[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE


[klik it]

Home Ads


Saturday, January 28, 2012

Mari Cuci Tandas Ramai-ramai! Ehh? :O

 

 Assalamualaikum


Fuhhhhhhh ~ Baru balik dari Kemahiran Insaniah nie :) Actually Kemahiran Insaniah (KI) ni memang wajib dibuat tiap-tiap sem dan Alhamdulillah ~ aku tak pernah miss pun buat :) Ada satu sem tu lagi best sebab kitorang memasak untuk satu forum agama kat UiTM Dungun ni. Memang best! :D


So sem ni, part 4 punya KI temanya adalah Kemasyarakatan. So kenalah buat kerja-kerja amal. Otak aku dah berfikir nak bergotong-royong je. Mak Jemah sukaaaaaaa! :D Lama tauuuuuuuuu tak buat kerja-kerja macam ni sebab dulu-dulu masa sekolah selalu buat :)


Pukul 9 dah berkumpul dekat Pusah Hidayah UiTM Dungun aka PH. Dapat makan mee goreng dan air sirap. Lepas tu kena masuk dan berkumpul dulu mengikut fasilitator masing-masing. Macam aku, aku under Encik Kamil Ariff so berkumpul lah ~ 

Encik Kamil Ariff


Masa berkumpul tu, barulah jumpa dengan kawan-kawan yang sama KI dulu masa Part 1. Sebab fasilitator ni kekal sampai kita graduate. Kiranya macam Encik Kamil Ariff ni ibarat ayah angkat kitorang kat sini lah ~ Kalau ada apa-apa boleh lah nak mintak tolong die :)


So bila dah berkumpul semua Part 4, tu bermakna semua Part 4 lah! :D Dapatlah aku jumpa dengan kawan-kawan aku yang berlainan kos. Walaupun aku ni kos DPA tapi ada jugak aku berkawan dengan budak-budak kos lain. Biasalah tueee, hidup bermasyarakat. HAHA :D

Masyarakat Pulau Tenggol. Hehe :) Jangan marah tauu? HAHA :D
*Sebab dorang semua ni duduk dekat Kolej Tenggol*


From left ; Aku, Pkah, Farah, Hanum, Sue dan Liya

Kitorang berenam ni semuanya under Encik Kamil Ariff. Masa ni Encik Kamil Ariff tak ada, die datang lambat sikit. So kitorang pun bergambar lah dulu :) FYI Sue dengan Liya ni budak kos lain tapi aku kenal lah dengan dorang sebab dorang ni roomate kepada kawan-kawan aku. Gituuuuuuuuu ~ :)

From left ; Shahira, Myra dan Fad's

Masa duk tunggu tu, setiap group dah kena pergi ke tempat yang ditugaskan dah. Oh ya ~ Ada yang kena pergi bersihkan cafe Perhentiaan dan Tenggol, surau Tenggol, Pusat Hidayah. Aku dengan kawan-kawan aku ingat kitorang kena bersihkan kat PH je. Sekali bila Encik Kamil Ariff datang,


"Okay semua ~ Kita kena bersihkan Surat Tanjung, dekat luar UiTM tu, atas kedai runcit Aziz"


Hamikkkkkkkkkkkkkkkk ~ Surau tu dekat luar UiTM Dungun, dekat belakang, dekat dengan Pos B. So kitorang pun berjalan lah ramai-ramai dengan payung di tangan masing-masing sebab hujannnnnnnnnn -.- Hujan agak lebat jugak lah~ Tak berhenti-henti pulak hujan hari ini. Hari tu dah panas elok dah Dungun nie :) Takpe ~ Hujan tu kan rahmat Allah swt :)

On the way ke Surau Tanjung :)

Surau Tanjung


So sampai-sampai je kat surau tue, Encik Kamil suruh bersihkan surau tu. Buat apa yang patut asalkan bersih. Muehehe :)


"Awak semua kan perempuan, so awak tahu apa yang nak kena buat. Bersihkan apa-apa yang patut, lap lap tingkap ke, susun sejadah ke"


So aku pun rela hati nak bersihkan tandas. HAHA :D Entah kenapa lahhhhhh aku boleh terfikir nak bersihkan tandas -.- Mungkin sebab dah lama tak bersihkan tandas kott? Sebab dulu-dulu masa aku duduk dekat rumah, mak aku selalu suruh aku bersihkan tandas. Mak aku cakap


"Kalau nak tahu orang tu pembersih atau tak, tengok tandas dia. Kalau tandas dia bersih, tu maknanya dia ni pembersih"


