Salam. Hari ini, tanggal 16 Julai 2011 adalah hari aku paling sedih. Sobs sobssss :'(
Mak aku kejutkan aku bangun pagi tadi. Sekali mak aku cakap "Comel dah mati dah"
WHAT THE?
Aku yang tengah mamai mamai ni terus terjaga dan terkejut beruk aku. Ya Allah, tiba jugak hari kau mati Comel. Cukuplah kau terseksa sebelum nie :'(
Comel? Alaaaaaaaaaaa ~ Kucing aku tu lahh ~ Aku pernah cerita pasal die kat blog ni hah. Jap jap aku pergi cari link entry aku tue
Sumpah sedih sebab akhirnya hampir 14 tahun kitorang bela die, akhirnya dia mati jugak hari ini. Kesian. Comel mati malam tadi agaknya. Mata die terbukak dan lidah dia terjelir. Sumpah sedih -.-
Mak aku cakap, mata dia terbukak masa mati tu so mungkin die tak bersedia lagi nak mati. Tapi disebabkan die sakit sangat, so die macam relakan nyawa die kena tarik. Dah lah dengan lidah die terjelir, nampak sangat die sedang menanggung kesakitkan yang amat sangat :'(
Masa aku tengok die mati macam ini, aku tak terkata apa-apa. Aku hanya duk termenung je tengok die. Kesian, sumpah kesian. Dia terberak, mata terbukak sikit, lidah terjelir. Sumpah sedih.
Sebenarnya aku pun tak tahu die sakit apa. Tapi mungkin sakit sebab tua kot? Lepas tu masa hari Khamis ari tu aku balik, tengok dia dah macam tak betul dah. Kaki die berdarah dan macam dah nak bernanah dah. Mak aku cakap mungkin ada kucing jantan duk gigit die -.- Ceh ~ Gatal punya kucing !
Lepas tu, sejak mak aku duk Sabah dan aku yang duk kat UiTM Dungun, so macam tak ada sape yang nak jaga die betul-betul. Last-last jadi macam kucing terbiar macam tue. Merayap entah kemana, kawan dengan kucing jahat. Haih ~ Sian kau Comel
Masa ini die dah macam tak larat dah tapi still boleh larilari sikit. Cuma macam malas je. Kat sini lah tempat die tidur selalunya bila die masuk rumah. Lepas ni Comel, tempat ini kosong dah lah ~ Kau dah tak ada :'(
Arwah tok pun mesti sedih sebab kau tak ada kan Comel? Sobs sobs. Sedih sebab kau tak ada. Kau dengan aku, macam dah kawan sebaya tahu tak? Tetiba kau pergi dan buat aku terfikir, tak lama lagi mungkin aku pulak. Hmm kita mana tahu kan?
Sumpah sedih sebab aku tak sangka kau akan mati dengan keadaan yang menyayat hati macam ini. Bila aku angkat Comel untuk dikebumikan, aku dapat rasa tulang-tulang die, menandakan die kurus sangat-sangat. Ringan je kau ehh Comel? :')
Sebelum aku letak kau dalam tanah, aku tutup mata kau rapat-rapat. Sebab aku nak kau bahagia kat sana. Aku nak kau bersemadi dengan aman. Aku masukkan balik lidah kau elok-elok sebab aku nak kau ditanam dengan keadaan elok.
Tak sanggup aku nak letakkan kau dalam tanah tadi. Sedih sangat Comel. Aku usap-usap dulu kepala kau dulu Comel. Kalau boleh, aku nak je awetkan kau supaya tak perlu aku berpisah dengan kau. Tapi aku mana reti nak awet kucing ! HAHA :D
Masa aku nak letakkan kau dalam tanah, aku menangis teresak-esak. Sumpah sedih sebab berpisah dengan kau Comel. Kita membesar bersama-sama Comel. Sejak aku tadika lagi sampailah aku dah masuk U. Nanti masa raya, kau tak adalah nak teman aku dengan mak aku buat kuih raya nanti
Aku tengok tanah tutup badan kau. Air mata tak berhenti-henti mengalir. Kehilangan yang besar dalam hidup aku. Walaupun aku tahu Comel tu hanya kucing, tapi dia faham perasaan aku. Aku tahu tu. Sedih melihat kau kena tanam Comel sebab aku tahu lepas ini aku mesti rindu dengan kau
Comel, terima kasih banyak-banyak sebab banyak menceriakan hidup kitorang. Dari aku umur 5 tahun sampai lah aku dah 19 tahun. Kau betul betul setia dengan kitorang kan walaupun kadang-kadang kau kena marah sebab nakal, berak dalam pasu.
Comel, kau memang dah jadi sebahagian dari kitorang. Susah senang kita bersama Comel. Aku sedih, kau teman. Aku gembia, kau melompat-lompat macam orang gila. Kau memang faham kitorang Comel
Lepas ini kau dah tak ada dah nak teman kitorang. Takpe Comel. Aku akan ingat kau sampai aku mati. Kau lah kucing yang paling lama yang pernah aku bela dan kucing yang paling aku sayang. Konfem lepas ini aku akan rindu kau
Comel, aku sayang kau.
p/s : Walaupun aku pasang lagu hardcore time taip entry ini sebab tak nak bagi menangis tapi aku tetap menangis. Comel, kau memang bagi kesan yang besar dalam hidup aku sejak kau pergi
9 comments