Manusia itu tak pernah ada peluang untuk berkata-kata
Mereka hanya mampu diam dan menerima apa sahaja
tanpa meluahkan perasaan mereka
dan aku lah sebahagian dari mereka
kata-kata aku terbatas dengan keadaan sekeliling
aku bimbang
sekiranya kata-kata aku ini bakal mengguris perasaan orang-orang di sekeliling aku
lalu terbitlah blog ini
agar aku ada sedikit kebebasan untuk menzahirkan apa yang aku rasa
kepada kalian yang sedang membaca, selamat datang aku ucapkan
mungkin di saat ini bermulalah harihari kamu utk selalu singgah di blog yang serba kekurangan ini
sokongan kamu aku harapkan. biarlah sedikit asalkan ada juga ruang aku untuk berada dalam hari-hari kalian
berikan aku sedikit cahaya untuk terus hidup dalam kalangan kamukamu yang sedang melompat tinggi. aku hanyalah blogger picisan yang tidak peduli apa yang orang kata :)
p.s : Maaflah sebab jarang sangat update blog. Modem broadband rosak, kerja banyak lagi yang tak buat. Ni pun curi curi online :) Terima kasih kepada korangkorang semua sebab masih setia dengan blog aku and followers pun makin bertambah dari hari ke hari :) Terima kasih banyak-banyak tawww :)
p/s : Nak hp baru satu boleh?
Kawan 1 Jangan nangis nangis dah. Senyum senyum dan senyum. Kalau kau sedih aku tarik telinga kauu. Dapatkan dan dirikan badan kau semula. Bangun dan buat benda baru. Be strong my friend. Kalau kau sedih, surutlah pantai uitm tuu
Kawan 2 Nangis boleh Mai tapi bukan selalu. Aku tahu kau kuat Mai cuma hati kau je yang susah nak lepaskan die pergi. Kalau kau sayang die, kau lepaskan die pergi. Mungkin ada hikmah, kau akan dapat jodoh yang jauh lebih baik Mai, Insyallah
Kawan 3 Walaupun dia tak ada, kitorang ada, lagi sayang kauu
Kawan 4 Jangan layan sangat perasaan tu, nanti lagi sakit hati kauu. Lama-lama kau sendiri akan letih dengan semua ni, lagilah kau sedihh. Maybe sekarang ni Allah nak uji kau dengan cara macam ni. Aku tahu kau kuat Mai.
Kawan 5 Smile Sarah even you sad okay? Cheer up Sarah ! Aku just nak kau happy. Kau senyum, aku happy. Tak mau sedih-sedih lah yeaa lepas nie
Kawan 6 Pesan pada diri, jangan salah memberi hati pada insan yang tak sudi, pada insan yang tak mengerti kerana sekali kau memberi, selamanya dia di hati. Kerana sekali kau dilukai, sampai mati tetap kau ingati. Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI
Kawan 7 If you love someone so deeply, let it go. If it comes back to you, it's yours, forever to hold. If it doesnt then you should know that it was never meant to be yours at all. Tak payah diingat dahh. Hidup panjang lagi, Banyak benda lagi yang akan terjadi
Kawan 8 Baby, just chill ok? Dia pergi mesti hikmahnya.
Kawan 9 Jangan buat perkara yang bukan-bukan taww. Akak sayang sara
Kawan 10 Tak salah pun kau nak nangis.
