[Topik] Salah Ke Kalau Kita Nak Kawan Dengan Ex-Boyfriend/Girlfriend Sendiri?
By Mysara Newrie - Wednesday, October 19, 2011
Assalamualaikum :)
Rajin sungguh aku nak update blog malam nie. Dengan ditemani lagi Samsons - Tak Bisa Memilihmu, aku tiba-tiba nak buat topik lah ~
Salah ke nak kawan dengan ex korang sendiri? Well ~ Ni sebenarnya atas kehendak individu kan? Ada yang cakap tak salah, ada yang cakap salah. Ada yang cakap tak boleh kawan dengan ex nanti jadi lain, ada yang cakap boleh je nak kawan dengan ex sebab tak baik putuskan sillaturrahim
Ada orang cakap salah sebab yelah ~ Kau dah pernah ada sejarah hidup bercinta dengan dia, orang yang pernah kau panggil sayang, baby bagai -.- So bila nak tukarkan semua tu kepada aku engkau, awak saya macam pelik sikit lah kan?
Lepas tu, ada yang cakap salah sebab past is past. Kalau dah buang orang tu, just let it go je. Tak payah nak sibuk kejar die balik. Ada yang cakap salah sebab bila dah kawan dengan orang yang pernah menjadi pujaan hati kau dulu, nanti kau tak boleh nak lupakan die atau senang cakap kau akan hidup dalam bayangan die lah ~ Dan ada jugak yang cakap kalau kawan dengan ex nanti akan buat hati kau lagi sakit? Erk?
Ada yang cakap tak salah. Sebab yelah ~ Once kita dah kenal orang tu, biarlah jadi kawan. Walaupun korang dah tak ada pape, but still can be friends kan? Lagipun tak baik nak putuskan sillaturrahim sesama kita nie. Let gone by gone. Gituuuuuuuuu ~ :)
Aku dengar ada yang cakap tak salah sebab benda tu dah lepas. Sekarang ni kita kena tumpukan pada masa depan dan tengok macamana kita nak handle situasi yang bakal kita hadapi semua nie. Ada qoutes yang mengatakan bahawa 'being friends with your ex ; it shows that you two are matured enough to get over the fact that you're not meant to be together' See? Berkawan dengan ex jugak menunjukkan yang kita ni matang dalam pemikiran :)
Ada jugakk yang cakap tak boleh kawan dengan ex sebab nanti akan kacau kehidupan ex kita tu apatah lagi kalau dia ada pengganti kita. Nanti pengganti kita tu akan fikir yang bukan-bukan dan kita akan dipersalahkan kalau hubungan dorang akan retak. Ada jugak yang cakap tak boleh kawan sebab nanti akan timbul balik perasaan sayang dan cinta tue. Bak kata orang dulu-dulu, apatah tebing di pantai pun akan berubah, ini kan lagi hati manusia. Chewaaaah! Haha :D
Dannn ada jugak yang cakap boleh je nak kawan dengan ex sebab kita kan dah besar, tak payahlah nak act macam budak kecik-kecik, bila dapat tahu ex satu group, terus merayu dengan cikgu, nak tukar group. What the? -.- Kita kan dah besar, dah boleh fikir dah mana yang baik dan buruk. Lagipun, kau ingat kawan-kawan kau suka ke kalau kau nak act mengada-ngada macam nie bila berkaitan dengan ex? Oh plisss ~ Lagi orang menyampah adalah. Haha :D
Bagi pendapat aku lah kan, aku sangatsangat tak kisah nak kawan dengan ex. Sebab yang lepas tu biarlah lepas. Dah memang tak ada jodoh kan? Kalau ada jodoh tue, adalah. Ibarat lagu nie 'Ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk, bikin mufakat' Eh ye ker? Haha :D Lantokklahh! :D
Dannnnnn semua ex-ex aku masih kawan dengan aku sampai hari ini dan kitorang still contact each other dalam FB, jumpa kat kampus ke kan? Sebab bagi aku, otak kita hendaklah seiring dengan pertambahan umur kau. Kalau umur dah 20 tahun tapi perangai macam budak umur 2 tahun, sape nak layan kehendak kita kan?
Tapiiiiiiiiiii kalau nak kawan dengan ex pun, kenalah ada limition nya jugak. Ingat ~ Die pernah jadi ex kita. Ada benda yang kita boleh buat dengan dia dan ada benda yang kita tak boleh buat dengan die. Kita tak boleh layan ex kita sama macam kita layan dia dengan kawan-kawan kita yang lain
Contohnya macam nie. Kau dengan ex kau keluar berdua je dengan die dan pergi makan-makan ke, tengok wayang ke. Jangan ~ Bahaya tue sebab nanti kalau pasangan baru korang dapat tahu, konfem dia akan berapi. Yelah ~ Cemburu bhaii! Sebab macam aku cakap tadilah, kita dengan ex kan pernah ada sejarah hidup bercinta dulu. So pasangan baru kita mestilah takut kot-kotlah berputik balik cinta yang malap tue. Ececehhh ;p
Kalau nak keluar pun, atleast make sure keluar ramai-ramai. Barulah pasangan baru kau tu tak syak bukan-bukan. Memanglah maybe pasangan baru kau tu cakap "tak kisah" kalau kau cakap nak keluar dengan ex kau tapi dalam hati die, kita mana tahu kan? So beware lah :)
Pape pun, aku rasa benda ni terpulang kepada kematangan otak kita untuk berfikir. Kalau kau rasa patut kawan, kawan je lah ~ Tapi kalau tak, tak payah. Kang nahas jadinya. Sebab lain orang, lain pendapat dan lain pandangannya kan? Tepuk dada, tanya selera :)
Apa pendapat korang? Salah atau tak kalau kita nak kawan dengan ex kita sendiri? :)
11 comments