Cerita Ah Chong Versi Ali

Saturday, May 29, 2010



Salam. Kisah Ah Chong berulang kembali =.=" Tapi kali ini orang lain. Jalan cerita yang lebih kurang sama tapi orang lain yang melakonkan wataknya. Dan heroinya adalah aku. Pfft ~ =.=!

Kepada sesape yang tak tahu, korang boleh dapatkan kisah Ah Chong Part 1 dan Ah Chong Part 2. Haih ~ Ngeri bila aku baca balik cerita tue. Rasa nak tergelak pun ada jugak. Haha ;D

Baru-baru ada one guy add aku di FB. Haih ~ Salah aku jugak sebab aku pergi app dier. Huhu. Padahal aku dah cek dah FB die. Tapi entahlah ~ Aku pergi app jugak.

Malam tadi budak tue mesej aku kat FB. Hurm ~ Aku nak panggil nama die apa erk? Aku panggil die Ali lah ~ Hehe ;D Sebab muka dia macam Pure Malay gituuu ~ Haha ;D


Ali : Awak ada pakwe tak?
Aku : Tak ada

Masa ini aku dah teringat balik pasal Ah Chong tue. Haih ~

Ali : Kita couple nak?
Aku : Hah? Apa pasal pulak?
Ali : Saya tak ada lagi. Awak saya jujur taw ~

Lah ~ Kalau kau tak ada GF, kenapa aku pulak yang kena jadi mangsa kau? Haih ~

Ali : Awak orang baik, awak jujur. Saya tahu ~
Aku : Maca
m mana awak boleh tahu?
Ali : Saya boleh baca sikit. Boleh tak couple nie?



Heh? Macam mana die boleh baca aku? Baca macam mana tue? Tak logik betul lah ~ Aku memang tahu ada sesetengah orang boleh 'baca' orang lain tapi kalau melalui gambar di FB, agak-agak boleh baca jugak ker? Hurm ~

Aku : Saya tak pastilah samada saya boleh couple dengan awak. Act saya susah sebenarnya nak terima bab-bab macam nie.
Ali : Kenapa awak? Saya tak buat orang sakit hati tahu ~

Yerrrr ~ Aku tahu kau tak buat sakit hati orang tapi cara kau tue macam nampak sangat kau main-main atau erti kata lain adalah D.E.S.P.E.R.A.T.E H.O.U.S.E.W.I.V.E.S ! Eh ~ Tetiba ~ =.="

Ali : Awak, ini kali terakhir yer ~ Jaga diri awak baik-baik. Salam

Wah ~ Masa ini aku dah happy dah sebab akhirnya dia sendiri yang mengundurkan diri. Hehe ;D Tapi sangkaan aku meleset bila die hantar mesej macam ini kat aku. Haih ~ -.-

Ali : Awak, saya nak buat awak senyum selalu


Hahaha ;DDD Aku amat-amat menghargai orang-orang yang cuba untuk buat tersenyum. Tak tipu punya ~ Tapi kali ini aku tersenyum tambah dengan pakej tergelak sekali. Haha ;D Sebab apa? Haih ~ Entahlah ~ Aku rasa kelakar weh ~

Ali : Awak, ini nombor saya 016-tekantekanjahanam. Saya nak kawan dengan awak, jujur tahu

Hebatlah ~Siap bagi nombor telefon die kat aku weh ! Haha ;D Tapi aku tak amik dan aku langsung tak amik port dengan nombor telefon die. Aku takut teringat nombor die. Haha ;D

Ali : Awak mesej dengan orang lain ker?
Aku : Hah? Eh k
enapa awak bagi nombor telefon awak? Kenapa awak tanya macam tue?
Ali : Saya takut awak cari orang lain jer ~


Eh eh eh ~ Selalunya korang guna ayat dan taktik yang sama ke untuk mengorat perempuan? Haih ~ Masa Ah Chong dulu pun macam tu jugak ~ Haih ~ =.=

Ali : Awak boleh janji dengan saya jangan cari orang lain, boleh?

Amik kau ! Maksud ayat sama jer macam Ah Chong tue ! Haih ~ Ya Allah ~ Kau kuatkanlah iman ku ini. Amin ~ :)
Aku : Kenapa saya kena janji macam tu pulak?
Ali : Saya tak ada orang lain. Yang ada, awak jer ~


TIPU ! PEMBOHONG ! Habis tu mak bapak kau pergi mana dah? Kau nak buang mana orang yang telah banyak berkorban dengan kau? Haih ~ Kena ingatlah ~ Allah tu sentiada ada untuk umatnya :)

Ali : Betul ke awak ni tak ada pakwe lagi?
Aku : Betul lah ~ *Kenapa lah aku pergi app mamat ini kat FB? Haih ~
Ali : Awak, kalau kita dah kenal, kita couple yer?
Aku : Kalau tak couple tak boleh ker?
Ali : Tak boleh sebab saya dah sayang kat awak

Wah wah wah wah ~ Hebat betul orang zaman sekarang ! Baru kenal di FB, dah mula bermadah pujangga. Adoi ~ XD

Ali : Saya nak panggil awak sayang boleh?
Aku : Tak payahlah ~
Ali : Saya nak peluk awak boleh?


WTF?! Hey Ali ! Kau ni memang dah giler ! Bodoh punya orang ~ Ada ke patut? Haih ` Memang nak kena mamat nie dengan aku. Kang aku tampar baru padan muka

Ali : Salah tulis lah ~ Awak, nak jumpa awak boleh?

Tengkorak hang salah tulis ! Pfft ~ Ni yang aku yang tak suka nie. Serius ok ~ Aku tak suka. Lepas tu aku tak balas langsung mesej die.

Tu lah ~ Sebab tu kadang-kadang aku ignore friend request kalau ada orang yang mencurigakan add aku di FB. Sebab aku tak nak jadi macam ini lah ~ So lepas ini aku rasa aku nak remove friends di FB aku tue. No mercy !

Aku tak tahu lagi nak buat macam mana ~ Sorry to say but aku rasa macam terdesak jer orang-orang yang berkelakuan macam ini. Huhu.

Tadi dia menyampuk perbualan aku dengan geng-geng PBS aku kat comment di wall aku. Kawan-kawan aku yang lain pun cakap lah hai dengan dia. Aku pun apa lagi, bagi warning kat kawan-kawan aku tue.

Kesemua budak-budak PBS aku tue cakap Ali tu pergi add diorang. Aku cakap "..Oh tolong ignore die!!." Then budak-budak ni pun tanya, kenapa. So aku terpaksa lah bukak balik cerita Ah Chong tu kat diorang

Kawan-kawan, macam mana nak handle orang yang macam ini? Haih ~ Pening kepala aku

p/s : Bengang betul masa nak isi borang PTPTN tadi. Argh ~ Macam-macam karenah birokrasi =.=!!

You Might Also Like

11 comments