So pergi cek tandas korang, bersih ke tak. Mueheheh :D


Aku ingatkan tandasnya just kotor macam biasa je lah ~ Sekali amikkkkkkkkkk ~ Kotor dengan berlumut lah pulakk -.- Sebab tandas tu dah lama tak digunakan. So aku pun bersihkan lah ~ Farah, Pkah dengan Hanum pun ikut sekali tapi memandangkan tandas tu kecik je, aku dengan Farah je yang bersihkan :)

Muka happy dapat cuci tandas -.-

Hoyeahh ~ Gosok jangan tak gosokk! :D

Aku tak tahu pulak tandas tu dalam keadaan macam tue. So terpaksalah guna berus jamban untuk gonyoh-gonyoh lantai dan dinding tandas. HAHA :D Tahu tak gonyoh-gonyoh tu maknanya apa? Gonyoh-gonyoh tu maknanya gosok-gosok atau sental lah! :D HAHA :D


Berus jamban tu pulak lembik nak mampus -.- HAHA :D Puas lah aku dengan Farah duk sentalkan tandas tue. Nasib baiklah ada sabun yang pihak UiTM sediakan untuk program KI nie so senanglah tanggal semua kotoran tue. Campur dengan air pulak besar, so senang dibersihkan :)

Cuci lagi :)

Both are my ex-roomate. Hanum (roomate Part 1) & Pkah (roomate Part 2 & 3)

Farah Shaheera. Insyallah sem depan kita roomate. HAHA :D 

Tengah syok-syok cuci tu, sekali kitorang semua menjerit. Biasalahhhhhhhhhh ~ Kitorang kan perempuan. Mestilah ada benda nak dijerit-jeritkan? HAHA :D sebab apa kitorang menjerit. Sebab ni hahh ~ -.-

LIPANNNNNNNNNNNN! 

Terkejut tauu! HAHA :D Adoi lah ~ Nasib lah Farah nampak sebab aku memang tak nampak langsung lipan nie. Bukan seekor tapi dua ekor tauu! Seekor lagi tu anak die kott sebab kecik sikit saiz die. Huhu ~ So menjerit-jeritlah panggil Encik Kamil.


Encik Kamil pun datang. Dia rilexxx je. Dia datang, terus die pijak-pijak lipan tu sampai mati. Wah ~ Cayalahh Encik Kamil! HAHA :D


Eh eh ~ Bukan lipan je tauuu? Tak lama lepas tu keluar lah cacing yang panjang gilerrrrrrrrr yang jalan macam ular -.- Ya Allah ~ Farah dah menjerit-jerit dah. Aku pun apa lagi, terus kuis baling atas tanah terus. HAHA :D Pulanglah ke tempat asal mu wahai cacingg ~ 


Lepas tu ada pulak lintah bulan -.- Ya Allah ~ Mencabar betul lah cuci tandas kitorang nie. HAHA :D Ada je yang keluar. Masa duk cuci-cuci tu, aku dah berdoa dah "Ya Allah, jauhkanlah aku dari segala malapetaka. Aminn"


Tapi sebenarnya, before nak cuci tandas tu lagi, aku dah takut dah. Yelah ~ Tandas kan tempat syaitan kan? Dan aku rasa tandas tu dah lama giler tak digunakan. So aku just bagi salam dalam hati je lah sambil mintak izin nak bersihkan tandas tue. Harap-harap tak ada pape lah :)


Masa dah nak habis cuci tandas tu, kitorang berempat dah bising dah pasal mak mertua dan menantu nie. HAHA :D Katanya, nanti kalau mak mertua bagi ujian suruh cuci tandas, kitorang dah berjaya dengan cemerlang! Lengkap dengan pakej ada lipan, cacing dengan lintah lagi. HAHA :D


Lepas dah cuci tandas, aku pergi masuk dalam surau, tengok kawan-kawan aku pulak cuci dalam surau tue :)

Orang lain cuci, dua orang ni peace pulak! HAHA :D

 Lepas dah cuci tu, kitorang pun balik ke PH balik sebab nak letakkan barang-barang dan lepas tu balik bilik masing-masing. Hehe :) Masuk dalam bilik, terus onlineeeeeeeee ~ Lepas ni nak sambung baca novel. Hehe :)

On the way balik :)

Pape pun, best tauuuuuuuuu buat kerja amal dan kemasyarakatan nie :) Bukan sebab untuk nama ke apa tapi sebab kita ikhlas nak tolong masyarakat sekeliling kita :)


Kalau kita ikhlas nak buat kerja, Insyallah ~ semua kerja yang kita buat akan dipermudahkan Allah swt dan kita akan rasa happy je bila buat kerja tue :)



So marilah kita bersihkan tandas ramai-ramai! *tetiba -.-



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts