Budak Ah Chong Yang Sudah Jatuh Cinta :)

Monday, April 26, 2010


Salam. Wah wah wah ~ Aku rasa sungguh-sungguh teruja dengan komen-komen yang ada dekat entry ini. Haha. Ok ok ~ Ni yang aku rasa bersemangat nak cerita ini. Hehe :p

Aku bukan nak malukan die ok? Aku hanya nak memberitahu yang cerita kat bawah ini, pada pandangan aku, memang tak logik. Bagi aku lah ~ Tapi tak tahulah bagi korang pulak kan? Hehe

Hish ~ Tetiba pulak hati aku jadi berdebar-debar. Haha ;DDD

Semalam, dalam pukul 12+ ada orang add aku di FB. Haha. Aku memang nak tergelak bila teringat balik pasal cerita ini. Haha. Aku namakan dia ermm ~ Ah Chong lah memandangkan muka dia ada Chinese look sikit-sikit ~ Senang sikit nak cerita kat korang. Haha.

Aku app je lah ~ Hish =.=" Tengok lah satu hari nanti, aku akan remove friends di FB yang sombong dengan aku. Nak add sangat tapi tak pernah pun nak tegur aku. Bila aku comment status dorang, boleh pulak cakap "..Do I know you?.." Hish ~ Ketuk pale kang baru tahu !


Berbalik kepada cerita Ah Chong, tak lama lepas aku app die, die hantar mesej kat aku melalui FB. Aku balas je lah kan? Dia ni budak Sabah dan aku rasa die kerja minyaklah ~ Walaweh ~ Banyak dueettt tueeee ~ Haha ;DDD

Dia add aku sebab tengok Current City aku Kota Kinabalu tapi bila dia tanya aku kat mana, aku cakap aku kat Kuala Terengganu sebab Hometown aku kan kat Kuala Terengganu. Ngeh ngeh ngeh ~ :p

Mesej-mesej dan dia tanya ;

Ah Chong : Oww.. Awak masih single eh? Tipu ja kan?
Aku : Hah? Erm susah nak cakap pasal tue. Hehe. Tak taw lah masih single atau tak.
Ah Chong : Awak cakap la betul-betul. Masih single atau tak. Aku betul-betul nak tau.


Aku dah hairan dah masa mamat ni tanya. Muahaha ~ Bersungguh-sungguh nampaknya. Tapi masa ini aku rasa macam serabut giler nak jawab soalan B*D*H die tue. So aku balas macam ni jer ~

Aku : Act saya tak suke orang tanya soalan tu kat saya. Harap awak faham :) Maybe satu hari nanti saya akan jawab

Done ! Senang ~ Aku ingat dah cukuplah tu aku bagi jawapan standard artis kan? Haha.

Ah Chong : Ok tapi awak kena janji jangan cari BF. Boleh tak?

Terus aku gelak-gelak masa nie. Haha. Apa ke benda punya permintaan nie? Kalau mintak aku topup ker, belanja aiskrim 20 sen ker, boleh aku consider lagi. Haha ;DDD

Aku : Hah? Asal pulak saya kena janji jangan cari BF? Kenapa? *Muahahahah ~ Saje tanya nak tengok jawapan die. Kadang-kadang aku akan naik hantu bila bab-bab macam nie. Haha

Ah Chong : Sebab aku dah jatuh hati dengan kau. Jangan cari ok?

Apa lagi ! Tergelak aku depan lappy aku nie. Sakit perut aku duk gelak perlahan-lahan sebab kalau aku gelak kuat-kuat kang, parents aku tanya itu lah ~ ini lah ~ Haha. Tak sanggup aku nak jawab. Haha ;DDD

Aku : Lah ~ Kita baru kenal beberapa minit, kau sudah jadi macam ini. Aku tak percayalah ~ *Wah ~ Aku sengaja cakap macam ini sebab nak tengok dia cakap apa. Haha

Ah Chong : Yelah ~ Tapi aku betul-betul jatuh hati. Nak buat macam mana kan? Tapi betul ni ~ Hati aku tak boleh tipu. Aku dah jatuh hati
KAH KAH KAH KAH ! Aku balas lagi ~ Haha ;DDD