And this is from you to me, Semoga Allah berikan awak kekuatan dan ketenangan untuk menempuh dugaan. Amin
Salam. Yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! Aku rasa nak menjerit sangat-sangat nie. Haha :D
Bukan apa, lately ini aku ada banyak sangat kerja sampai kadang-kadang aku rasa aku nak lantik Personal Assistant untuk uruskan kehidupan aku. Haha :D Amboi ~ Mengada tawww ;p
First of all, aku dengan kawan aku, Fifah tengah sibuk buat proposal untuk Dinner Fakulti aku sebab aku dengan dia Setiausaha. Lepas tu banyak kena contact dengan seniors and pensyarah sebab kalau boleh nak pastikan format betul lah lah? So hari ini aku dah siap mintak sign dari lecturer aku dan MPP
Sekali bila hantar kat Hal Ehwal Pelajar (HEP), HEP tak terima sebab kertas proposal tu yang sem lepas punya. Code die tak sama -.- Ya Allah ~ Apa yang aku rasa masa tue? Aku rasa macam ok je. Takpelah ~ Nak buat macam mana? Dah nasib badan
Nasib baik abang dekat HEP tu baik sebab tolong emailkan aku proposal yang baru dan petang tadi aku dah siap buat. Esok pagi pagi lagi, pergi jumpa semua lecturer balik dan mintak sign dorang sekali lagi dan jumpa dengan MPP dan hantar ke HEP. Ya Allah ~ Moga-moga proposal Dinner ini akan diluluskan secepat mungkin. Aminn :)
Second, ayah aku ada pos kan aku satu barang untuk aku. Dari awal minggu hari itu lagi ayah aku dah bagitahu aku cuma aku je yang tak ingat. Petang tadi ayah aku call aku, tanya dah amik ke belum. Sumpah rasa bersalah sebab aku tak ingat langsung nak amik barang yang ayah aku poskan tue -.- Haihh. Ok ok ~ Dah boleh masuk dah dalam to-do-list aku
Third, bil barang elektrik aku tak bayar lagi. Kena bayar cepat-cepat ini sebab kalau tak bayar kang, tak memasal aku kena saman -.- Tak sanggup aku. So esok, aku nak pergi bayar. Kena masuk dalam to-do-list aku :)
Fourth, assignment aku, CTU, BEL aku dah tangguhkan dah. LAW, PAD dengan ECO tengah menunggu aku nak aku belai-belai diorang tue -.- Tak boleh tangguh-tangguh lagi ini. So nampaknya kena masuk dalam to-do-list aku ini
Fifth, aku nak balik kampung esok kott. Maybelah. Aku kena pergi Maxis Center dan tukar modem aku sebab modem aku rosak. Ini pun aku pinjam modem kawan aku -.- So kena masuk dalam to-do-list aku nie -.-
Sixth, aku kena pergi cek handphone aku sebab HP aku buat hal. Entah apa entah jadinya sampai bila aku reply text kawan aku, semua kawan-kawan aku cakap "Asal kau punya text macam tulisan Tamil weyh?" Tak ke rasa nak baling je HP aku ini dekat Laut China Selatan? So kalau aku balik KT esok, aku nak bawak HP lama aku sebagai prepare in case HP aku ini buat hal -.- Dah kena masuk dalam to-do-list aku nie -.-
Seventh, tak lama nanti mak ayah aku nak balik Semenanjung (jap jap. nak lompat-lompat dulu sebab gembira sangat!. ok dah) So aku kena masukkan dalam to-do-list aku yang aku kena downloadkan Avira or Kaspersky dalam lappy aku. Done!
Lepas dah buat semua ini kan, can I need some rest? Penat sangat-sangat -.- Rasa feelingless pun ada jugak. Tahap kegembiraan tu tak capai ke tahap maksimum sebab terlampau penat. Kadang-kadang bukan penat badan tapi penat otak -.- Berfikir banyak sangat. Haih ~
Kepada sesape yang berkenaan, tak payahlah cari pasal dengan aku. Kang aku mengamuk macam petang semalam kan, baru tahu. Haha :D
p/s : Ada jugak pasang surutnya -.-
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana
[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Back to [*][**]
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo
Back to [*][**]
Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru
Nak tidur puas-puas, tak ada sape kacau
Nak rehat, nak main game jeeee
Nak drive kereta, pergi lah mana-mana punn
Nak tengok TV, cerita kelakar
Nak naik bukit, nak menjerit puas-puas
dan
Nak ada orang yang teman aku, sebab aku rasa sunyi
Sunyi yang teramat sangat
SUNYI
SUNYI
SUNYI
SUNYI
SUNYI
Petang tadi call Epy
Aku : Weyhh aku cuti 4 hari lah weyhh! Sumpah bosan nak duduk je kat Dungun nie
Epy : Kau datanglah Kuantan. Kita lepak ramai-ramai
Aku : ??
