Hang Out With My Cousins :)

By Mysara Newrie - Sunday, May 08, 2011



Salam. Haaaaaaaaaaaa~ Aku dah lama giler tak menulis cerita-cerita panjang kan? So meh meh baca entry aku kali ini sebab aku nak cerita apa yang aku dengan kazen-kazen aku buat dalam masa 12 jam tadi. Hehe :)


Petang semalam, aku Epy and Azrul keluar. Tu pun selepas err ~ peristiwa yang agak errmm ~ menyedihkan jugaklah dan bagi kesan kepada diri aku sampai sekarang. Huhu -.-


Keluar je dari rumah, pergi amik Kak Hani dan Yaya. Then shoot terus ke East Cost Mall (ECM) dan beli tiket wayang, cerita Penunggu Istana, cerita betul ni weyh ! Erm ~ agak misteri jugak lah cerita ini dan aku boleh pulak terjerit-jerit dalam wayang tu sekali dengan Yaya :D Haha :D


Overall, cerita Penunggu Istana ok lah ~ Seram pun seram jugak. Hehe :) Oh ya ~ Sebelum tengok wayang, kitorang isi perut dulu dekat The Chicken Rice Shop. Lapor weyh ! :D


Lepas je tengok wayang, kitorang keluar dari ECM. Masa on the way nak pergi Teluk Cempedak, Azrul hantar aku Epy dan Yaya kat TC. So lepak lah kitorang kat TC tu. Kebetulan masa tu pulak ramai giler orang, biasalh ~ hujung minggu kan? So macam-macam jugaklah cerita yang keluar. Hehe :)


Masa tengah lepak-lepak ini lah something happen. Haha ;D Rasa nak tergelak pun ada jugak tapi dalam masa yang sama berdebar lah kan. Huhu. Si Azrul pulak pergi teman Kak Hani pergi amik baju sebab Yaya ajak Kak Hani tidur rumah die. Kalau tak, memang awal lah kitorang balik tadi sebab kena hantar Kak Hani dekat hostel sebelum pukul 11 malam.

Lepas tengah kalut-kalut tu, sekali Azrul dengan Kak Hani pun sampai. Aku Epy dan Yaya masuk je dalam kereta lepas tu masing-masing sibuk duk cerita apa yang dah terjadi. Act ually kitorang keluar ini dengan kebenaran mak-mak kitorang cuma entah macam mana ada salah faham sikit, sebab tu jadi kalut. Haha ;D


Tapi overall, semua dah beres sebab otak geliga si Azrul nie. Haha :D Aku dah cuak dah. Hehe :)


Lepas tu, pergi ECM balik sebab nak karaoke. Haha :D Mula-mula aku malu jugak lah sebab 1st time nak karaoke depan diorang nie. Hehe ;D Tapi bila dah lama-lama tu aku rasa, lantak lah ~ Aku datang Song Box sebab nak karaoke kan? Haha ;D


Yang paling best, masa kitorang nyanyi lagu Akulah Kekasihmu by AXL dan Dari Sinar Mata by BPR sebab kitorang berlima-lima memang nyanyi kuat giler. Haha ;D Sumpah best giler. Lepas tension aku sebab kejadian petang tadi and tension si Epy and Azrul masa kat TC tadi. Hehe


Masa nyanyi lagu DMasiv, lagu Rindu Setengah Mati, aku Yaya and Kak Hani nangis lah kan. Hehe :) Sedih kot lagu tu. Dah lah lirik die betul-betul bermakna sebab err ~ aku dengan kisah aku. Yaya dan Epy dengan kisah dorang and Azrul dengan Kak Hani dengan kisah diorang. Hehe ;p


Lepas je karaoke tue, tetiba Azrul ajak pergi TC balik sebab tadi Azrul dengan Kak Hani tak dan nak lepak. So apa lagi, shoot terus ke TC balik dan makan-makan dekat kedai makan yang dekat hujung tue. Masa tu ramai lagi orang dengan family-famliy. Masa makan ni lah, aku Epy and Azrul duk cerita kenangan masa kitorang kecik-kecik dulu dekat Yaya and Kak Hani. Hehe :D Childhood memories betul lah :)


Lepas makan, jalan-jalan dekat TC and lepak kejap. Masa ini kitorang ada amik gambar lah ~ Tapi gambar semuanya dengan Epy dan aku tak sempat nak amik. So aku upload gambar yang aku amik pakai camera aku je lah ~ Masalahnya camera aku baterry habis pulak dah -.-

From left ; Yaya, Epy, Kak Hani and Azrul :)


Haishhhhhhhhhhh ~ Gambar aku pulak tak nampak -.-


Dah lepas lepak tu, kitorang pun nak balik lah sebab kejap lagi dalam pukul 12 aku Epy and Azrul nak gerak balik ke Terengganu dah. Huhu -.- Sedih jugak lah sebab kalau tak boleh lepak dengan Yaya and Kak Hani lama lagi.


So kitorang pun hantar Yaya and Kak Hani balik rumah Yaya. Kalau lah Yaya tak offer Kak Hani tidur rumah Yaya, konfem kitorang balik awal tadi. Huhu. Nasib lah Kak Hani tidur rumah Yaya. Hehe :) Thanx Yaya sebab selamatkan keadaan. Haha ;D

To all of you ; weyh sumpah best giler lepak dengan korang ! Eh nanti kalau aku datang Kuantan lagi, kita lepak sesama lagi ehh? Haha ;D Kita ulang balik macam mana kita buat tadi. Hehe :D


p/s ; Dah lama tak rasa perasaan happy macam nie :')

  • Share:

You Might Also Like

6 comments