, sementara aku tengah cuti dan line tengah laju nie, moh ler kita buat something yang bermanfaat hehe
Tadi kan, tadi lah ~ masa dalam kereta aku macam terlintas something dalam otak aku. Pasal something yang aku macam "Haih ~ yang ni pun nak tunjuk kan jugak ker?" Haaa amenda?
Okaylah, sekarang ni kan aku rasa macam dah jadi trend semua rakyat Malaysia, yes, rakyat Malaysia untuk upload gambar. HAHA :D Eh tak habis cakap lagi ayat aku nie. Trend upload gambar harta benda sendiri! Fuh ~ amik kau ~ haha :D
Dulu trend upload gambar makanan. Okaylah ~ aku boleh terima sebab yelah kadang-kadang kita pun dalam mencari-cari tempat makan yang sedap dan best kan so bila ada orang upload gambar, kita pun "wah wah dekat mana nie? Jom lah nanti kita pergi!"
See, dekat sini adalah jugak benefits yang kita boleh nak share dengan kawan-kawan dengan upload gambar makanan walaupunnnnnnnnnnn orang yang tengok gambar makanan tu macam telan air liur tengok dan walaupunnnnnnn dalam surat khabar cakap orang yang upload gambar makanan ni adalah orang yang sakit mental. Wallhualam. Tapi make sure gambar makanan tu something yang berbaloi lah, jangan lah gambar air suam or nasi putih pun nak upload jugak -.-
Tapi sekarang ni kan, aku rasa macam dah bertukar trend di mana hmm ~ orang upload gambar harta benda sendiri yang aku rasa macam "err perlu ker?" Okay contoh, kau upload gambar rumah kau, gambar duit, gambar kereta or gambar apa-apa sahaja yang kita rasa macam "wah kayanya kau!"
![]() |
| Kalau boleh, setiap sudut rumah nak amik gambar -.- |
Okay dont get me wrong about this. Macam ni, aku tak kisah pun korang nak upload. Tapi kadang-kadang kalau dah melampau sangat aku rasa macam errr macam menunjuk pun ada. Sebab kita semua tahu yang kau mampu untuk mendapat semua tue so aku rasa no need nak upload gambar macam tue. Sebab yes, we all know that you are capable to have all this
Plus, kalau korang upload gambar harta-benda kan, bukan ke benda tu macam ibaratnya macam bagi peluang kepada orang ramai untuk macam mengambil kesempatan atas kau? Macam hmm bagi peluang kepada orang untuk merompan dan mencuri kau? Sebab yelah ~ korang duk upload sangat gambar duit, rumah dan kereta so macam benda tu sebagai hint untuk orang ramai "Oh rompaklah aku, curilah duit aku" HAHA :D
Malaysians, kita semua tahu sekarang ni masing-masing dah berkemampuan untuk beli apa sahaja yang kita nak. Taip sometimes, aku rasa kadang-kadang tak payah lah kot. Macam setiap gambar nak tunjuk "Oh ini kereta baru saya, ini rumah baru saya" Kalau nak sangat tunjuk dekat orang ramai dan kawan-kawan, jemput lah kitorang pergi open house raya nanti! HAHA :D Ada makan-makan, kitorang amik dan upload gambar. Kitorang siap boleh tengok rumah dan kereta awak semua live depan mata lagi! HAHA :D Kitorang perut berisi, tuan rumah puas hati. Ah gitu ~
Lagipun, kalau share gambar makanan, kitorang boleh lah pergi ke tempat makan tu bila-bila masa. Tapi kalau upload gambar rumah dan kereta? Awak nak bagi kitorang stay rumah awak ker? Awak nak kasi kitorang pinjam kereta awak ker? HAHA :D Tak kan? Eh tapi lainlah kalau upload gambar kereta dan rumah tu untuk tujuan bisness macam homestay atau perkhidmatan sewa kereta kan? Benda ni takpelah, kita boleh consider :)
Aku cakap ni sebab benda ni dah lama betul terlintas dalam otak aku. Aku bukan jeles ke apa cuma kadang-kadang tu macam tak payah lah. Nak upload sekali sekala, aku boleh terima tapi kalau dah macam every minute kan, kadang-kadang macam meluat pun ada. Macam kau nak menunjuk-nunjuk pun ada. So better tak payah. Sekali sekala, okay? Bukan selalu
Aku pun pernah jugak upload gambar yang macam tu dulu dan sekarang tapi lepas lama-lama, kita boleh fikir sendiri lah benda nie. Macam its common sense babe! So gunakan otak dan fikir. Cuba letak diri kita kepada orang yagn akan tengok apa yang kita upload. Dari situ kita boleh tengok benda tu macam annoying ataupun tak. Always think what people gonna say to us
Benda ni terpulang kepada personal masing-masing. Aku percaya pasti korang akan cakap "Lah IG dia! Lantak dialah nak upload pape pun!" Ya, memang IG dia tapi kang kalau kena rompak, kena curi ; kita sebagai kawan-kawan dia, takkan nak berdiam diri kan? Sebab sooner or later, orang tu akan mintak tolong kita dan kalau tak pun, kita mesti atleast nak tolong dia kan? Better to make precaution than cure the illness, gituu ~
Aku just cakap benda ni secara general okay? Sebab benda ni terlintas masa dalam kereta aku nak pergi bazaar petang semalam HAHA :D So macam yeah, tulis dekat blog dan eh eh eh eh dekat tweet pun aku terlepas jugak sebab dah macam tak tahan sangat HAHA :D
| Hmm yang kedua |
| Hmm ~ |
Assalamualaikum
Okay. Aku tak tahulah samada orang tahu ke tak aku ada satu perangai di mana aku sangat-sangat teliti dalam buat kerja. Nak kata aku nak perfect 100% pun tak jugak sebab kadang-kadang aku pun macam cincai boncai je tapi aku nak benda tu nampak kemas, bersih, nampak lawa dan cantik di pemandangan.
![]() |
| Slide presentation aku ; mesti nak kena nampak kemas dan teratur |
Contoh ; aku tak boleh tengok tandas kotor HAHA :D Sebab kalau tandas kotor, aku akan macam ada satu feeling "Eii mana berus sabut nie?! Kang aku sental-sental jugak lantai dengan dinding nie" Lepas tu aku tak boleh tengok baju-baju yang berlonggok atas lantai, getah paip or sabun yang bersepah.Tak percaya? Boleh tengok entry yang INI
Lepas tu aku tak boleh tengok dapur yang kotor dan tak kemas dan berselerak macam dengan pelbagai jenis sisa makanan, peralatan dapur yang tak susun dengan betul dan yess aku memang pantang dengan lantai dapur yang ada basah dan licin, melekit kecuali kau baru habis mop lantailah. Tu pun aku akan pasang kipas laju-laju sebab nak suruh lantai cepat kering. Sangat pantang. Tak boleh. Cannot. Okay dah cukup?
Lepas tu aku memang tak boleh nak tengok buku-buku dah lunyai, lepas tu ada conteng-conteng dan berlipat. Ya Allah ~ even lunyai sikit pun aku dah macam nak nangis sebab aku tahu, buku adalah ilmu dan benda ni sangat penting untuk kita jaga, bukan sahaja untuk kita guna masa sekarang tapi jugak untuk kita guna pada masa-masa yang akan datang. Dan aku akan susun buku-buku tu dengan elok dan kemas di almari buku aku
Kecuali buku yang aku belajar, aku memang suka lunyai-lunyai kan dia, conteng-conteng dia dan highlight kan apa yang aku rasa penting. Sebab when it comes to study ; buku yang lunyai, conteng dan penuh dengan highlight adalah buku yang aku anggap aku dah belajar dan faham. Kalau buku tu bersih, aku rasa susah hati sebab aku tahu aku tak belajar lagi. See? Thats me
![]() |
| Buku aku. Puas hati penuh dengan conteng-conteng macam nie |
Sebab tu kalau ada kawan-kawan aku yang nak pinjam buku-buku yang aku beli, aku macam berat hati sangat-sangat nak bagi. Sebab aku tahu, tak ramai orang yang mempunyai perangai macam aku nie. Aku kalau sudah baca buku, buku tu still nampak macam buku baru lagi.
Kalau aku jual pun, orang masih percaya tu buku yang baru keluar dari kedai. Tapi ada ke orang yang macam aku ; yang jaga buku macam aku jaga? Sepanjang aku hidup nie, lepas aku kasi buku dekat orang pinjam, aku akan sedih dan kecewa sorang-sorang. Even nak lipat helaian kertas untuk tanda dekat mana aku baca punnnnnnn aku tak sanggup tau?
Lepas tu, before aku nak keluar rumah untuk holiday ke atau just nak pergi ke bandar, aku akan selalunya macam double cek semua suis kipas, lampu dan especially susi iron sebab kalau tak, dalam perjalanan tu aku akan macam "Eh aku dah tutup ke tak tadi eh?" Kalau nak pergi travel jauh-jauh, masuk je dalam kereta dan ayah aku nak start drive, aku akan menjerit "Jap jap ayah! Nak cek jap!" Dan aku akan cek lah IC aku, beg duit aku, HP aku dan semua benda-benda yang penting akan zazzz zazz bermain dalam otak aku. This is Mysara Newrie
![]() |
| Aku sanggup lakarkan planning aku dengan kawan-kawan masa nak hangout sebelum cuti sem lepas |
Okay dah cukup. Tu adalah contoh-contoh yang aku boleh bagi di mana certain things yang aku sangat-sangat pantang. Okay. Aku ingatkan benda ni normal sampailah satu tahap di mana aku tengok dekat Instgram Fynn Jamal. Oh Kak Fynn pun ada perangai macam aku rupanya
Kak Fynn ada mentiol pasal OCD ; Obsessive Compulsive Disorder. Ini bukan macam penyakit yang serius tapi kalau dibiarkan, agak bahaya jugak sebab sampai satu tahap yang aku rasa mengarut adalah di mana kau sanggup padam-pasang balik api yang dekat lilin tu sebab kau nak api tu dalam bentuk yang sempurna. Yang ni bukan aku lah, aku bukan sampai tahap yang macam ni hehe
Okaylah. OCD ni atau dalam bahasa Melayunya adalah Kecelaruan Obsesif Kompulsif adalah satu penyakit mental (WHAT?!) menyebabkan pemikiran dan tindakan yang berulang-ulang dan tidak diingini. Kebimbangan adalah salah satu daripada gejala-gejala yang biasa dan menyebabkan seseorang itu percaya jika sesuatu kerja yang tak siap, something bad is gonna happen. Wah wah ~ okaylah, ada sikit macam aku -.-
Ohh patutlah ~ memang dah macam aku nie. So bila dah tahu macam ni kan, aku pun macam yeah amiklah OCD Test. Kalau korang pun ada habit macam aku, saja-saja nak cek kan, bolehlah cek dekat link yang bawah nie
Tapi sebenarnya dekat website yang aku bagi link dekat atas nie, ada banyak lagi test yagn boleh korang nak amik. Contoh macam Depression Test, The Loneliness Quiz. Korang just boleh click Quizzes dekat atas tue dan nahh, pilih je quiz apa yang korang nak. Its a good to know whether you are in a perfect condition or not :)
So hasil dari OCD Test aku tadi tue, heheheheheheh ~
| Results OCD |
Oh yeahh ~ thats explain a lot to me -.-