KAU MEMANG NAK GODA AKU SURUH TURUN KUANTAN KANG! HAHA :D
kadang kadang bila jiwa dah berkata-kata, tiada apa yang dapat menidakkan apa yang jiwa kita sedang perkatakan. Walau mulut kita ada tapi jiwa tetap berkuasa untuk menyuarakan apa yang kita rasa
bila kata-kata itu sudah dilafazkan, tiada apa yang dapat mengubahnya lagi. suka atau tidak, kita telankan sahaja. biar perit dan pedih, namun kita sedar yang itulah hakikatnya
orang selalu cakap, ikut kata hati sebab itulah yang terbaik. tapi tanpa kita sedar, kata hati itulah yang makan diri kita, perlahan-lahan sehingga kita sendiri tak sedar, sebenarnya kita dah lama mati
bila kita dah mati, lama-lama kita makin hilang dari pandangan orang lain. orang mula lupakan kita. dan dengan hanya sekelip mata, kita hilang, hilang dan hilang sampaikan orang tak nampak langsung di mana kita
kita pula dengan yakinnya pergi, pergi mencari ketenangan dan kegembirann yang selama ini kita cari. tapi kemudian hari kita sedar, yang sebenarnya, ketenangan dan kegembiraan itu sebenarnya adalah kata-kata yang lahir dari jiwa kita sendiri
4jun2011
0210
Aku ada seorang kawan. Aku pun dah tak ingat dah macam mana aku boleh kenal dengan die. Tapi yang pasti aku rapat dengan die masa dah nak penghujung sem 1. Masa tu aku, ibu mengandung, Bunny dan dia memang satu group. Pergi mana-mana mesti sekali :)
Tapi walaupun satu group, kawan-kawan kitorang yang lain, kitorang tak pernah nak lupakan. Still rapat lagi :) Kitorang dah macam adik beradik. Susah senang bersama. Tak kira asal, warna kulit.
Masa buat final project untuk CSC sumpah best. Sebab pening dan kau lah yang selalu ceriakan kitorang dengan lawak bodoh kau tue. Kau ceritakan semuanya pasal kawan-kawan kau yang berlakon jadi bisu sebab nak lepaskan diri dari cikgu disiplin. Sumpah lawak nak mampus
Buat CSC satu malam sampai tak tidur langsung dan alhamdulillah, kita satu group dapat 14/15. Paling best, kita semua tak mandi langsung sebab takut tak dan nak present kan? Lepas habis present, pergi makan KFC ramai-ramai dan punyalah penat dan mengantuk sangat, boleh je tidur dalam van kunyit tu sampai pakcik van pun kejutkan kita kan? Haha :D
Masa Dinner Part 1 lagi tak boleh blahhh. Sumpah best sebab kita semua berlakon dalam Cinderella dan yang paling masyuk, kita menang juara malam tu kan? Semuanya bersorak macam orang giler dekat dalam dewan tapi ada kita semua kisah? Malam itu kita nak enjoy so kita enjoy puas-puas :)
Masa nak ambik gambar, lagi tak boleh blahh. Punyalah masing-masing nak ambik gambar sangat, semuanya pakat tolak tolak dan yang paling best kau tolak Farah sampai Farah jatuh tergolek depan kita semua. Dan apa lagi? Kita semuanya gelak dan gelak :)
Masa study week yang pihak UiTM bagi untuk kita study, kita pergi meronggeng kat Kuantan. Haha :D Pergi 2 buah kereta. Sumpah best. Sebab dapat jalan ramai-ramai macam tu dan lepak kat TC. Kena kacau dengan orang yang kita tak kenal pun, kita boleh gelak-gelak lagi especially masa ada satu group lelaki bagi numbor phone dorang kat kita kan? Haihh, kenangan :)
Bila ada test or quiz, kau memang nak duduk sebelah aku dengan ibu mengandung sebab kita nak kongsi-kongsikan jawapan. Haha ;D tapi sedar tak? Dari sem 1 sehingga sekarang, walaupun kita selalu duduk bersebelahan tapi kita tak pernah pun saling tiru meniru kan? Haha :D Berani cakap sahajaaaaaaaaa tapi bila nak buat, masing-masing kedekut tak nak bagi jawapan. Sebab nak compete siapa dapat markah paling tinggi dan kau lah yang selalunya jadi juara :)
Gambar kau, ibu mengandung dan aku masa kita tengah study. Kita dah janji sape yang dapat paling rendah markahnya, dia yang akan belanja kita semua makan dekat Bistro. Tapi janji tinggal janji. Tak dilaksanakan pun! :D
Masa study dengan kau lagi best. Sebab bila aku dengan ibu mengandung tak tahu atau keliru, kau pun mula bagi hujah-hujah dan contoh kau yang akhirnya aku dan ibu mengandung akan cakap "Ooo macam tu rupanyaa.." Dan kau selalu suruh kitorang fikir ikut logik akal. Haha :D Tapi sorry to say sayang, kadang-kadang aku boleh dan kadang-kadang aku tak boleh :)
Masuk Part 2, kita semua makin rapat. Kemana-mana sahaja muka kita masih sama dan gelak ketawa memang konfem ada. Sampai kan semua orang mesti tengok dekat kita. Tapi bak kata Bunny "Peduli apa aku!"
Masa Part 2 ni, kita semua ada masalah yang memang tak boleh nak dibendung bila masuk kelas especially kelas waktu pagi, pukul 8. Haha :D Aku akan tidur, Bunny akan sibuk menguap, ibu mengandung yang akan mula buat kerja tak tentu arah die dan kau? Kau pun sama jugak :) Haha :D
Tapi bila dah keluar kelas, semuanya macam hyperaktif nak mampus. Gelak dah tak ingat dunia, bila berjalan dah tak pandang kiri kanan. Gelak sampai rasa nak golek-golek atas jalan. Ada je benda yang nak digelakkan. Bila ada mamat lalu je mesti kita akan senyap tapi mata duk pandang-pandang. Lepas tu masing-masing bising giler duk komen itu ini. Tapi aku? Aku akan senyap je sebab bak korang cakap "Mai ini konfem fail bab-bab macam ini" Haha :D
Perkara yang unexpected pernah kita buat adalah kita pergi Mesra Mall tanpa kita rancang. Pergi sebab bosan duk dalam bilik dan hajat nak pergi tengok wayang, Khurafat. Tapi bila dah sampai kat Mesra Mall, yang ada 10 sit sahaja dan line yang depannnnnnnnnn sekali !
Tapi punyalah nak tengok wayang sangat, kita semua sanggup duduk depan sekali. Dan yang paling best kita memang menjerit kuat-kuat giler bila hantu-hantu keluar. Haha :D Ouh sumpah besttt :)
Bila ada ceramah ke, talk ke, kita mesti aim akan duduk depan sekali. Sebab bak kata Miss Marina "1st hand lecturer" Haha :D So kita tanamkan nasihat itu betul-betul dalam diri kita. Tapi bila dah duduk depan, perangai nak buat lawak and gelak gelak memang tak boleh nak elakkan. Mesti akan ada je benda yang nak kena buat -.-
Bila petang-petang je, mesti kita akan pergi Gadung dan makan-makan kat sana. Menu wajib ; ABC and cucur udang :) Kongsi ramai-ramai sambil borak-borak. Kadang-kadang rasa nak muntah sebab gelak banyak sangat dengan perut yang penuh -.-
Tapi kadang-kadang kalau ada income lebih, mesti kita akan pergi lepak kat hotel, makan cake je punnn. Tapi takpelahh. Selalu sangat macam nie sampaikan orang yang kerja dekat hotel pun dah kenal dah dengan muka kita :) Kadang-kadang selalu jugak bukak puasa dekat hotel. Takpun study kat sana. Hehe
Bila ada masa, kita semua satu kelas mesti akan keluar, sambut birthday sama-sama. Tak kisah lah bila pun tapi mesti akan buat kalau semuanya ada kelapangan. Biarlah tak ada hadiah pun tapi yang penting keikhlasan dalam persahabatan dan perhubungan yang terjalin antara kita semua. Kita semua memang satu kepala dan semuanya boleh masuk air. Tak ada langsung rasa kekok dalam diri masing-masing walaupun kita ada geng masing-masing.
Masa Dinner Part 2 kita satu meja tapi kita macam kurenggg sebab tak cukup ahli. Tapi bila time bergambar, sumpah macam orang giler. Duk menjerit-jerit tak tentu pasal sampaikan semua seniors tengok kat kitorang. Tapi arghh ~ peduli apa? Asalkan kita semua having a great time together :)
Bila kita semua buat Family Day ASCAPS, kita semua bekerjasama. Dan kau, walaupun kau tak jadi AJK tapi kau tetap sama-sama tolong kitorang yang jadi AJK ini sebab kitorang tak cukup orang. Kau jadi penjaga masa. Takpe lah :) Aku hargai pertolongan kau masa tue
Masuk Part 3 kita semua tak dan nak hang out sama-sama. Macam masing-masing sibuk. Aku sibuk dengan proposal dinner, Bunny sibuk dengan MSK die, ibu mengandung sibuk dengan debat die. Kita dah jarang-jarang nak hang out kan?
Sampailah pada Rabu minggu lepas, kau melonjak kegembiraan sebab kau dapat tawaran ke SPA dalam bidang farmasi. Jujurlah aku cakap, aku rasa kehilangan kau. Kau dah tak ada dah nak buat lawak-lawak bodoh kau dengan kitorang lepas nie -.- Sumpah sedihh
Masa last kita keluar, kau tolong aku masa aku nak beli barang-barang dan kau masih sama. Kau buat lawak bodoh dan aku dengan Bunny gelak je lah :)
Hari ini, kau pergi. Kau dah tinggalkan kitorang dekat UiTM Dungun ini dan pergi mengejar cita-cita kau dalam bidang farmasi. Lepas ini dah tak ada kau yang akan menceriakan kitorang dengan lawak-lawak bodoh kau tu. Dah tak ada dah gelak ketawa kau yang macam monyet bak kata Bunny. Haha :D
Gambar last kita semua pagi tadi :) Sumpah best giler masa ini sebab tak pasal-pasal kita jadi tumpuan orang ramai sekejap. Haha :D Lepas tu kita pergi makan dekat hotel ramai-ramai dan kitorang belanja kau makan sebab ni last dah nak lepak dengan kau. Lepas ni, bila lagi lah ehh? -.-
Kepada KAU yang aku maksudkan, semoga kau berjaya dalam hidup kau dengan jalan yang kau pilih nie. Aku tahu kita semua berat nak hadapi perpisahan ini tapi lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Lagipun ini adalah demi masa depan kau dan aku dan budak-budak ini tak boleh nak buat apa-apa selain dari berdoa untuk kau
Dari air mata kau tadi, aku tahu kau berat tapi inilah jalan yang kau pilih. Kau sendiri tengok tadi kan betapa kita semua susah nak lepaskan antara satu sama lain. Kenangan antara kita semua, kau janganlah lupakan yer? Kitorang pun kat sini akan terus ingat kau dan doa kitorang mengiringi kau. Takpelah ~ nanti ada masa kita boleh lah jumpa kat yer :)
Terima kasih sebab jadi kawan aku selama aku ada kat UiTM Dungun. Kau lah yang banyak tolong aku ketika aku susah, senang, jatuh dan bangun. Kau bagi aku kata-kata semangat dan kau banyak tolong aku dalam study. Kau lah jugak pemandu yang berwibawa bila kita semua nak pergi keluar pergi mana-mana. Kau lah yang bagi lawak-lawak bodoh kau kat kitorang bila kita semua hangout. Dalam kelas, kau lah jugak yang sering bagi idea-idea yang bernas. Kau lah orangnya :')
Salam. Haha :D Sebelum aku ceritakan apa yang terjadi masa Perlawanan Final Piala FA antara Terengganu dan Kelantan, aku nak ucapkan
TAHNIAH
TAHNIAH
kepada pasukan Terengganu ! Kang aku dah cakap kat entry ini,
Haaaaaaaaaaa ~ Memang aku sokong Kelantan tadi tapi keputusannya berpihak kepada Terengganu dengan 2 - 1
Sooo lets the story begin ! Pukul 8 aku dah siap-siap dah dan dalam pukul 9 aku dah sampai kat Stadium. Kebetulan, aku pun dah janji dengan kawan-kawan aku yang satu kos dengan aku nak tengok ramai-ramai kat stadium so dorang pun sibuk duk call aku. Haha :D
Sampai je, duduk atas padang. Basah lah pulak -.- Tapi tak kisah sebab yang penting aku memang nak tengok bola nie. Haha :D
Aku dengan member-member aku dah siap-siap bawak makanan dah. Twisties, keropok, Rocky dengan air mineral botol besar. Haha ;D Best giler makan ramai-ramai dengan kawan-kawan semua, depan perlawanan bola tadi and dibawah langit yang dihiasi bintang dan bulan yang mengambang pada malam ini. Chewahh ! Haha :D
1st half aku memang sokong Kelantan. Act masa nie aku bingung nak sokong yang mana satu sebab kawan-kawan aku yang lelaki sokong Kelantan and kawan-kawan aku yang perempuan sokong Terengganu sebab dorang nak cuti esok. Haha :D
Skrin besar. Mula-mula memang aku dengan kawan-kawan aku semangat giler tengok bola. Kitorang saling bagi semangat dekat pemain bola yang bermain walaupun sebenarnya dah tahu dah yang dorang yang main bola tu takkan menang. Haha :D
Tapi bila dah separuh masa yang pertama yang 1st half, masing-masing senyap dan tak tahu nak cakap apa sebab tak masuk gol punn. Pemain pun asyik-asyik jatuh kan? Aku pun panas jugak lah tadi sebab asyik-asyik jatuh. Haih ~ Buang masa je -.-
Lepas tu half time dah. Masa ini masing-masing sibuk pergi tandas and beli makanan sebab kebetulan ada pihak yang bertanggungjawab jual makanan dan air tadi. Hehe :) Kawan-kawan aku yang lelaki sibuk mintak air denga aku sebab dorang dah haus. Haha :D
Masuk 2nd half, masing-masing dah lesu dah. Tapi aku je yang bersemangat macam orang giler tadi. Duk bagi cheers. Sekali entah macam mana entah, Kelantan gol ! Haha :D Bergegar stadium tu aku rasa dengan sorakkan dari kitorang. Kawan-kawan aku ada yang dah siap berdiri dan melompat. Ada yang duk berlari ke hulur ke hilir dengan bendera Kelantan :)
Amik ~ Masa ini dah siap sorak dah untuk Kelantan. Aku memang sokong Kelantan tapi bila Kelantan gol, aku just sorak macam biasa-biasa je. Haha ;D Tak ada nafsu pulak secara tetiba dan tiba-tiba aku rasa aku patut sokong Terengganu. Haha :D
Makanya, aku pun sokong Terengganu. Dan mula lah kawan-kawan aku cakap "Mai pembelot" sebab aku dah sokong Terengganu. Haha ;D Peduli apa aku ! Terengganu ; tempat tumpahnya darahkuuuuuu ~ :)
Dan aku pun start lah cheers untuk Terengganu sekali dengan kawan-kawan aku yang perempuan. Masa ini lah aku baru perasan perangai sebenar kawan-kawan aku yang perempuan bila dorang pun bersemangat duk sokong Terengganu. Haha ;D
Sekali masa tengah sokong tu, GOALLLLLLLLLL ! Terengganu goal weyh! HAHA :D Aku bangun dan menjerit macam orang giler. Kawan-kawan aku yang lelaki yang sokong Terengganu, apa lagi. Menjerit macam orang giler lah !
