[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE


[klik it]

Home Ads


Sunday, November 28, 2010

A Day At Pulau Manukan ^.^



Salam. Yeah ~ Bertemu kita kembali dalam blog saya pada kali ini. Haha :D Ok fineeee ~ Aku mengaku aku tengah happy nie. Haha ;D Jadi sesape yang baca entry aku ni, korang pun mesti happy jugak. Sesape yang tak happy, meh sini aku tarik pipi korang supaya dapat senyum macam aku. Haha ;D


Pagi-pagi lagi mak dengan ayah aku dah kejut suruh bangun. Ya Allah ~ Tolonglah ~ Aku dah lah penat giler sebab sehari sebelum tu kitorang ada Family Day kat Tanjung Aru. Ok cerita pasal tu aku postpon dulu sebab aku tengah excited nak cerita pasal Pulau Manukan.


Bila ayah tengok aku dengan adik aku macam malasssssssssssss giler nak bangun dari tidur, ayah aku cakap "Tak nak pergi pun takpe. Kita rest lah dulu kat rumah" Then tetiba aku terfikir. Eh mesti bapak bosan duk kat rumah. Argh ~ Bangun je lah ~ Haha :D Yeah ~ Mandi-mandi dan terus je jeti :)


Ok. Nak pergi ke Pulau Manukan, korang boleh pergi ke Jesselton dulu sebab Jesselton ini adalah jeti yang menghubungkan bandar Kota Kinabalu dengan pulau-pulau di sekitarnya. Nak pergi ke Labuan pun boleh jugak tapi orang ramai lebih prefer pergi ke Labuan naik di jeti Menumbok :)


Naik speed bot, dalam 15 minit pun dah sampai ke Pulau Manukan. Pergh ~ Masa dah dekat-dekat sampai dengan pulau tu kan, dah dapat dah rasa udara yang bersih, tak tercemar, segar, wangi ~ ok fine, ni penjelasan hiperbola namanya. Haha :D Tapi serius weyh ~ Kalau lah aku dapat bagi udara bersih tu kat korang supaya dapat rasakan pengalaman aku ni kan best. Wakakakaka ~ =.=" *Mai dah start mengarut dah ni !



Sampai-sampai je kat jeti, tak silap aku kena bayar dalam RM3 sorang rasanya untuk masuk. Kat dalam tu, kawasan dia memang bersih giler. Kau nak bergolek-golek nak buat drama Hindustan kat situ pun takpe sebab bersih. Haha :D


Lepas tu kitorang cari satu port baekkkkkkkkk punya. Kat sini tak payah bawak tikar pun takpe sebab dah disediakan kerusi meja dan sebagainya yang berkaitan. Semua meja dan kerusi tu pulak terletak betul-betul bawah pokok. Pergh ~ Memang heaven lah kan? Hehe



Then kitorang satu family snorkeling. Weyh weyh ~ Sumpah best taw tak?!!! Haha ;D Dapat tengok ikan secara live depan mata. Ada macam-macam jenis ikan. Ikan yang macam Finding Nemo tu pun ada jugak. Haha :D Lepas tu kitorang pun bagi makan ikan tu dengan roti. Eh eh ~ Masa ni memang best giler sebab semua ikan datang dekat dengan kita.


Lepas tu yang paling aku rasa best sekali ialah apabila ada sekor ikan tu datang dekat aku dan gigit-gigit manja jari telunjuk kanan aku nie. Haha :D Wah ~ Maka dengan ini secara rasminya, ikan yang gigit jari aku tadi adalah hak milik aku ok?


Tapi disebabkan aku ni berperikemanusiaan banyak, maka aku lepaslah die dalam laut. Pergilah engkau dengan teman-teman engkau. Haha :D





Haha :D Yeah ~ Aku tahu pemandangan die sangat lawak lawa kan? Haha :D Sesape yang minat dalam bidang photographer, boleh lah datang ke Pulau Manukan :) Pemandangan yang cantik menjamin kepuasan hati anda ketika mengambil gambar. Haha :D


Aku ni boleh jadi pemandu pelancong kan? Bab-bab nak promote benda, bercerita, berpot pet pot pet, boleh je bagi dekat aku. Haha :D


Tukar-tukar baju dan pergi makan sebab perut lapar. Haha ;D Kitorang just makan sikit je kat Jesselton tadi. Hehe :) Tapi kalau nak makan dekat pulau, sebaik-baiknya sediakan duit yang mencukupi yer akak-akak abang-abang. Haha ;D Istilah 'mencukupi' tu aku pun tak taw berapa RM kena bawak. Haha ;D


Haaaaaaaaaaaaa ~ Tadi kan aku ada cakap pasal ikan-ikan yang datang kat kita kalau kita bagi makan kan? Ini lah contohnya. Haha ;D Memang best giler bila tengok ikan-ikan tu makan. Weyh ~ Ikan-ikan tu semuanya comel-comel belaka macam barbie doll. Ya Allah ~ Aku tak tipu. Comel-comel belaka. Sebab ikan-ikan tu kecik tenonet jer. Haha :D


Sementara tunggu speed boat dan ketika berada dalam speed boat, ayah aku adalah snap gambar-gambar di sekeliling pulau tue. Pergh ~ Memang lawa giler ^.^






Ehem ehem ~ Aku suggest korang datang lah ke Pulau Manukan ini. Memang tak rugilah habis duet korang kat sini sebab kepuasan hati memang dapat dijamin 100%. Kalau tak puas hati, duet tu memang dijamin tak boleh dipulangkan balik lah. Haha :D Kiranya berbaloilah pergi Pulau Manukan ini sebab

Jauh perjalanan luas pengalaman ! :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts