Auww ~ Lamaran Yang Bakal Buat Aku Busy Nanti Ni :)
By Mysara Newrie - Thursday, December 22, 2011
Assalamualaikum
Baru balik dari tolong kawan aku, Faiz Al Junid dengan Perancangan Strategik untuk Kelab Debat dan Pidato. Sebenarnya lepas Maghrib tadi, dengan kain sembahyang yang masih tersarung atas kepala lagi, aku terus tidur sebab mengantuk dan penat yang teramat sangat -.-
Tapi kejap je sebab kawan aku call, ajak pergi karaoke. HAHA :D Ambuiiiiiiiiiii ~ Mentang-mentanglah esok dah nak cuti midterm dah, masing-masing berjoli sakan lah malam ni yer? HAHA :D Tapi aku tak pergi sebab aku cakap aku dah penat sangat. See? Nampak tak betapa penatnya diri aku nie -.-
Faiz Al Junid :)
Then aku turun pergi cafe sebab nak amik makanan. Tapi tetiba Fiefie dan Faiz mintak aku tolong turun ke markas debat tue. So hmm ~ fikir punya fikir, apa salahnya kan tolong kawan? So aku pun pergilah walaupun sebenarnya masa tu aku penat sangat-sangat dan plusssss masa tu aku tengah lepak-lepak dengan budak kelas aku :) Hehe
Sampai je kat Faiz, antara ayat pertama dia adalah,
"Mai, aku nak kau jadi Setiausaha untuk PSZA"
Terus aku terkedu kejap. Senyap aku tak terkata. Ya Allah ~ Berat sangat tanggungjawab yang Faiz berikan kepada aku tue. Setiausaha untuk event sebesar PSZA?! Ya Allah ~ Tetiba aku rasa macam berdebar pulak bila duk fikir. HAHA :D
Actullly PSZA ini stand for Piala Sultan Zainal Abidin iaitu pertandingan debat antara UiTM di pantai timur. Correct me if I'm wrong sebab aku pun tak berapa pasti sangat nie. Hehe :) So konfemlah melibatkan UiTM luar dari Terengganu dan aku sebagai Setiausaha? Ya Allah berat sangat tue :)
Cuma bila Faiz sendiri yang cakap macam tue, tu bermakna, die memberikan kepercayaan kepada aku. Aku tak menolak dan aku tak menerima jugak. Aku terus terfikirkan pasal apa yang bakal terjadi dengan aku pada masa singkat nie, lepas cuti midterm nie.
Uishh ~ Rasa macam tak percaya pun ada jugak bila dah ada orang nak bagi kepercayaan yang begitu tinggi untuk aku handle event-event yang sebesar macam nie, yang melibatkan selain dari UiTM Terengganu :)
Aku masih memikirkan lagi tawaran kau Faiz. Tapi aku sendiri cakap dekat orang lain "jangan hancurkan harapan dan kepercayaan yang orang dah bagi dekat kita"
Ulalalalala ~ tak tahuuuu nak jawab apaaaa ~ HAHA :D
2 comments