Haha :D yelahh ~ Sebab Terengganu kan dapat gol masa last minute dah masa nak berakhir. Kawan-kawan aku yang Kelantan dah get ready dah nak melompat sebab masa nak tamat dah tapi tak kesampaian sebab Terengganu dan gol dulu. Haha :D
Muka happy Terengganu dapat gol :) Inilah die budak-budak kelas B DPA yang turun padang sebab nak tengok bola. Haha :D
Korang tengoklah sendiri kawan-kawan aku yang sokong Terengganu semuanya macam orang histeria sebab Terengganu dapat gol dan sekaligus buat perlawanan bola tadi bersambung lagi. Haha :D Sumpah bergegar weyh padang tadi :)
Lepas tu masing-masing bersemangat giler nak sokong Terengganu. Haha :D Budak-budak Kelantan tadi dah senyap dah sebab dorang pun tak sangka yang Terengganu akan gol pada saat-saat akhir. Haha :D
Lepas tu semangat negeri Terengganu tu tetiba datang. Aku dengan Ana yang asal dari Terengganu pun start lah nyanyi lagu negeri Terengganu dan bagi semangat macam orang giler kat padang tadi. Haha :D
Tapi bila dah lama-lama tu rasa bosan pulak. Aku dengan Hani pun apa lagi. Buat kerja bodoh. Haha :D Kitorang baling-bailng Twisties dekat kawan-kawan kitorang yang syok tengok bola. Dan kepada sesiapa yang terkena tadi, aku dengan Hani punya kerjalah. Haha ;D
Haaaaaaaaaaa ~ Masa ini bila Terengganu dapat gol untuk kali kedua. OMG! Masa ini aku dah tak peduli dah apa orang nak cakap. Masa gol yang kedua ini, aku bangun dan melompat macam orang giler sambil menjerit-jerit dengan kawan-kawan aku. Haha :D Weyh sumpah best kott menjerit kuat-kuat giler tadi :) Eh aku siap shuffle lagi tawww. Haha :D
Masa ini dah nak dekat habis dah. Masing-masing get ready nak melompat je sebab nak tunggu wisel penamat. And masa wisel penamat dah berbunyi, semua orang menjerit-jerit dan berlari-lari keliling padang sambil kibarkan bendera negeri Terengganu.
Psst ~ Masa ini penyokong Kelantan semuanya dah beransur pulang dah. Haha ;D Lepas tu balik lahhh ~ Masa nak balik tue, semua orang duk bunyi hon motor masing-masing sambil menjerit-jerit. Haha :D OMG ~ sebijik betul kenangan malam ini dengan kenangan masa aku tengok Final FIFA masa Part 1 tahun lepas :)
Lepas tu on the way masa nak balik, aku dengan kawan-kawan aku yang perempuan yang semuanya budak kos DPA semuanya macam orang giler duk menjerit-jerit dekat depan Saujana and duk bergaduh suka-suka sesama sendiri sebab Terengganu menang. Haha :D Sumpah best giler ;)
Then pergi Cafe Kapas, beli makanan dan balik. Balik, mandi, makan dan update blog ini ;)
Pape hal pun, tahniah Terengganu sebab menang Piala FA tahun ini. Dah menang ini, jangan goyang kaki pulak. Anggap ini sebagai salah satu cara dan semangat untuk korang lebih berusaha untuk perlawanan pada masa akan datang.
Buat Kelantan, tahniah jugak sebab korang main tadi pun dengan bagus dan semangat juang yang tinggi. Cuma rezeki korang kali ini tak berpihak pada korang :) Takpe. Jangan mudah putus asa.
Kepada kawan-kawan aku yang sokong Kelantan, jangan sedih-sedih yer ! Biasalah tue~ Menang kalah kann adat pertandingan :)
Suara aku dah macam KL Gangster dah nie -.- Serakserak basah tawww :)
Psstt ~ Bak kata Ana, bangga taw dalam IC aku ada nombor 11 iaitu nombor untuk negeri Terengganu ! :D
p/s ; Esok cuti ke tak ni?!