Makhluk Berbulu Paling Aku Sayang

By Mysara Newrie - Monday, March 22, 2010


Salam. Wuahahahaha. Hari ini sahaja berapa entry aku post. Hehe. Suka hati aku lah kan nak post kan berapa entry. Kebetulan aku ada cerita nak tulis, aku tulis lah. Hehe

Entry kali ini aku tujukan khas untuk Cik Wiwin dan emaknya yang aku panggil Auntie. Act Auntie ni sibuk duk tanya kat Wiwin pasal makhluk berbulu aku ni. Aduyai ~ Bukannya nak tanya pasal aku ker. Tanya aku dah kurus ker, aku dah ada pakwe ker, aku semakin comel ker. Haha. Ni tidak, tanya pasal makhluk berbulu aku tue. Haha. Tak pe lah ~ Aku tak kisah pun :)

Makhluk berbulu yang aku maksudkan tu kucing lah ~ Hehe. Percayalah yang aku ini penggemar kucing. Penggemar kucing bukan bermakna aku suka bela banyak kucing. Tidak sama sekali! Seekor pun dah cukup. Tu pun tak larat nak jaga. Haha

Kucing aku ni namanya Comel. Hehe. Aku bela dia dah lama dah. Hurm ~ Jap ehh aku cuba ingat balik. Masa tu tak silap aku baru-baru duduk kat Port Dickson. Masa tu aku baru dalam Tadika 5 tahun tak silap aku sebab masa 4 tahun aku tadika kat Butterworth. So selepas kira-kira, mau dekat 13 tahun dah aku bela Si Comel ni. Fuhh ~ Panjang lah umur kau. Haha

Aku bela dia dari die kecik lagi. Comel ini baka dari Pursian Cat tapi dah mixed-mixed so dah tak berapa nak pursian sangatlah. Bulu pun macam nak tunggu kena gugur jer. Haha. Comel ni betina tapi dah dimandulkan atas sebab nasihat doktor haiwan.

Doktor haiwan cakap kucing baka pursian tak boleh beranak lebih dari 3 kali sebab nanti die jadi tak molek. Lagipun masa tu, Comel mengalami buasir. Haha. Kau gelak-gelak lah ! Kang kau yang kena tapi apa yang aku cakap ni betul lah ~ Kadang-kadang ada keluar kat buntut die warna merah menyala sebesar bola golf tue. Haha. Ngeri doh aku tengok masa tue. Hehe.

Hai ~ Nama saya Comel :)

Comel ini manja taw dengan orang. Nak-nak dengan orang yang selalu take care pasal die. Yang pasti bukan aku lah sebab aku bukannya nak cara pasal die. Hehe. Comel selalu manja dengan mak aku dan arwah tok aku. Bila mak dan arwah tok aku jalan nak pergi mana-mana, mesti die duk main-main kat kaki.

Aku ingat lagi, arwah tok aku hampir-hampir nak terjatuh sebab Comel. Dah lah orang tua tu tak larat, pakai kain pelikat pulak, yang kau pergi main dekat kaki die tu apa pasal hah? Haih ~ Comel comel ~

Dulu, arwah tok aku selalu belai die. Gosok-gosok belakang die. So die manja gila dengan tok aku sampai mak aku jeles sebab Comel dah ada pengganti die. Ok tipu. Tapi memang betul lah die manja dengan arwah tok aku. Arwah tok aku pulak layan je si Comel ni. Kadang-kadang aku perasan arwah tok aku cakap-cakap dengan die.

Masa arwah tok aku meninggal, Comel pun macam dapat rasa arwah tok aku tak da. Asyik-asyik mengiau-ngiau je kat dalam rumah. Panggil arwah tok aku kot. Sedih gak masa tu tapi nak buat macam mana. Huhu

Tengoklah kat gambar atas nie. Macam langsung tak da perasaan bersalah tengok orang lain tengah makan dan die pun nak makan jugak padahal die tu hanyalah insan bergelar kucing!

Comel ini memang pantang kalau aku sekeluarga tengah makan sebab mesti dia akan join jugak. Kalau semua pintu dah tertutup rapat pun die akan panjat ikut tingkap. Lepas tu mula lah mengiau-ngiau dan kuis-kuis kaki-kaki kat bawah meja, mintak makanan. Haha. Percaya tak kucing aku ni makan semua makanan manusia. Macam roti sapu majerin, pisang goreng, jemput bawang, keropok, pizza dan segala macam makanan yang lain yang tak dapat aku nak listkan.

Pada mulanya aku hairan jugak kenapa mak aku dah lama tak beli makanan kucing dan dengan slumbernya mak aku cakap "..Buat apa beli makanan Comel? Die sibuk nak makan makanan kita.." Haha. Betul jugak tue.

Comel ini suka berdiri macam kat dalam gambar ni bila dapat tahu orang tengah makan. Eh orang tengah makan, die pun nak jugak! Pendek kata kalau makan, kena savekan sikit untuk bahagian die. Hish ~ Aku rasa Comel ini tak patut dilahirkan di muka bumi ini sebagai kucing lah ~ Die jadi manusia lagi bagus

Satu lagi pasal Comel ini. Kadang-kadang dan kebanyakkan masa nya die paham taw apa yang kita cakap. Kalau kita suh die duduk diam, die tengok je kat kita. Lepas tu die buat muka tak bersalah die sambil duduk atas lantai.

Kalau ada sesape marah die, die akan lari-lari sambil kecik kan telinga die. Maknanya die takutlah tue. Kalau die merajuk, die tak kan makan lah selama beberapa hari tapi lepas tu makan jugak. Hekeleh ~ Nak merajuk tak reti. Haha

Kalau die dah lama tak jumpa orang yang die selalu jumpa, macam mak aku, die akan mengiau-ngiau jer. Die akan cari lah orang yang die nak cari tue. Memang lah kita tak dapat nak detect 100% apa yang die nak tapi dari situ kita dapat rasalah ~ Masa ayah aku balik dulu, Comel tengok je kat ayah aku sebab die tahu die dah lama tak tengok dan tak dengar suara ayah aku. Hehe.

Tapi bila aku tak ada kat rumah selama beberapa hari, tak da pulak nak cari aku. Cis ~

Apa-apa pun, aku sayang dekat Comel. Sayang sangat-sangat sebab usia aku dengan die lebih kurang sama. Aku dengan die sama-sama membesar tapi die kahwin lebih cepat sikit dari aku. Haha. Aku tak dapat bayangkan macam mana kehidupan dalam keluarga aku ni tanpa die nanti. Mesti sunyi jer rasanya sebab kadang-kadang die lah penghibur pada waktu-waktu tertentu


Hey Comel ! Sayang kau lah ~ Kenapalah kau ni tak jadi manusia je hah? Kan bagus ~ Leh jadi partner dan kawan aku. Hehe

  • Share:

You Might Also Like

6 comments