Aku : Hah? Kalau kau jatuh hati dengan orang lain, aku boleh percayalah ~ Baguslah tu kalau kau dah jatuh hati dengan orang tue
Ah Chong : Awak la orangnya yang buat aku jatuh hati. Please jangan cari BF ok?
Aku : Ah ~ Mengarutlah kamu. Baru beberapa minit kenal, dah jatuh hati. Baru sangat-sangat lah weh !
Ah Chong : Tapi tak salah kan? Aku berani bersumpah taw ~ Aku memang dah jatuh hati dengan kau


Walaweh ~ Bersumpah-sumpah pulak mamat nie. Ada lagi taw ~ :D

Ah Chong : Sumpah demi Allah ~ Aku dah jatuh hati la awak ~

Aku dah tak ada modal dah masa ni sebab masa aku balas-balas mesej ini, aku tengah bergaduh dengan Luqman. Sooo fokus utama aku masa ini mestilah pada Luqman sebab aku nak menang! No way ~ Aku tak akan benarkan Luqman menang.

Aku tanyalah dengan Ah Chong. Aku pelik betul-betul dengan die nie. Main tetiba je jatuh hati. Hish ~ Tak percaya aku. Come on lah ~ Lainlah kalau kita ini pernah berjumpa kan?

Ah Chong : Yelah ~ Nak buat macam mana. Aku juga ada hati *Kau ingat kau sorang ada hati? Ayam belakang rumah Cina kat belakang rumah aku pun ada hati jugak ! Haha ;DDD

Ah Chong : Sebab hati aku dah pilih awak untuk aku jatuh hati. Aku nak mintak no HP kau boleh? Nanti aku call awak esok bila aku on9

Eh eh eh ~ Nak mintak no HP pulak ~ FYI, aku ni jenis susah sikit nak bagi no HP. Hanya certain-certain orang je yang aku rasa aku boleh percaya, aku bagi num HP aku. So the answer is of course lah NO !

Ah Chong : Bagi je lah ~ Boleh kita mesej. Kalau aku nak on9, aku nak chat dengan kau jer ~

Then ada lah blah blah blah pasal aku dengan die. Aku tak nak bagi tapi die nak. Hish ~ Babey betul lah ~ *Babey in Kelantanese means Degil :)

Aku : Tak payahlah. Aku tak suka. Jangan paksa aku. Aku harap kau faham.
Ah Chong : Tapi awak janji tak kan cari BF ok?

Haha. Tetiba aku rasa macam aku nak uji 'perasaan' die kat aku. Haha.

Aku : Kalau aku cari BF jugak?
Ah Chong : Jangan lah ok. Aku janji aku akan cinta kau sepenuh hati.

KAH KAH KAH KAH !!!! Masa ini aku dah terguling-guling dah atas tangga sebab gelak punya pasal. Aku gelak sebab aku rasa kelakar. Aku rasa kelakar sebab aku rasa benda ini tak logik. Aku rasa benda ni tak logik sebab aku dengan die baru sangat-sangat kenal!! Haha. It was soooo RIDICULOUS !!



Aku : Hah? Tengoklah dulu ~ *Masa ini aku dah bosan dah ~
Ah Chong : Pleaseee. Aku just nak menyayangi seseorang yang betul-betul buat aku jatuh hati
Aku : Lorh ~ Apa kena dengan kau nie? Rilex-rilex ok? Jangan kalut sangat
Ah Chong : Hehe. Yelah tu ~ Tapi aku cakap jujur ni

OMG ! I have nooooo idea about this guy ! Act panjang lagi taw perbualan aku dengan die cuma aku skip-skip jer. Giler kau nak aku copy and paste semuanya? Haha. Tak payah lah ~ Kang muntah hijau pulak korang. Haha ;DDD

Well ~ Aku nak cakap apa? Aku tak ada benda nak cakap. Bagi aku, dia hanya nak main-main je tue. Lagipun die tu lebih tua sikit dari aku. So aku rasa die just nak kenakan aku jer.

Macam aku cakap awal-awal tadi, aku tak ada niat pun nak malukan die. Kalau aku nak malukan die, dah lama dah aku cakap nama die dan tunjuk gambar die. Aku faham hati dan perasaan tak boleh dipaksa tapi dalam kes macam aku ini, aku rasa sangat-sangat mustahil =.="

Tapi kalau betul lah kan, aku hargai perasaan die tapi ~ aku still rasa macam itu semua tipuuuu jer ~ Tengok lah dulu macam manakan? Aku pun tak berani nak cakap apa-apa. Hurm ~

So what I must say? Hurm ~ (-________-")

You Might Also Like

38 comments