Walaupun Badan TingTong, Semua Kerja Mesti Diselesaikan!

By Mysara Newrie - Tuesday, December 20, 2011

 

 Assalamualaikum

Fuhhhhhhh ~ Sangat-sangat penat nie -.- Rasa macam ting tong betul badan aku sekarang nie. Pasal apa? Meh sini nak bagitahu sebab apa 


Badan aku macam tak boleh nak kasi kerjasama dengan aku lah sekarang nie. Samada aku tengah penat atau apa? Entah aku pun tak tahu. Jari aku yang terluka hari tu masih selamat berbalut dengan plaster lagi. Malam tadi masa AGM ASCAS aku pergi pakai kasut baru makanyaaaaaaaaaaaaaaaaaa kaki aku melecet, berdarah-darah dah nie -.- Sakitnya Ya Allah Y__Y



Perut aku pulak dah pandai nak meragam ikut timing yang sesuka hati je dia nak. Kadang-kadang okayy ~ Kadang-kadang tak. Tensen aku -.- Sekarang ni pun aku rasa aku tak makan lagi. Aah lah ~ Aku tak makan apa-apa pun lagi. Hehe :)


Lepas tu badan aku pulak suhunya macam dah tak betul dah. Kejap turun naik. Haishh ~ Pening aku. Ditambah lagi dengen selsema aka aku panggil selesema aku ni sebagai cendol. HAHA :D Sebab apa? Aku tak nak lah describe in details, kang kena hentam XD HAHA :D


Lepas tu pulak, kepala aku pening. Samada tak cukup tidur ataupun sebab kena hujan. Waktu malam pulak, aku memang susah nak tidur. Kalau dulu, letak je kepala atas bantal, konfem dah kroohh krooh aku tidur. Tapi sekarang? Mau dekat setengah jam aku bergolek, baru lah nak tertidur -.-


Bila keadaan badan aku yang dah macam ni, apa yang aku nak buat sekarang ini adalah hanya duduk sahaja tanpa buat apa-apa. HAHA :D Alahai bestnya kalau dapat buat. TAPIIIIIIIIIIIIII tak boleh sebab sekarang kerja berlambak lah. Penat tau Mak Jemah -.-


Esok ada test law. Mak aihh ~ Tak sentuh pape pun lagi nie. Ya Allah harap-haraplah aku faham dan dapat buat test esok dengan bagus. Aminn. Lepas tu esok ada presentation ETR untuk marketing plan dan hantar report ETR sekali. Nasib lah report dah siap so esok aku boleh print je. Hoyeahh! Slide untuk presentation, aku suruh budak lelaki group aku buat. HAHA :D Oh lupa nak bagitahu, aku kena print Nota Statistik untuk budak-budak kelas aku esok :)



Alhamdulillah ~ Walaupun keadaan aku yang tak mengizinkan aku untuk berhu ha hu ha dengan lebih aktif lagi, tapi aku dapat jugak selesaikan semua kerja-kerja dan assignment aku. Terima kasih Allah :)


Speaking of AGM ASCAPS which is Annual Grand Meeting untuk kelab Diploma Pentadbiran Awam UiTM Dungun, aku tercalon untuk menjadi Setiausaha ASCAPS bersama-sama dua orang lagi kawan aku, Harris Jaaffar dan Hidayah, junior aku. Keputusan mukatamadnya belum dicapai lagi sebab kena decide dengan Penasihat ASCAPS, Encik Asri after midterm nie.


Terima kasih kepada kawan-kawan aku yang percaya dengan aku dan Insyallah kepercayaan yang korang bagi tu, akan aku gunakan dengan sebaik-baiknya. 


Kalau orang dah percaya dekat kita, aku akan cuba untuk buat yang terbaik untuk korang semua, Insyallah :)


p/s : tak percaya, dah nak dekat midterm dah -.- Asal lah awal sangat cuti weyh?! 

 

  • Share:

You Might Also Like

6 comments